Twitter
RSS

Transformasi-kalam Cinta Ramadhan-aku bukan superman!


1

Aku bukannlah superman..aku juga bisa nangis jika kekasih hatiku pergi meninggalkan aku..

2

Transformasi..kalam Cinta Ramadhan..aku terlalu naïf..cinta yang dinukilkan itu selalu saja berbeda..padaku ianya hanya layak apabila transformasi itu dari juang yang tinggi…meletakkan sesuatu pada tempat yang betul…hidup ini sebuah pilihan…memilih antara solat jemaah dan melahap semahunya…mana yang mahu didulukan…transformasi itu juang yang kental…sungguh!

3

Transformasi..kalam Cinta Ramadhan…sahur itu satu sunnah dalam beragama…aku terlalu naïf…sahur dengan sempurna…kemudian…kembali ke lambung tidur meninggalkan subuh berjemaah pada dinihari..transformasi entah apa-apa…malu!

4

Transformasi menjadi insan berdisiplin dan waja diri….aku terlalu naïf…perlu pula hilangkan segala sunah nabi pada diri…aduh..bertambah malu jadinya…

5

Transformasi..kalam cinta ramadhan…cinta Insani juga sering menggugah hati…cinta padaNya…sering dirundung sepi…masih gagal menunaikan hak kepunyaanNya dengan sempurna…masih penuh cacat cela..penuh langsi…malu bertambah lagi…

6

Transformasi itu membenar pada hati…hati ini asyik saja membenar pada hak-hak dunia…dunia sementara…bila ada yang berceritera keindahan akhirat…transformasi hati langsung tidak terusik…masih jauh seandai mahu dibanding dengan seorang kekasih Allah…..apabila kalimah Allah disebut padanya…hatinya berbunga-bunga…tenang dan damai sehingga segala apa isi dunia ini fana belaka…Allah itu segala-galanya padanya…masyaAllah…

7

Tuhanku…transformasikanlah hati ini…hati ini keras..sekeras batu…seharusnya hati batu ini tahu..seandainya kalimah “Lailahaillallah” itu ditimbang.. dengan segala isi dunia di sebelahnya…isi dunia itu pasti melambung jauh keatas dek keringannanya…bagaimana gunung-ganang dan langit bercempera…kerana kalimah Tuhan itu..takut bukan kepalang untuk memikulnya..!!

8

Transformasi..kalam Cinta..Rindu…Rindu pada kekasih yang dirindu…Rindu itu hanya bertamu pada kondisi-kondisi tertentu…Rindu itu selalu saja rindu yang sia-sia…bukan sebagaimana rindu para kekasihMu pada mati di jalanMu…yang berkorban segalanya hatta harta dan nyawa…melempiaskan juang air mata dan darah untuk menegak kalimah suciMu…aku? Satu setengah hari itu sudah merasa satu beban…rindu aku ini untuk apa..pada siapa???

9

Transformasi…juang..daya tahan..lelah keringat…tentu-tentu menuntut sebuah pengorbanan…selalu saja aku nukilkan buat falsafah pada diri juga buat yang mahu mengerti…sesuatu yang berharga itu mahal harganya…tidak pernah boleh dibayar dengan harga yang murah…Syurga itu hanya termaktub pada yang sedikit..Ya Allah…jadikanlah aku dari golongan-golongan yang sedikit…

10

Transformasi dan Cinta…Transformasi pada cinta yang hak untuk dicintai…Transformasi dan Rindu…Rindu pada yang berhak untuk dirindu…Islam itu dari Tuhan…manusia itu dari Tuhan..langit dan bumi dan segala yang melingkarinya itu semuanya..hatta debu yang berterbangan..semuanya dari Tuhan…Transformasi apa lagi yang mahu dicari…Islam itulah yang memimpin transformasi..Islam leads the changes! Lainnya hanya sampah mainan syaitan!

11

Aku masih menempuh transformasi…transformasi pada yang lebih dicintai Tuhan..selayaknya aku ini seorang hamba…cinta pada syurga dunia..lebih lagi pada syurga akhirat..inilah pentas transformasi…pentas ujian…diuji…tangis itu untuk apa…jerih itu untuk apa…keriangan itu untuk apa..transformasi pada medium cdqaraa blogsport itu untuk apa…segalanya…untuk apa dan mengapa…pada apa dan kerana apa…apa-apa sahaja…

12

Transformasi itu ada klimaksnya…untuk tujuan dan jalan… samaada aku beroleh syurga dan neraka…itu sahaja jawapannya…jawapan cinta…bagaimana cinta itu dinukilkan…aku sendiri yang akan perolehnya…turut terkesan pada mama dan abah tercinta…seandainya kebaikan..kebaikanlah pada mama dan abah…aku tidak mahu cerita yang sebaliknya!!

13

Sudahlah..aku tidak mahu menjadi superman atau siapa sahaja yang berkuasa!...mahu sahaja aku menjadi pokok..atau seketul batu..sehelai jerami…malahan seekor binatang..maka aku akan sibuk dengan bertasbih dan bebas daripada sebarang penghisaban di akhirat kelak! Pasti mudah…semudah A,B, C….

mursyid: 12:19 am, 4 Ramadhan

Comments (0)

Post a Comment