Twitter
RSS

Dari Seberang Diri-Metaforia

1

Berkesempatan saya menghadiri kuliah mingguan di Musolla Ma'had Adda'wah Al-lslamiyyah. Ironinya ini kuliah agama pertama yang saya hadiri bagi edisi 2011. Dengan kondisi saya yang sebegini, banyak sahaja yang memerhati dan saya biarkan sahaja pemerhatian itu terfokus agar mungkin sahaja boleh dijadikan iktibar. Mungkin sahajalah saya kira, sebegitulah.

Suasananya di pusat dakwah ini pada saya masih serupa..malahan boleh saya katakan bilangan pengunjungnya terus bertambah. Bagi saya, ini terjadi kerana strategi yang agak hebat oleh penggeraknya. Idea yang sentiasa 'up to date' dan bercitarasa. Hasilnya sungguh positif! Ramai bukan?

Dan saya yang serba daif ini sungguh syukur masih di diberi kesempatan hadir di gedung ilmu ini. Ini adalah institusi yang banyak membentuk saya sebagaimana saya ini yang kalian kenali. Maaf ustaz, walau saya tidak memilih aliran agama dan Ustaz tidak menyetujuinya sekerasnya, saya harus memilih dan saya yakin benar pilihan itu suatu pilihan yang baik. InsyaAllah, walau aliran itu kelihatan berbeda, hakikatnya ia masih sama. Semuanya membawa matlamat yang sama. Jiwa saya juga masih sama biarpun tiada serban di kepala!


p/s: lepas kuliah sebagaimana biasa di Ma'had ini, ada jamuan makan!


................

0



Aku ketemu sepucuk surat kriman e-mel... maaf kerana aku baru menyedarinya…dan segalanya mungkin sudah terlambat usai aku membaca judul dan kerangka akhirnya…

my last letter 4U-titipan buatmu.

………………………………

………………………………

Saya doakan supaya awak dapat isteri yang terbaik, cantik, solehah dan yang dapat bahagiakan awak dunia akhirat, Wahai lelaki soleh…teman yg sangat memahami…


p/s: InsyaAllah, doa yang baik.Aminn..


Monolog kecil 5

0


sebuah aprisiasi buat Allahyarham Saiful Syazani Saiful Sopfidee dan para Syahid dan Mujahid.

Sesuatu yang tidak dapat diduga dalam hidup ini adalah qada' dan qadar Allah SWT. Masa hadapan yang mungkin tidak nyata, tetapi kita harus percaya pada perkara yang baik-baik.

Sewaktu di Rumah Ini

3



Di sini angin melintas lalu,
bersama burung dan rama-rama,
dengan hanya bunyi tanpa kata-kata,
kerana kata-kata pun bukan nyata,
mungkin separuh benar,
atau tidak dusta semuanya.

Puisi pun sebenarnya bukan perkataan,
hanya bayangan pengalaman,
angin dan burung itulah yang indah,
terbang antara daun-daun, lembut dan hijau,
hinggap pada mata dan perasaan,
datang bagai mimpi, menjelmakan kebenaran.

Kebenaran tak memerlukan kita,
kita yang memerlukan perlindungannya,
seperti rumah ini, ia menunggu angin, burung,
rama-rama dan kelembutan daun.
Di sini aku menggugurkan resah dan berlindung.

Sudah berapa lama aku tinggal di sini,
tetapi masih saja seperti mengembara,
kerana kesendirian itu sangatlah sepi,
tak terlerai oleh muzik dan nyanyi,
kecuali zikir dan cinta yang abadi.

Kredit to: Baha Zain
Dewan Sastera
1 Mac 2011