0
1 Muharam yang lalu, kebetulan jatuhnya
pada hari khamis malam jumaat..seperti kebiasaaanya saya akan ke Maahad Adda’wah
untuk sedikit menekuni ilmu .Sepertimana biasa saya akan hadir selepas maghrib
dikala al-adib ustaz akan membacakan permintaan-permintaan hajat jemaah yang
datang. Sempat jugalah saya mendengar hajat seorang ibu tunggal yang mahu
mencari pengganti suami !
Saya
memilih ruang kosong bertentang dengan meja kuliah al-adib ustaz agar fokus
saya tidak terganggu dengan perkara lain. Saya melihat kebanyakkan yang datang
sudah memiliki naskhah yassin untuk dibaca. Ada beberapa kitab yassin yang
disediakan dan entah kenapa saya memilih untuk membaca terjemahannya…..
dan apakah manusia tidak memerhatikan bahawa Kami menciptakannya dari setitik air, maka tiba-tiba ia menjadi penentang yang nyata! (Yassin: 77)
saya cuba untuk tidak menangis..tetapi saya
tidak berdaya…entah betapa banyak penentangan saya pada tahun yang sudah
berlalu dan perkara-perkara penentangan itu
masih belum saya dapat betulkannya..
Ya Allah..mudahkanlah urusan saya….
Maha Suci Allah yang di tangan-Nya kekuasaan atas segala sesuatu dan kepada-Nya kamu dikembalikan! (Yassin: 83)