Twitter
RSS

ekspresinya aku

11


Banyak jemputan aku terima syawal ini. Ada yang aku penuhi dan ada yang tidak. Sehampir pasti aku cuba memenuhi segala jemputan tapi apalah daya aku ini. Kurang lebih ada yang mampu aku penuhi dan ada yang tidak..maaflah..aku hanya insan biasa..

Entah kenapa, syawal ini aku raikan dengan sedikit keunikan aku kira..aku mulakan pagi raya dengan berjalan kaki ke masjid dan paling tidak dapat aku lupa hanya aku seorang yang berjubah ala morocco di masjid, terselit jugalah rasa bangga di hati..sedikit punya rasa aku ini unik di pagi raya..haha..dan satu lagi kepelikan yang aku lakukan adalah aku hanya singgah ke rumah jiran yang belum pernah aku lawati di pagi raya! Sungguh menarik aku kira!

Angin tenang 1 syawal tidak lengkap kiranya aku tidak menjengah ke makam gemulah datuk, abah, abang dan saudara seIslam untuk berziarah. Alhamdulillah, aku tidak punya kepayahan untuk menemui tempat persemadian gemulah-gemulah yang aku sayang dan cintai biarpun aku sering terpandang ramai insan-insan yang berulang alik kesana kemari merenung nesan mencari nama saudara-saudara mereka, malah ada yang putus harapan dan hanya berdoa dari kejauhan. Daif sungguh aku kira orang-orang sebegini. Doanya aku tak punya saudara atau anak-anak yang sebegini..insyaAllah..sebelum aku pulang..sempat juga aku menanda kubur gemulah datuk dengan 2 tangkai pokok bunga kemboja..untuk kemudahan mama mengenal kubur gemulah dtuk dan juga untuk menjadi teduhan buat datuk..kata orang-orang alim, pokok di atas kuburan ini banyak faedahnya. Sering juga ia berdoa dan berzikir untuk si mati di bawah akarnya..itu sahajalah pun matlamatnya di dunia, memberi kesejahteraan pada manusia.

Agak lambat aku berziarah ke makam gemulah abah. Maaflah abah, adik bukan sengaja..tapi ada halangan yang buat adik lambat sedikit..InsyaAllah abah..biarpun lambat adik cuba buat yang terbaik untuk kesejahteraan abah di sana. Kan adik dah berjanji! tapi maaflah abah..adik tidak mampu menerima makcik! Itu sahaja..dia keterlaluan! Adik tahu abah lebih memahami situasinya..dengarnya makcik tidak lagi datang menziarah abah? Wallahualam..Tuhan saja yang tahu..adik cuma dengar dari mulut orang..moga abah tenang-tenang saja di sana.. adik akan menyusul bila tiba masanya..abah tunggu saja bila tiba masanya..Ya..aku bakal menyusuri abah..tiada ragu lagi!

Kurang lebih, dengan masa yang makin mencemburui aku kembali ke pusat pengajian untuk kembali menadah kitab ilmu hanya beberapa hari dalam bulan Syawal. Kesibukan sebagai pelajar semakin hari semakin meningkat dan aku ada kalanya gagal menerima ilmu. Dan ini yang selalu bikin jiwa aku menjadi kacau. Kata orang bijak pandai ini adalah satu ujian asam garam pelajar..aku menerima saja kata-kata itu sepositif mungkin..

Dalam kalut menelaaah pelajaran dan berusaha keras memahami dan menyiapkan tugasan, sungguh benar ada yang berhati mulia. Benarlah bak kata pujangga dalam kepayahan ada kemudahan. Ada sahaja insan-insan yang mulia yang menghulurkan bantuan untuk aku maju kehadapan. Ada juga yang tegas memberi kata-kata perangsang di kala aku langsung tidak mampu tersenyum untuk diri sendiri sementelahlah untuk senyum pada orang! Terima kasih selaut kasih pada yang cuba memahami dan mengerti juga pada yang berusaha mencurah sedikit pertolongan buat diri ini..mungkin sahaja doa boleh saya titipkan buat teman..selamatlah kalian menjalani kehidupan dengan tenang!

Bercerita aku tentang diri sendiri ini bukanlah untuk meraih apa-apa, Cuma ini hanya sebuah ekpresi dan aprisiasi buat diri sendiri..mungkin juga ini sebagai teladan dan perkongsian kita sebagai teman dan rakan dalam perjuangan! Juga mungkin membalas jasa seorang insan yang menghadiahkan aku sebuah majalah..katanya buah insprirasi aku menulis blog..terima kasih daun keladi..kamu mungkin boleh memahami apa itu erti hidup pada yang memberi..

Sesuatu yang telah aku gambarkan melalui tulisan ini bukanlah sesuatu perkara yang besar dan perlu dihargai, cukuplah sekadar ia menjadi pandangan, timbangan dan ekpresi diriku sendiri yang masih lagi langsi segala segi. Aku ini adakalanya suka berjenaka dan adakalanya suka benar bermuram durja..maaf selaut kasih atas kekhilafan diri..

Tidak kisahlah siapa kamu, tidaklah perlu aku menuliskan nama..cukup sekadar seandainya kamu itu pernah hadir dan memberi makna dalam hidup aku ini, ketahuilah bahawa kamu adalah buah hati pengarang jantung aku dan kamu ini adalah antara alasan untuk aku terus ingin hidup..dan aku menyayangi sesiapa sahaja yang berkaitan dengan kamu itu…


cd@adik@mursyid Othman 3:52 am