Twitter
RSS

kurang lebih begitulah..

13

“Abg, boleh tolong hatziq tak? Tolong buatkan artikel tentang valentine day..da nak dekat dah ni…tolong buatkan supaya orang dapat membaca dengan santai..bukan artikel menghentam!...tolong yer..”

Aku menulis tentang cinta? Aduh…sudah lama aku tidak menulis tentang episod jiwa manusia ini..mendengan perkataan cinta itu sendiri itu pun sudah satu klise..cinta itu pada dunia sekarang sudah dibikin menjadi satu cerita cinta popular murahan..berlambak di pasaran..memualkan!

Perlukah aku menulis lagi tentang ini jika hanya sekadar menambahkan bening di jiwa…langsung berteleku meratap usaha yang menemui kegagalan..bukan semua mampu memahami..

Hampir pasti, aku perlu menulis semula tentang cinta..satu entiti frasa yang telah lama mahu aku nafikan. Bukanlah cinta itu sudah hilang dari jiwa, cumanya aku rasa ia akan semakin menjadi murah jika aku terus menambah lagi klise sebuah cinta!

Doakan aku dapat menulis sesuatu, sesuatu tentang jiwa insan..jiwa makhluk di alam jagat ini..sesiapa sahaja..pasti menginginkan cinta..kerana cinta itu harganya terlalu mahal, bukan mudah mendapat cinta yang tulus dan hakiki..kerana cinta itu sifatnya memberi..dan aku cuba memberi sekadar mampu atas pemberian Tuhan padaku…atas cintaNya..!

p/s: cinta bukan pada mawar! Ia lebih dari itu..


Antara matahari dan pelangi

5

Seusai menamatkan peperiksaan akhir seharusnya saya memilih antara dua perkara..mendaki di sungai sedim atau menghadiri spies mahasiswa di Selangor..entah kenapa..akhirnya saya memilih unuk tidak membuat apa-apa! Ya..tidak membuat apa-apa..tetapi seharusnya anda tahu cd@mursyid itu tidak membuat apa-apa ertinya membuat sesuatu..membaca buku!

Antara matahari dan pelangi saya suka melakar sesuatu dengan kehendak diri sendiri..Mungkin sahaja terkadang saya gemar bersikap antagonis namun saya masih dengan jiwa yang sama yang biasa-biasa saja saya kira..tidak pernah mencuba menjadi keterlaluan.

Antara matahari dan pelangi saya sejak dua menjak ini gemar benar meneliti manusiawi. Banyak yang telah saya temukan, ada yang naïf serba kerendahan, ada ytang sombong langsi, dan paling tidak, mudah untuk menemukan yang penuh mengharap sesuatu, mengimpikan sesuatu yang dia tidak punya dan akhirnya mencuba nasib..klimaksnya Berjaya atau gagal..dan khas buat seorang gadis dari saya..saya tidak menemukan sebarang jawapan untuk persoalan itu..kerana tiba-tiba sahaja saya merasa begitu terhina..saya agak tipikal tentang itu..ianya maruah manusia!

Antara matahari dan pelangi saya sering membikin jiwa saya larut dalam pelbagai rencah suasana..selalu sahaja saya berceritera saya menjadi sebegitu dan sebegini dan selalunya bikinan-bikinan itu saya olah menjadi yang indah-indah sahaja supaya langsung saya boleh tersenyum sendiri..ai..haha..betul ke ni mursyid…

Antara matahari dan pelangi..saya jujur dan serba naïf seharusnya berjiwa besar..kejiwaan yang besar menatijahkan sesuatu yang besar..semuanya bukan untuk kepentingan diri semata..hakikat cuma untuk berjujur tentang perihalan diri..kata orang bijak pandai bermuhasabah itu jalannya lurus..mencuba menggali dalam pekat diri, untuk kehidupan tujuan jalan insane..kurang begitulah..amin.

Hampir pasti, antara matahari da pelangi..saya tidak berkira-kira untuk memilih antara keduanya..biarlah saya yang serba kerdil ini berjiwa besar sahaja..miliki keduanya dan sentiaa beringat 5 sebelum datangnya 5..sihat sebelum sakit..muda sebelum tua..kaya sebelum miskin..lapang sebelum sempit…dan hidup sebelum mati………………….tiada penafian lagi!