Twitter
RSS

ruang, waktu dan jalan yang masih panjang


Ruang dan waktu mengajar aku erti yang tidak aku mampu aku gambarkan. Kata orang waktu dan ruang itu satu amanah. Dan aku masih syukur kerana aku masih dikurniakan ruang, juga dikurniakan waktu.

Ruang dan waktu membataskan aku menukil sesuatu di sini. Maaf aku pinta pada kalian yang menanti aku menukilkan sesuatu. Selagi nadi ini masih berdenyut mahu sahaja aku terus menulis kerana menulis ini beri satu ketenangan dan beri aku satu keindahan yang sukar aku gambarkan, namun ujian Tuhan ini adakala hanya buat aku hanya mampu berdoa diberi kekuatan.

Beberapa ketika tempoh hari aku terjaga dari koma yang agak singkat. Saat itu aku hanya mampu terdiam. Adakalanya benar ujian itu satu didikan dan aku rasa didikan ini buat aku rasa terlalu naïf. Aku sebenarnya hanyalah hamba yang tidak punya apa-apa..langsung langsi tiada apa-apa. Aku sangat percaya ujian itu adalah tanda kasih sayang Allah dan aku redha. InsyaAllah.

Ruang dan keadaan telah membataskan aku dari menjadi seorang hamba yang baik. Alangkah beruntungnya insan yang menggunakan pemberian Tuhan terutamanya kesihatan tubuh badan yang baik untuk beribadat. Dan alangkah ruginya insan yang tidak bersyukur atas pemberianNya.

Dengan keadaan begini, sudah dua kali aku terjatuh dan rebah. Ironisnya juga aku ini hampir pasti selalu menangis. Aku tangisi kepayahan yang aku harus alami agar aku menjadi seorang yang semakin taat dan patuh padaNya. Adakala juga aku menangis itu hanya untuk melepaskan lelah di jiwa..salahkan lelaki menangis? Bukankah menangis itu satu terapi jiwa?

Adakalanya, kalau difikirkan secara matang aku bukanlah diuji dengan ujian yang terlalu berat. Sejenak merenung sekeliling, aku lebih meratapi kepayahan insan lain.Masih aku terngiang-ngiang kenangan di wad hospital bilamana ada juga insan yang mengucap panjang dan meraung meminta Tuhan mencabut nyawanya segera kerana terlalu perit menahan kesakitan sedangkan aku masih lagi mampu tersenyum kelat mencari rasionaliti. Hebat juga aku ini walau dalam kesakitan..ai..haha..masih punya ruang berfikir sesuatu itu rasional atau tidak..hebat bukan?

Dalam usia yang masih dipanjangkan, aku harus terus mara ke hadapan. Sering sahaja aku tekadkan dalam hati setiap sesuatu punya hikmah. Dan aku sudah dapat merasa dan faham hikmahnya. Aku sudah dapat belajar banyak perkara baharu yang sebelum ini tidak pernah aku tahu. Masakan aku tahu setiap pesakit harus menunggu giliran yang panjang untuk menerima rawatan yang berkaitan antara hidup dan mati di hospital kerajaan? Masakan juga aku tahu setiap pesakit memerlukan prosedur yang meletihkan untuk mendapatkan dokumen untuk rawatan susulan..ai..haha..aku ini seperti ahli politik pula…seharusnya kerajaan memandang institusi kesihatan ini dengan lebih peka..abaikan sahaja dahulu hal hendak merancakkan ekonomi dengan menambah bilangan kelab malam terkemuka di jalan chow kit dan bukit bintang..bukankah kesihatan rakyat yang baik akan meningkatkan ekonomi Negara?

Hari ini sudah penghujung tahun 2010. 2011 akan muncul dan aku akan melalui banyak jalan yang panjang selepas ini. Aku juga bakal melalui beberapa prosedur rawatan januari ini. insyaAllah di hospital Selayang dan HKL. Doakan saya cepat sembuh. Doakan pendarahan di kepala saya tidak memberi implikasi yang teruk. Doakan sahaja saya tenang menempuh segalanya..jika umur saya tidak panjang doakan sahaja saya tenang di sana..ok? InsyaAllah selagi minda saya dapat berfikir dan jari saya masih mampu menaipkan tinta dan jantung saya masih berdegup pasti saya akan menukilkan sesuatu buat perkongsian kita bersama di laman ini. Dan pastinya apa yang tertulis adalah atas dasar Cinta. Aku adalah antara insan yang paling senang berbicara tentang Cinta. Cintalah yang melahirkan aku!

Terima kasih pada kalian yang banyak membantu ketika aku susah dan senang. Kalianlah buah hati pengarang jantung yang aku sayangi dan cintai. Sungguh! Sungguh aku mencintai kalian! Aku tidak suka menipu!


p/s: aku lebih mencintai mama bakyah@hasnah bt harun dari kalian semua. sungguh!

Comments (6)

ada banyak perkara nak tulis ...tapi di pendek kan aje lah ...all the best during the treatment.. if u miss me ..call rahim. hu hu :p take good care ...u still owe me a Date...u can't Go Yet... :)

assalamualaikum..moga baik2 saja hendaknya...ujian itu tarbiyah hati..dan tangis itu terapi jiwa..moga diberi kekuatan yg berpanjangan dan kesihatan yg lebih baik...
wassalam...

get well soon dear.. janji tentang rakaman ala2 50 first date tu betul2 ye.. tak tipu.. kalau betul2 apa yang kamu risaukan tu terjadi, aku sedia membantu.. sabarlah.. kerana sakit itu kan penghapus dosa..

cepat la sihat.. pas sihat,jom kite jogging same2..

Tangisan itu benar - benar terapi yang amat besar kurnia Illahi buat Lelaki Ini tiada salah menangis saat kita ingin merasakan nikmat tangisan...rasailah apepun nikmat-NYA sebelum terlewat.Bahkan ada hadith barangkali berbunyi 'setitis air mata yang gugur kerna menyesal atas dosa yang dilakukan akan memadamkan api neraka Allah" SubhanAllah nah tangisan bukan lambang kebaculan!

Hargai tiap saat yang masih tersisa kerna itulah kita akan lebih menghargai momen-momen sukar apatah lagi momen-momen terindah dalam hidup....

mungkin ajakanku unutk berjogging suatu tika dulu hanyalah sekadar di angin lalu bagi dirimu kerna kamu seorang yang sangat aktif bersukan dan kamu lebih hargai mungkin ajakan orang lain..tapi jika diizin Tuhan masih terngiang ajakan ku untuk jogging satu tika dulu mesti kamu akan hargai..tapi sayang kamu hargai saat nikmat kaki mu telah ditarik oleh Yang Maha Penyayang...

Tak mengapalah..mungkin ajakan itu menjadi tinggalan memori yang mungkin akan dirimu lupakan.....kerna Lelaki Ini bukanlah sesiapa!

Lelaki Ini

get well soon...and to lelaki ini...miss u much...take care k the both of u angels...

Post a Comment