Twitter
RSS

Monolog kecil IX (Fiksyen di atas Peta)

0
 


Aku pernah bawa dia hadir mendengar amanat gemulah TGHD sempena  PRU13, lewat awal usia pernikahan kami beberapa tahun yang lalu. Seingat aku, dengan membonceng motosikal membelah malam , ba’da isya.Lokasinya betul-betul dihadapan pejabat penerangan PAS baharu Tasik Gelugor yang masih lagi disewa, tidaklah jauh benar dengan rumah. 

Ironinya, itulah yang terakir kalinya aku bersua & bertentang mata dengan TGHD. Setakat itu sahaja. Antara TGHD (Ilmuan + tokoh politik berwibawa), aku yang tiada apa-apa dan dia..

Dan kini, aku tahu TGHD  sudah tiada. Tiada. Meninggalkan alam serba fana.

Tenang dan damailah Tuan Guru. Jauh . Livermore, USA sana.

Pasti sahaja Allah punya rencananya. Moga-moga suatu hari kita bersua.

cdqaraa 18/9/16 12:59am



Tiap-tiap yang bernyawa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkn ke dalam Syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. (Ali Imran : 185)

                                                                                                                                                                   


Edan

1


 

Kata dia eidulfitri adalah kebahagiaan pada yang senang, eiduladha ini pula kebahagiaan pada orang yang susah. Aku pun tidak pasti kata-kata itu memujuk atau memberi paku buah keras.. biasanya aku lebih fikir yang bukan-bukan…

Entah apa aku harus katakan..setelah harith dijemput menjadi gemulah..aku terus mati kata-kata. Laman ini sengaja aku biarkan mati..biar aku diam dan hanya berdoa..Aku pernah menyusun beberapa kata-kata untuk dia..dan semua kata-kata itu hilang..aku jadi edan! 

Mengambil ibrah eiduladha, sebaiknya aku kembali. Kembali megolasilasi coretan di sini.  Sekurang-kurangnya moga Dia tahu aku ini masih utuh & patuh . Moga-moga aku masih ada semangat juang. Bukankah insan sepatutnya harus begitu? 

Doakan aku berjaya dunia dan akhirat..adakala banyak perkara tidak mampu aku luahkan. Aku lebih senang begitu. Tetapi dia tidak pernah setuju. Aku tahu.

Moga-moga kalian berhati mulia diberikan segala kebaikan atas segala pertolongan. Syurgalah buat kalian. Pengorbanan yang pernah dizahirkan pasti ada balasan baik dari Tuhan. Moga kalian baik-baik sahaja..tenang-tenang dan dimudahkan segala. 

Aku memilih ritma edan. Moga-moga jadi penawar. 

Moga-moga dia mengerti…