Aku pernah bawa dia hadir mendengar amanat gemulah TGHD sempena
PRU13, lewat awal usia pernikahan kami
beberapa tahun yang lalu. Seingat aku, dengan membonceng motosikal membelah
malam , ba’da isya.Lokasinya
betul-betul dihadapan pejabat penerangan PAS baharu Tasik Gelugor yang masih
lagi disewa, tidaklah jauh benar dengan rumah.
Ironinya, itulah yang terakir kalinya aku bersua & bertentang
mata dengan TGHD. Setakat itu sahaja. Antara TGHD (Ilmuan + tokoh politik
berwibawa), aku yang tiada apa-apa dan dia..
Dan kini, aku tahu TGHD sudah tiada. Tiada. Meninggalkan alam serba
fana.
Tenang dan damailah Tuan Guru. Jauh . Livermore, USA sana.
Pasti sahaja Allah punya rencananya. Moga-moga suatu hari
kita bersua.
cdqaraa 18/9/16
12:59am
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya
pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari
neraka dan dimasukkn ke dalam Syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan
dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. (Ali Imran : 185)
Comments (0)
Post a Comment