Twitter
RSS

bolos dan selalu zalim



Sudah lama aku tidak melengus nafas berbicara tentang dunia kemanusiaan. Aku bukanlah sudah jemu melampias rasa hati cumanya adakala kita ini sering dipengaruhi keliling. Keliling-keliling yang tidak memahami dan bolos!

 Perjalan untuk ditelusuri lewat usia sebegini agak penuh jerihnya..maaflah..aku mahu yang baik-baik sahaja tetapi sering sahaja bahasa-bahasa aku menular menjadi bahasa-bahasa bobrok dan itu buat aku terus diam seribu bahasa..adakala aku fikir diam berhirbernasi itu sangat baik untuk sesetengah keadaan..manusia sukar untuk memahami manusia lain aku kira..sungguh!

Klisenya, perasaan dan kekecewaan jelas harus juga dihentikan..dan aku fikir..cukup..aku sudah letih melayan rasa!

Dan, terimalah..aku kembali semula..biarlah walau tiada sesiapa yang peduli..kembali dengan sedikit wajah dakwat hitam sinisme. Manusia itu memang tidak pernah puas..dan aku sudah letih untuk memperjelas..adakala sesetengah itu tidak pun memerlukan penjelasan panjang..aku sendiri pun tidak mahu ia terjadi sebegini..terjadi sebegitu..aku cuma yakin ianya hanya atas dasar yang paling asas..kita ini hamba..bukan kita yang menentukan jalan!

Aku tidak mahu bicara kisah tentang Adiga yang berjuang atas kerana kasta di India..lebih baik aku bingkiskan kisah teladan dari Al-Quran…bukankah itu pegangan yang lebih molek dan tepat..sumber dari Tuhan yang maha Esa..kecintaan kita!

Melukis susunan hidup..kisah nabi Ayub pasti antara kisah terbaik buat pedoman dan pengajaran..dan kisah nabi Ayub ini jugalah buat aku kini merasa tenang dan lapang hati..kecemburuan Syaitan dan kecintaan kekasih Tuhan ini membawa Nabi Allah Ayub ini ke satu kondisi yang rumit dan perit dalam kehidupan..dari seorang yang memiliki segalanya..menjadi seorang yang hilang segala yang ada…demi sebuah Cinta..Pencinta yang Abadi! 

Klimaksnya, nabi Ayub berjaya..lulus penuh dalam ujian Kecintaan! 

"Sesungguhnya Kami dapati dia (Ayub) seorang yang sabar. Dialah sebaik-baik hamba. Sesungguhnya dia amat taat (kepada Tuhannya)." (QS. Shad: 44)




aku tidak punya keteguhan hati seteguh Ayub..Tuhan..beri aku kekuatan..aku mahu!




p/s: isteri nabi ayub menebus sebuku roti dengan menjual helaian rambutnya..untuk suami tercinta! aduh..indahnya..

Comments (0)

Post a Comment