Twitter
RSS

sebuah lagu

0




Entah kenapa..aku sangat rindu suatu waktu seperti waktu-waktu dahulu..

Sebuah lagu..iramanya selalunya punya beza..apabila aku memilih melodinya..adakala perlu juga aku fikirkan seketika..harus bagaimana iramanya?

Kerjaya, cita-cita, naluri hati dan hobi..sering sahaja aku temui pertembungan..mungkin juga ini normal sahaja..semua orang sama !
 
Lagu..tanpa suara..sesetengah orang mungkin sahaja mampu merasa & meneka wajahnya..aku masih lagi seperti aku..tiada banyak bezanya dari yang dulu !

Kata orang..irama tidak dapat dipisahkan dengan lagu..dan aku masih berlagu dengan lagu-lagu berwajah bisu..sukar untuk ditamsilkan..

Kita yang mencipta lagu..dan lagunya ada yang melagukan..

Sudah panjang-panjang aku fikirkan..adakala tak semua kita dapat dakapi dan kecapi..ironinya juga banyak juga perkara yang kita kecapi langsung kita tidak terfikirkan..seperti sahaja sebuah lagu..

Mungkin benar kata pujangga..hidup ini satu pilihan…dan hidup ini juga satu ikhtiar bagi yang mampu..

Doa yang baik-baik sahaja aku pinta..buat jadi keringanan..dikala sukar !




Bahasa Hujan

0



Beberapa hari lalu usai salam kedua asar, hujan turun mencurah-curah  menerpa deras ke atap rumah..mungkin sukar di bayangkan betapa rindunya saya pada hujan yang bertamu bersulam bunyi guruh di langit !

Saya segera menyelak jendela..langsung terus membuka pintu utama dan menghela nafas dalam-dalam….dalam bahagia melihat hujan saya terus memanjat doa sepanjang-panjang moga dimudah segala urusan…

Bukankah hujan itu satu Rahmat? Ya Allah..jadikanlah hujan ini sebagai Rahmat buat kami!

“Berdo’alah pada waktu mustajab do’a iaitu sewaktu pasukan tentera bertempur, waktu mendirikan solat dan ketika hujan turun”
(Hadis Riwayat Abu Daud).
 
“Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenan doa permohonan kamu.”
 (Al-Ghafir: 60)
 



p/s: Hujan yang turun bersama Rahmat pasti menceriakan segala..#waktumustajabdoa!
 

catatan-jawapan

0



alam sering bersama cuaca jiwa..dalam segala kekalutan..sungguh kita amat mendambakan hujan setelah panas yang panjang menguji...sementelah secara tiba-tiba kebakaran di tepi jalan di mana-mana…kita juga mendambakan yang baik-baik sahaja..mahu keajaiban berpihak kepada kita sedang kemunafikan kita melata…saat kita diuji…saaat kita diberi isyarat …kehilangan, kesusahan, dan segala macam untuk kita sedari diri…mungkin sahaja boleh kita fahami dan insafi…kita hakikaktnya banyak meminta-minta dan setelah permintaan kita diterima semua kita menjadi alpa…kemudian kita meminta lagi, sedang kita sendiri tahu betapa banyak yang telah kita ingkari pada Sang Pencipta…terlalu banyak…

mungkin ini satu pendidikan buat kita..betapa pikunnya kita seorang manusia…binatang layaknya lebih mulia….



“Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?” (Al Anbiya’: 30)





kutuliskan kembali puisi cinta

0




Sungguh..mahu kutuliskan kembali puisi cinta..setelah sekian lama..

Pasti..aku terus kembali menulis Cinta..juga Cita…adakala ia terhenti tanpa bicara..mungkin sahaja untuk membuka sedikit ruang-ruang  aku mengasolasi rasa..aku juga manusia..manusia biasa..

Akan aku terus menyisipkan puisi cinta..dengan kata indah penuh makna..mungkin sedikit latar kesyahduan…adakala aku lemas..juga cemas..hidup ini adalah satu pilihan..dan aku sudah memilihnya…

Akan kutuliskan kembali puisi cinta…setelah sekian lama..terhenti, lewat magisnya Cinta!