Twitter
RSS

Cinta bukan pada Mawar! Ianya lebih dari itu..

4

sebuah aprisiasi yang BUKAN dibikin untuk ruang ini
(rujuk http://cdqaraa.blogspot.com/2010/01/kurang-lebih-begitulah.html )
mungkin sahaja ini berguna buat kalian...


Februari ini, Cinta akan kembali di sulam di bawah kerdip lilin. Harum mawar akan kuat terhidu dan hadiah akan bertukar kiriman. Bunga-bunga mawar tanpa reda, telah disunting dan dikarang bagi meraikan cinta yang berterbangan di udara. Love is on the air!

Tanggal hari 14 februari yang diwarnai mawar ini bergelar St. Valentine’s day. Usah lupa menyebut Saint di hadapannya kerana hari ini adalah milik “wali nasrani ”, Saint Valentine. Hari yang dijelmakan semula dengan istilah Hari Kekasih ini adalah sebahagian “syiar” agama Kristian. Ia lambang mengingati seorang yang dianggap syahid (yang mati dibunuh pada 14 Februari), dan wali yang mempertahankan kebenaran agar tentera Romawi boleh menjadi manusia normal, bercinta dan berkahwin dengan wanita. Dengan kisah St Valentine inilah, terbitnya alasan mengapa perlu meraikan cinta. Mengapa perlu mengirim kad berbahasa cinta dan mengapa mawar berduri akan disisip pada setiap lafaz cinta!

Usahlah meraikan 14 Februari kerana ia bukanlah jalan seorang yang Islami. Mengapa kita terus terpesona untuk terus mengikut jejak langkah Yahudi dan Nasrani? Jangan pernah lupa peringatan Nabi s.a.w yang bermaksud:

“Kamu akan mengikut sunah umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehinggakan jika mereka memasuki lubang biawak(dhab) nescaya kamu akan mengikuti mereka.” Sahabat bertanya: “Adakah mereka itu kaum Yahudi dan Nasrani, wahai Rasulullah?” Sabda Baginda s.a.w.(yang bermaksud): “Maka siapa lagi(kalau bukan mereka?)” (Riwayat al-Bukhari, al-Jami’ al-Sahih al-Mukhtasar, jld 3, no. 3269).

Marilah kita kembali kepada Cinta Islami. Cinta yang membawa damai di hati. Perhalusilah ungkapan Pencipta cinta dari sebaik-baik kalam, Kalamullah..”Jika ditanya tentang Tuhanmu wahai Muhammad..katakanlah ‘Aku sangat dekat’ "..romantik bukan?..” sejujurnya cinta itu adalah fitrah, hadiah Allah pada insan. Dia pemberi cinta kepada makhluk . Sesiapapun tidak akan pernah bisa menikmati indahnya cinta tanpa kurniaanNya. Analoginya, masakan kamu mencintai cinta melebihi cintamu kepada Pemberi Cinta..klisenya..menyayangi hadiah melebihi Pemberi hadiah? kejam bukan?

Cinta itu termuat dalam petak-petaknya yang tersendiri..Cinta itu kepunyaan semua makhluk..baik cinta itu dipugar dalam ahli kelurga, sesama berlainan jantina mahupun antara cinta yang perbagai lagak gayanya..belajarlah satu hal tentang cinta..dengan melunasi cinta manusia sesama manusia..tentu sekali tidak melunturkan cinta manusia terhadap Tuhannya..Cinta Kudus itu menuntut insan mengasosiasi “cinta” yang rapi, lestari dan safi terhadap Ilahi, bukan Cinta pongah, ranyah dan selekeh dalam pertalian insani…kata orang bijak pandai cinta itu serba indah!

Ironisnya, Islam sudah lama menzahirkan hakikat cinta sebenarnya dalam ertikata cinta yang mesti dicintai..kenal apa itu cinta sebenar, agar umatNya tidak silap memilih cinta. Setegasnya, cinta itu maruah manusia, ia terlalu mulia .Lumrah kejadian menghadirkan diri bertemu dengan cinta..cumanya..cinta itu layaknya didasari kecintaan kepada Pencipta Cinta, Allah s.w.t. Jika kamu gagal menemui cinta..yakinlah..kamu sudah menemui cintaNya..cintaNya cinta yang menandingi segala cinta di alam jagat ini..cinta padaNya cinta kudus..cinta yang tiada penghujung!


cdqaraa: 12:10 pm


lewat senja-kredit to bie'

5

aku terima satu kiriman sms..sungguh indah..kurang lebih berbunyi begini..


Assalamualikum akhi,
Td aku bertemu

''Tawadh'u''
''sabar'' &
''ikhlas''

Mereka bertiga perlu tempat tinggal. maaf tanpa izin aku berikan alamat hati mu. Semoga mereka sentiasa bersamamu..