Twitter
RSS

Mangsa simbah asid oleh ahli keluarga mohon bantuan kos pembedahan

5

“Azri tetap sayang mak azri..dan keluarga azri tetap azri sayang walaupun depa buat azri macam ni..azri tetap sayang..azri rindu dekat mak azri..kalau mak takdak azri pun takdak kat dunia ni..tapi azri sedih lah sebab diorang buat azri macam ni..tapi takpalah azri redha..azri tetap maafkan mak..maafkan adik beradik azri…..”

Entah apa yang sepatutnya saya ungkapkan saya ini pun kurang pasti, cumanya saya amat benar yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Setiap insan diduga dan dugaan itu berlainan macam pada setiap orang. Allah itu Maha Besar dan Maha Mengetahui juga Maha Penyayang. Manusia merancang untuk melakukan kebaikan atau keburukan dan Allah juga merancang. Sebaik-baik perancangan adalah perancangan Allah. Dia mengetahui segala-galanya kerana segala apa yang ada dan yang kita punya adalah milikNya seluruhnya. Tiada ragunya!

Seusai minda diketuk dengan peristiwa yang melanda azri, saya fikir manusia ini adakalanya punya ketidakwarasan sifat kemanusiaan. Dan kemanusiaan itu hilang entah apa sebabnya. Itu pun saya kurang pasti namun ia menghadirkan saya satu kefahaman bahawa dalam hidup ini bergantungan kita yang paling hakiki hanyalah pada Tuhan. Sejarah dan peristiwa sudah membuktikan!

Apa sahaja yang berlaku pasti ada hikmah. Dan kewajaran atau persoalan apa-apa sahaja itu boleh sahaja diletakkan ke tepi. Boleh sahaja ini berlaku untuk kita mengkoreksi diri. Mengkoreksi diri dari segala segi. Adakah kita ini berpaksi pada Ilahi atau hanya sebaliknya. Itu harus difikirkan sedalam-dalamnya ironinya mahupun realitinya.

Ironinya, klimaksnya kita akan tahu siapa kita sebenarnya. Kemanusiaan atau kebinatangan itu bukan atas asbab alasannya. Cuma ianya hanya atas kecintaan sahaja. Cinta itulah yang mencorakkan kita seadanya kita. Atas cinta padaNya!


p/s: azri, kita pernah akrab satu ketika dahulu. Hari ini aku kembali menemui kamu..walaupun medium dan caranya tidak sama tapi kamu masih serupa, suka menyayangi. Percayalah kamu juga disayangi. InsyaAllah. Tuhan akan tunjukkan jalanNya.


Korban-dekatkan diri padaMu

4


1
kata orang..korban itu punya makna yang terlalu klise dan konotatif..ai..haha..betul ke ni mursyid..

2
aku mahu bicara saja perihal korban..biarlah konotasi itu punya segi-segi yang pelbagai..
‘Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berqurbanlah”
(Al-Kautsar: 2)

3
aku percaya satu perkara..sesuatu yang mahu digapai..sesuatu kecintaan yang Agung perlukan pengorbanan…korban ini terlalu dalam ertinya..dan jangan pernah beranggapan Syurga itu dibayar dengan harga yang murah..jangan sesekali pernah!

4
Atas nama cinta..pengorbanan itu ibaratnya satu kemestiaan..belajarlah dari cinta Kekasih Allah Nabi Ibrahim…
Firman Allah Ta’ala bermaksud: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku (anak) daripada golongan orang-orang yang soleh. Maka kami (Allah) gembirakan dia dengan (mendapat) anak yang penyantun. Tatkala sampai (umur) sianak boleh berusaha, berkata Ibrahim: “Hai anakku! Sesungguhnya aku melihat dalam tidur (mimpi) bahawasanya aku akan menyembelih engkau, oleh sebab itu lihatlah (fikirlah) apa pendapatmu?” (Sianak yakni Nabi Ismail) menjawab: “Wahai bapaku! Buatlah apa yang diperintahkan kepadamu, nanti engkau akan mendapati aku - insyaAllah daripada golongan orang-orang yang sabar.”

5
adakalanya fikir aku…apa yang lebih penting ialah persoalan kenapa dan mengapa kita perlu berkorban..dan kenapa kita sanggup berkorban…padaku mudah..korban-dekatkan diri padaMu…Sesungguhnya dalam kedamaian kita bertakbir..dalam keenakan menikmati juadah hari Raya..disebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhitung banyaknya telah mengalir air mata dan darah para kekasih Allah…

6
Pengorbanan yang dilakukan seseorang, adalah umpama memberitahu apa yang dicintainya dan yang mana lebih utama baginya..Aku kuat berbicara tentang cinta…dan kali ini mahu aku tegaskan!…cinta kamu hanya omongan kosong jika kamu tidak pernah bisa berkorban..korban dari segala yang mengurangkan cinta..segalanya..aku tahu..pengorbanan itu perit..sungguh aku tahu..namun biarlah cinta yang bicara atas segalanya…

7
korban hakikatnya menuntut kita membuat pilihan..mana yang lebih dicintai..dan selalunya kita perlu berkorban dalam membuat pilihan..dan beginilah kehidupan kita..kehidupan berlandaskan pengorbanan menuntut kita berosilasi perihal bagaimana pilihan dan keputusan..dan..jangan pernah bersesal dengan pilihan yang telah dibuat..kerana..kita hanya insan..yakinlah..insan punya hak memilih..tetapi Tuhan yang menentukan samada pilihan itu benar-benar satu pilihan yang bijak..jadi..jangan pernah sesali andai sesuatu yang bukan pilihan kamu mursyid termaktub buat kamu..Dia yang menentukan..kita hanya hamba..Dia lebih tahu mana yang lebih layak buat kita..

8
bicara tentang pengorbanan…tidak pernah sesekali aku nafikan pengorbanan kedua ibu-bapaku…mungkin aku tidak terlalu nakal kiranya..mungkin sahaja..namun aku sedar..pengorbanan kalian berdua dari segenap segi tidak mungkin aku balasi…aku menjadi manusia ini pun atas cinta kalian berdua..mana mungkin aku nafikan..

9
pengorbanan buat kedua ibu-bapaku hanya dapat aku balasi dengan menjadi manusia terpelajar dan mampu berbakti semula pada mereka seusia mereka yang makin meningkat…abah sudah tiada..mungkin kejayaanku ini hadiah berharga buat mama tersayang…maaf mama..banyak duit dan tenaga mama sudah terkorban menyekolahkan anak nakal mama ini…ai…haha…betul ke ni mursyid…!

10
mahu juga aku bercerita perihal pengorbananku menuntut Ilmu..aku bukanlah pelajar genius ataupun pelajar kelas elit.. aku hanya dikalangan pelajar-pelajar sederhana…tidak terlalu disanjung, tidak terlalu dihina…namun satu perkara tentang aku ini..cita-citaku menggunung tinggi..dan mungkin bukan kali ini untuk aku nukilkan perjalanan menuju cita-cita ku…kerana aku amat pasti pengorbanan menuju cita-citaku pasti penuh ranjau lagi…masih banyak aku perlu korbankan…ironinya aku masih di kampus ketika ini … ini satu pengorbanan yang perlu aku lalui dan jalani dan masih banyak pengorbanan yang mungkin kalian tidak pernah fahami..dan aku masih belum mampu menjelaskan segala-galanya…

11
Benar kata orang…korban itu terlalu konotatif..banyak klisenya…ada perkara yang perlu kita korbankan..dan ada perkara tidak perlu dikorbankan…semuanya atas bicara cinta kita padaNya…hanya padaNya…tiada sangkalannya lagi..tiada..

12
buat kalian insan-insan yang amat aku kasihi..saudara seugamaku…jangan pernah cinta kamu padaNya digugat oleh cinta lainnya…percayalah..cinta yang Agung hanya cinta padaNya..mungkin pengorbanan perlu seandainya cinta Agung yang kamu cari…doanya kamu memperoleh cintaNya..seandainya cintaNya milik kamu…aku benar amat pasti…kamu pasti satu hari bertemu cinta yang tidak pernah melunturkan cintamu padaNya…

13
sebagai seorang manusia yang ingin mencintai dan dicintai…aku sering sunyi…mahu sahaja aku melayan cinta insani semahunya…namun..aku terlalu takut seandainya cinta insani itu buat aku terus sunyi dari rahmat dan cinta Ilahi…biarlah tautan hati padaNya membuai sunyiku..kerana aku tahu tautan hati yang ritmanya sebegitu yang membawa damai di hatiku..membawa tenang bagiku…cintaMu harapanku..jadikanlah aku kekasihMu sebagaimana kekasihMu Ibrahim a.s.

14
bebebapa ketika sebelum pencinta Rabb menjejakkan kaki tanah suci untuk melaksanakan wukuf di padang Arafah..aku terpana pada paparan berita di kaca media massa....
"Penyeludup jemaah di Jeddah menunggu waktu wukuf di Arafah untuk mengambil kesempatan waktu tersebut untuk membawa masuk jemaah yang tidak mempunyai permit, industri yang semakin berkembang walaupun pihak berkuasa berusaha menghalang rakyat tempatan atau warga luar yang menetap di Arab Saudi daripada menunaikan haji tanpa permit." aku mati kata-kata sambil termanggu-manggu…adakah ini suatu pengorbanan cinta atau hanya ilusiku sahaja ??……



p/s: aku ditanya seseorang di pagi raya aidiladha..kenapa awk beremosi pagi raya ini?...aku hanya mendiamkan diri...maaf...sukar aku jelaskan....

akid..thanks for the award




Percemburu yang rindu

4


Aku seorang lelaki percemburu;

Aku cemburu pada peribadimu;

Aku cemburu pada jiwamu;

Aku cemburu pada akhlakmu;

Aku cemburu pada ketulusanmu;

Aku cemburu atas segala tentangmu;

Aku cemburu kamu begitu mencintai KEKASIHmu yang juga KEKASIHku;

Aku cemburu wahai saudaraku;

Aku begitu cemburu;

Aku cemburu bilamana kamu memulakan langkah menemui KEKASIHmu itu yang juga KEKASIHku;

Sungguh aku cemburu;

Langkahmu langkah pasti menambah cemburu dan raguku;

Benar aku cemburu;

Biarpun manik-manik jernih bertamu bertalu-talu di relung pipiku seusai pemergianmu;

Selayaknya mewakili bicaraku yang menuturkan bahawa aku juga mahu begitu;

Tapi, aku hanya mampu menjadi percemburu;

Percemburu yang malu kerana kamu saudaraku sudah hampir menemui KEKASIHmu yang juga KEKASIHku itu;

Sedangkan aku…

Aku hanya percemburu yang dungu!





kamu saudaraku pejuang agama hebat..kamu pergi meninggalkan kami semua biarpun berat hati kami ini merelakan...moga kamu tenang dan baik saja disana..kami bakal menyusul..syurgalah bagimu saudaraku Allahyarham Luqman Razali...al-Fatihah