Twitter
RSS

anugerah

0



Aku bermimpi lagi didatangi gemulah abah…

kali ini abah bawa bersama seorang anak gadis kecil menjinjit boneka patung..

....entah siapa….



1434

0



1 Muharam yang lalu, kebetulan jatuhnya pada hari khamis malam jumaat..seperti kebiasaaanya saya akan ke Maahad Adda’wah untuk sedikit menekuni ilmu .Sepertimana biasa saya akan hadir selepas maghrib dikala al-adib ustaz akan membacakan permintaan-permintaan hajat jemaah yang datang. Sempat jugalah saya mendengar hajat seorang ibu tunggal yang mahu mencari pengganti suami !

 Saya memilih ruang kosong bertentang dengan meja kuliah al-adib ustaz agar fokus saya tidak terganggu dengan perkara lain. Saya melihat kebanyakkan yang datang sudah memiliki naskhah yassin untuk dibaca. Ada beberapa kitab yassin yang disediakan dan entah kenapa saya memilih untuk membaca terjemahannya…..

dan apakah manusia tidak memerhatikan bahawa Kami menciptakannya dari setitik air, maka tiba-tiba ia menjadi penentang yang nyata! (Yassin: 77)



saya cuba untuk tidak menangis..tetapi saya tidak berdaya…entah betapa banyak penentangan saya pada tahun yang sudah berlalu dan perkara-perkara penentangan itu  masih belum saya dapat betulkannya..

Ya Allah..mudahkanlah urusan saya….



Maha Suci Allah yang di tangan-Nya kekuasaan atas segala sesuatu dan kepada-Nya  kamu dikembalikan! (Yassin: 83)





Puisi Hujan

0


Tanpa lelah, hujan masih juga turun mencurah-curah. Aku seperti selalu, membaca bahasa hujan sebagai satu rahmat yang sangat luas buat makhluk ciptaanNya. Siapalah kita mahu menolak rahmat...kita inipun lahir atas dasar rahmat..

Hujan oktober ini banyak sungguh ceritanya..juga penuh magis..suka bercampur duka bercampur-baur..seiring bahasa hujan oktober..datang dan pergi..adakala menggila dan adakalanya menghembus mesra...aku juga seperti hujan..adakala aku juga harus pergi..juga harus kembali..

Aku temui rentak hujan..meliuk lentuk bahasanya menghanyutkan segala..aku juga hanyut dibawa hujan rasa..rasa yang bikin aku tenggelam dibawa arus..maaflah aku sekadar bersifat realistik dan rasional...walaupun itu sukar dimengertikan...hujan juga selalu sungguh disalah erti....aku tidak mahu seperti hujan...

Hujan..sebagaimana biasa..mengajar kita erti hidup..sebagaimana ibaratnya perlunya embun kepada rumput...mentari tanpa hujan pasti sahaja penuh kekurangan..juga mengajar kita bersedia dari segala kemungkinan yang mungkin tiba ..hujan bukan sahaja boleh menghanyutkan, ia boleh juga memusnahkan segala...

Seusai hujan Oktober..November juga membawa hujan..hujan November ini masih juga penuh dengan warnanya..aku mahu sahaja warna hujan November itu lebih rancak liuk bahasanya dan aku mahu sahaja ia berbahasa yang baik-baik dan indah-indah..

Aku mahu berdoa ketika hujan..sungguh aku mahu....apa lagi aku mampu..



“Berdo’alah pada waktu mustajab do’a iaitu sewaktu pasukan tentera bertempur, waktu mendirikan solat dan ketika hujan turun”
(Hadis Riwayat Abu Daud).


“Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenan doa permohonan kamu.”
 (Al-Ghafir: 60)









Ingatan kepada Kawan “xxxvii”

0



Tatkala orang tua kita membina pondok di hujung dusun
dan meletakkan buah harap pada pohon yang belum tentu berbuah
mereka pun sibuk-sibuk membina pagar di sempadan tanah kita
dan menanam pohon-pohon bambu
-hingga suatu waktu batang dan daunnya
bebas menjulai ke mana arah dibawa angin.

Tatkala pondok orang tua kita rebah disanggah hujan
dan pohon-pohon tidak juga memutikkan bunga
mereka pun memangkas rumpun-rumpun bambu
hingga tinggal batang-batangnya yang runcing
sedia menusuk ke telapak kaki kita
mengimpikan darah yang dimabukkan suasana.

Tatkala orang tua kita membina kembali pondok
mereka pun kembali menanam pohon-pohon bambu
untuk suatu waktu dipangkasnya kembali
hingga di sekeliling kita penuh
dengan batang-batang runcing bambu.

( soalnya bila lagi mata belati di kalbu kita kembali berkilat dan meruncing? )




                                                                                                               Kredit:
                                                                                                                           Zaen Kasturi
                                                                                                        Kuala Sungai Baru, Melaka