Twitter
RSS

monolog kecil VIII

0



( Sabar dan Penyerahan )

Sering sahaja aku lihat dan merasa dia marah dan kecewa. Kadangkala ia turut bercampur sama dengan tangisan dan adakala seperti hari ini, juga sebelum-sebelum ini aku juga turut menangis. Aku langsung tidak menyalahkan dia, tetapi lebih kepada menyalahkan aku atas segalanya. Bukankah aku ini seorang pemimpin dan pemimpin itu harus dipersalahkan?

Ironinya, aku langsung pikun dan sebagai seorang insan aku hanya mahu mengadu kepada Tuhan. Lewat doa yang panjang dia datang mendampingi sisi sambil matanya berkaca-kaca menghurai bicara..ringkas tetapi menenangkan !

Kami langsung mencapai kata dan sungguh Allah Maha Mendengar dan Memakbul Segala. 

Kita akan menangis semahunya, apabila sedar betapa Allah begitu mengerti apa sahaja lintasan hati, perasaan paling dalam yang bersembunyi. 

Bukankah Allah mengingatkan, Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan hatinya dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya (Qaf: 16).








Tangan-Tangan Yang Tinggal

0


kata dia..

kalau rasa susah..ingatlah siapa yang sentiasa ada disisi...





p/s: GST menjerut! moga Allah melindungi.



monolog kecil VII

0



Ujian datang dengan pelbagai rupa. Begitu juga wajah rezeki yang Allah anugerahkan. Entah fikir apa, saya ingin sekali kembali ke sini setelah sekian lama..kembali mengasolasi diri..mungkin sudah masanya, sampai bila lagi? 

Saban waktu berlalu, saat syukur saya panjatkan kerana masih diberi usia yang panjang, Allah datangkan ujian bersama. Adakala jiwa saya meronta, merenung panjang-panjang harus bagaimana, begitu atau begini..akhirnya fikir saya menjadi tepu..diam..kelam..

Dalam fikir-fikir yang panjang..harus sahaja saya terus maju tanpa mengalah..Allah itu bukankah selalu ada? 

Dan dia juga ada..sentiasa ada menemani dikala suka dan duka..selalu sahaja pintanya agar saya menulis apa-apa tentang dia..dan sebagaimana biasa, saya selalunya tersenyum sahaja! 

Doakan saya akan penyembuhan dari segala ujian yang datang. Moga segala-galanya baik dan tenang sahaja dalam rahmat cintaNya.




"hai manusia, telah datang kepadamu kitab yang berisi pelajaran dari Tuhanmu dan sebagai ubat penyembuh jiwa, sebagai petunjuk dan rahmat bagi orang-orang beriman." Surah Yunus: 57