Twitter
RSS

Persembahan dari Syurga

0


Kiriman “whatApps” yang aku terima beberapa hari lalu sungguh buat aku terpana dan kelu. Kiriman yang buat aku fikir macam- macam !

Fikir aku, itu tidak lebih dari satu ujian. Ironinya, Allah pasti menguji. Ujian untuk meneliti, sekuat dan sedalam mana pergantungan diri pada Tuhan yang Maha Suci. Kurang lebih, begitulah..

Jarak perjalanan itu pasti sahaja bukan satu halangan. Demi sebuah kelangsungan hidup dan tanggungjawab. Pasti sahaja, tidak semua orang mampu melakukan !

Semoga diberi segala kemudahan dan semoga Allah yang Maha Penyayang membukakan jalan. Sementelahlah, di bulan rahmat. Ramadhan Kareem – Allahu Akram !

Yakinlah, di Jalan – Cinta itu : Tuhan akan selalu bersama-mu.




Kaulah persembahan dari surga
Berilah aku setitik kuasanya
'Tuk meraih kemenangan
Bagi yang berhak
Yang selalu dilindas - lindas
Tirani yang membawa namanya

Bahwasanya mereka berkuasa
Diatas tangis dan sebuah kekalahan
Tapi Dia yang maha berkuasa


(Dewa 19 -Persembahan dari Surga)




Hermes Birkin

1


Koruptor adalah Babi yang berlagak Nabi ! 



Menanti Al-Haris II

0



"Aku memilih mencintaimu dalam diam, kerana dalam diam aku tak mendapatkan penolakan. Aku memilih mencintaimu dalam kesepian, kerana dalam kesepian tak ada yang memilikimu selain aku. Aku memilih mengagumimu dari jauh, kerana jarak akan melindungiku dari luka. Aku memilih menciummu dalam angin, kerana angin lebih lembut ketimbang bibirku. Aku memilih memelukmu dalam mimpi, kerana dalam mimpiku kau tak pernah berakhir."-RUMI


Kuasa Tuhan, kata orang tiada siapa dapat melawannya. Aku mula belajar tentang sesuatu, yang baik itu selalunya sukar dan payah. Kasihan dan kalut juga aku. Mati kutu..tak mampu berkata apa..

Kata ilmuan agama, tidak dikatakan  beriman seandainya tidak diuji. Ujian itu hadir dan bikin aku jadi pusing. Tapi, masih percaya sesuatu itu punya hikmah. Allah Maha Mengasihi, Maha Adil, Maha Penyayang.

Hujungnya, aku sedar. Aku sendiri yang mabuk, terhoyong hayang. Dan alpa. Alpa pada hakikat kehambaan.

Moga Allah mudahkan segala..