Twitter
RSS

Di luar jangkaan dan kebetulan

1

Kalau peristiwa selalu berlaku di luar jangkaan, tentu manusia hidup dalam kekhuatiran sahaja. Kalau senantiasa dalam jangkaan pula, kita mungkin tidak berasa teruja kalaupun tidak bosan. Matahari tetap terbit selepas subuh dan dan tenggelam sewaktu datangnya magrib, tetapi apa-apa yang terjadi dari waktu ke waktu, antara subuh dan magrib, tidak selalu dapat diteka dengan pasti. Maka, apakah yang harus dilakukan? Membiarkan kehidupan mencari jalannya sendiri atau kehidupan harus dirancang bagi mengelakkan ketidaktentuan?

Kadang-kadang kita biarkan hari-hari yang berlalu tanpa memikirkannya sehingga kita terserempak dengan kejadian di luar duga. Kejadian yang kebetulan berlaku boleh menyeronokkan, dan boleh juga mendukacitakan. Pengalaman nyata dalam hidup, baik peribadi atau orang lain, namun lebih rumit dan kaya, lebih tidak terduga, untuk menginsafkan kita tentang takdir dan janji. Demikian hari-hari yang berlalu dalam diri saya ini, membuat diri ini banyak belajar, merenung dan bertafakur tentang banyak perkara, baik perkara yang kebetulan atau olengan-olengan perkara di luar jangkaan yang berlaku.

Izinkan saya berbahasa “saya” berbanding “aku” kerana saya juga harus cuba melakukan perkara di luar jangkaan biarpun selalunya perkara di luar jangkaan itu normalnya hadirkan natijah yang buruk. Saya bukanlah gemar melahirkan sesuatu di luar duga ini tetapi bahasa-bahasa orang di sekeliling saya selalu sahaja menyiat-nyiat buluhan qalbu saya untuk melakukan sesuatu di luar duga, dan selalunya sesuatu yang di luar duga itu kesannya yang buruk selalunya di paculkan pada saya semetelahlah saya ini bukan siapa-siapa dan saya tiada sebarang ruang pun untuk membelanya, yang ada pun ruangan ini buat saya lelahkan segalanya buat muhasabah dan renungan pada diri sendiri.

Izinkanlah juga saya lampirkan segala kebobrokan yang membikin duka di hati ini. Izinkanlah saya berkata benar biarpun pahit untuk kalian telan kerana Demi Allah segala kritikan dan teguran bukanlah untuk menjatuhkan tetapi atas dasar sayang dan kasih sesama umat. Izinkanlah saya berkata benar biarpun ini yang bukan kalian harap dan cita-citakan!

Sebentar tadi, di luar jangkaan dan kebetulan, mata saya terhidang dengan deretan poster dan fliers yang menulis tentang “boikot prom night” yang tertampal sepanjang laluan pelajar yang begitu mengujakan saya. Entah kerjaan siapa saya tidak tahu tetapi yang ingin benar saya tahu ialah tentang bagaimana umat Muslim di UniKL British Malaysian Institute ini menerima sesuatu itu dengan minda yang bertunjangkan kebenaran dan sifat kehambaan pada Tuhan. Jika tidak, hanya ibarat mencurah air di daun keladi. Tiada gunanya!

Adakalanya perkara di luar duga terlalu pahit untuk saya telan namun seharusnya saya membuat timbal balik secara tenang dan damai di hati sesuatu itu berlaku bukan seperti jangkaan. Bersyukur sahaja sesuatu itu berlaku tidaklah sampai menjerumuskan saya kelembah kebinasaan. Dan, sebagai seorang Muslim saya diajar menerima sesuatu sebagai qadak dan qadar dariNya. Dan seharusnya mursyid@cd itu sifatnya penuh kerendahan sahaja, biarpun terkadang singa di dalam diri cuba untuk menerkam dan membaham menentang kebobrokan di sekeliling!

Saya pernah dipinta oleh seorang pegawai pada sebuah organisasi untuk memberi komen dan ulasan pada organisasi tersebut untuk memperbaiki mutu dan cara kerja para stafnya. Bunyinya lebih kurang begini, “Cd, tolong saya isikan form ni..komenlah apa sahaja sebagai pandangan awak sebagai pelajar”..dan kata saya pula “tolong berikan borang soal selidik ini pada orang lain kerana anda akan menjadi subjek pertama yang akan saya komen”…balasnya pula..”awk tulis sahaja apa yang awak rasa tidak kena, kami menerima sebarang komen dengan hati terbuka..we are open minded!”…saya mengalah akhirnya dan catatan ulasan bercampur kritikan mula memenuhi ruang-ruang bergaris. Kata orang bijak pandai, menulis dikala tenang melahirkan sesuatu yang begitu indah dan idealistik. Begitu tenang saya rasakan ketika itu dan natijahnya saya memenuhkan semua ruang yang kosong sambil terngiang-ngiang di minda…”we are open minded!”…namun benarlah sesuatu itu bukan seperti jangkaan apabila saya mendapat tahu kritikan itu akhirnya berakhir di tong sampah! Tercanai bersama aksara-aksara we are open minded!

Adakalanya sesuatu itu datang dengan kejadian di luar duga dan kebetulan. Kebetulan atau entah apa pula sebuah program untuk membina semangat daya juang bercampur baur antara yang hak dan batil. Hak itu adalah hak dan yang batil tidak selayaknya bersama yang hak. Entah sialan apa program berkaraoke diakhiri dengan solat hajat! Anda seorang ustazah, dan saya bukanlah ustaz dan anda lebih tahu! I know we are British Malaysian! Tetapi bukanlah sesuatu pada hemat saya ianya bijak seandainya Tuhan melihat hambaNya mngakhiri majlis karaoke dengan solat hajat! Ianya terlalu dangkal! Dan entah mengapa saya turut terperangkap dalam kedangkalan ini? Sungguh! Ianya di luar duga!

Di luar lingkaran sesuatu di luar duga, syukur masih ada singa-singa Allah yang menyelinap cuba membahan segala kebobrokan dan berusaha dengan penuh kerendahan menegakkan hak. Dan mengambil sifat singa iaitu sesuatu itu perlu azam, cabaran dan strategi pantas sahaja memerlukan banyak jerih dan perih. Mungkin tidak seperti singa Allah, Umar r.a. tetapi boleh sahaja mengambil semangat dan kerendahan beliau untuk dijadikan panduan dan galakan, yakinlah sunah berjuang itu pahit kerana syurga itu manis! Telan sahajalah yang pahit kerana yang pahit selalunya penawar merawat kesakitan!

Cukuplah sedikit buat renungan diri sendiri, andai ada yang terasa mungkin sahaja boleh jadikan ia sebagai muhasabah bersama. Sesunggnya yang paling banyak mengkritik adalah yang paling menyayangi..dan saya benar menyayangi orang-orang di sekeliling saya biarpun sebagaimana anda. Mungkin cara dan keyakinan kita berbeza tetapi hakikatnya kita berkongsi sebuah bumi, dengan bulan dan mataharinya yang seandainya kita menggali ke dalam pekat diri pasti kita menemukan rahsia yang ajaib, kasih sayang dan cintaNya. Kasih syang dan cinta itu juga ada serpihannya dalam diri kita, iaitu pada hati kita, untuk diagih-agihkan kembali kepada dunia.

p/s: kalaulah mursyid menjadi prom king dan si dia prom queen..aduh..indahnya!

Mursyid: 9/11/09


Berpergian dengan langkah kaku dan lesu

0

Setiap sesuatu itu datang dan pergi…masa..tenaga..keringat..juga segala di alam jagat ini..malam meninggalkan siang..silih berganti malam disulami bintang bergemerlapan…sesuatu itu..segala-galanya datang dan pergi…kelam suram itu pergi..cahaya indah hadir…insan juga berpergian..buat insan-insan yang tersayang dan menyayangiku…datang dan pergi itu benarnya hadirkan erti yang gagah dan megah…mungkin aku bijak menilainya..mungkin juga aku salah menilai…siapa aku untuk menilainya!!

Datang dan pergi…berpergian lagi untuk sesuatu yang bererti..terkadang salah mencari…Tapi Allah hadirkan juga satu erti…untuk belajar dan mengajar..pada satu sisi…kita hanya mampu diam dan patuh…dan akhirnya belajar sesuatu…seharusnya patuh dan taat itu pada segala kehendakNya..ironinya…dalam hidup ada yang perlu ditentukan..ada yang perlu dikorbankan..ada yang perlu ditegakkan...dan segala itu perlu ilham dariNya…siapa lagi…itupun jika Dia masih menyayangi…jika tidak?

Aku..juga datang dan pergi..adakala…datang tidak diundang..hadir tidak dimengerti…pergi?…doanya aku pergi dengan pemergiaan yang dipayungi doa sejahtera…maaf pada segala kekhilafan…mamacun, cik ros, mama bakyah, cik salem dan keluarga,ust farhan, juga siapa sahaja yang rasa terdera dengan tingkahku …maaf..khilaf itu hadir tanpa disedari…mungkin boleh aku tebusnya dengan apa sahaja..semampuku…InsyaAllah..

Datang dan pergi…hampir saja aku menangis pada perihal cinta yang tidak punya konsistensi…malu pada Tuhan…malu pada diri sendiri…Ya Allah..kurniakanlah cintaMu padaku…aku lemah Ya Allah…selalu sahaja cinta lain yang membelai diriku…Aku malu padaMu..Aku harap sangat agar cintaMu memandu aku pada cinta yang lainnya…Itu sahaja yang aku mahu…hanya itu..

Datang dan pergi…cahaya dan suram juga gelita dan kelam…segalanya datang dari Tuhan…perginya juga dari Tuhan…Dan aku benar bangga dan yakin…juga berusaha..agar seluruh umat jagat ini beroleh cintaMu…aku tahu…banyak yang perlu dikorbankan…untuk datang dan pergi…klimaksnya..kembali kepadaMu…sungguh aku mengakui..tanpa ragu!


Interesting Facts About Me

2

There is a lot of interesting facts about me, but I guess it is just a matter of opinion. Nevertheless, I’m sure everybody has their own interesting fact about themselves.

I for one, I have the hardest time with music, as born and raised Muslim, my parents have always been worry of me because of this, and now I’m worried for that to, I cannot make excuses for it. Are I am classically trained as a musician?

Other interesting facts are people always said I’m not friendly, but the fact is I’m actually quite shy. I cannot simply talk to strangers. As long you keep talking about a subject I’m fine.

I enjoyed sports. Sports are my passion. I enjoyed played any type of sports as long as it keep me warm and sweat. My favorite sports is rugby, but I never broken a limb or been in hospital because of that games.

The best interesting fact about me is I’m loved to read Malay literature novel. I’m too obsessed of novel written by Sasterawan Negara Shahnon Ahmad, Faisal Tehrani and Dato Anwar Ridhwan. They are great in writing.

Last but not least, I’m always feeling short compared to most people, even through I’m probably not. I don’t know why!

All in all, I would say that I like to be myself. I’m proud to be who I’m now and try to improve better about myself for my excellent in life. That’s the real facts!


Transformasi-kalam Cinta Ramadhan-aku bukan superman!

0

1

Aku bukannlah superman..aku juga bisa nangis jika kekasih hatiku pergi meninggalkan aku..

2

Transformasi..kalam Cinta Ramadhan..aku terlalu naïf..cinta yang dinukilkan itu selalu saja berbeda..padaku ianya hanya layak apabila transformasi itu dari juang yang tinggi…meletakkan sesuatu pada tempat yang betul…hidup ini sebuah pilihan…memilih antara solat jemaah dan melahap semahunya…mana yang mahu didulukan…transformasi itu juang yang kental…sungguh!

3

Transformasi..kalam Cinta Ramadhan…sahur itu satu sunnah dalam beragama…aku terlalu naïf…sahur dengan sempurna…kemudian…kembali ke lambung tidur meninggalkan subuh berjemaah pada dinihari..transformasi entah apa-apa…malu!

4

Transformasi menjadi insan berdisiplin dan waja diri….aku terlalu naïf…perlu pula hilangkan segala sunah nabi pada diri…aduh..bertambah malu jadinya…

5

Transformasi..kalam cinta ramadhan…cinta Insani juga sering menggugah hati…cinta padaNya…sering dirundung sepi…masih gagal menunaikan hak kepunyaanNya dengan sempurna…masih penuh cacat cela..penuh langsi…malu bertambah lagi…

6

Transformasi itu membenar pada hati…hati ini asyik saja membenar pada hak-hak dunia…dunia sementara…bila ada yang berceritera keindahan akhirat…transformasi hati langsung tidak terusik…masih jauh seandai mahu dibanding dengan seorang kekasih Allah…..apabila kalimah Allah disebut padanya…hatinya berbunga-bunga…tenang dan damai sehingga segala apa isi dunia ini fana belaka…Allah itu segala-galanya padanya…masyaAllah…

7

Tuhanku…transformasikanlah hati ini…hati ini keras..sekeras batu…seharusnya hati batu ini tahu..seandainya kalimah “Lailahaillallah” itu ditimbang.. dengan segala isi dunia di sebelahnya…isi dunia itu pasti melambung jauh keatas dek keringannanya…bagaimana gunung-ganang dan langit bercempera…kerana kalimah Tuhan itu..takut bukan kepalang untuk memikulnya..!!

8

Transformasi..kalam Cinta..Rindu…Rindu pada kekasih yang dirindu…Rindu itu hanya bertamu pada kondisi-kondisi tertentu…Rindu itu selalu saja rindu yang sia-sia…bukan sebagaimana rindu para kekasihMu pada mati di jalanMu…yang berkorban segalanya hatta harta dan nyawa…melempiaskan juang air mata dan darah untuk menegak kalimah suciMu…aku? Satu setengah hari itu sudah merasa satu beban…rindu aku ini untuk apa..pada siapa???

9

Transformasi…juang..daya tahan..lelah keringat…tentu-tentu menuntut sebuah pengorbanan…selalu saja aku nukilkan buat falsafah pada diri juga buat yang mahu mengerti…sesuatu yang berharga itu mahal harganya…tidak pernah boleh dibayar dengan harga yang murah…Syurga itu hanya termaktub pada yang sedikit..Ya Allah…jadikanlah aku dari golongan-golongan yang sedikit…

10

Transformasi dan Cinta…Transformasi pada cinta yang hak untuk dicintai…Transformasi dan Rindu…Rindu pada yang berhak untuk dirindu…Islam itu dari Tuhan…manusia itu dari Tuhan..langit dan bumi dan segala yang melingkarinya itu semuanya..hatta debu yang berterbangan..semuanya dari Tuhan…Transformasi apa lagi yang mahu dicari…Islam itulah yang memimpin transformasi..Islam leads the changes! Lainnya hanya sampah mainan syaitan!

11

Aku masih menempuh transformasi…transformasi pada yang lebih dicintai Tuhan..selayaknya aku ini seorang hamba…cinta pada syurga dunia..lebih lagi pada syurga akhirat..inilah pentas transformasi…pentas ujian…diuji…tangis itu untuk apa…jerih itu untuk apa…keriangan itu untuk apa..transformasi pada medium cdqaraa blogsport itu untuk apa…segalanya…untuk apa dan mengapa…pada apa dan kerana apa…apa-apa sahaja…

12

Transformasi itu ada klimaksnya…untuk tujuan dan jalan… samaada aku beroleh syurga dan neraka…itu sahaja jawapannya…jawapan cinta…bagaimana cinta itu dinukilkan…aku sendiri yang akan perolehnya…turut terkesan pada mama dan abah tercinta…seandainya kebaikan..kebaikanlah pada mama dan abah…aku tidak mahu cerita yang sebaliknya!!

13

Sudahlah..aku tidak mahu menjadi superman atau siapa sahaja yang berkuasa!...mahu sahaja aku menjadi pokok..atau seketul batu..sehelai jerami…malahan seekor binatang..maka aku akan sibuk dengan bertasbih dan bebas daripada sebarang penghisaban di akhirat kelak! Pasti mudah…semudah A,B, C….

mursyid: 12:19 am, 4 Ramadhan


monolog kecil 4

0

Berkesempatan mengenali permata-permata nurul qanaaah menyeret aku pada satu sisi-sisi indah yang penuh liuk lentuknya…bukan aku pinta untuk berada pada sisi-sisi ini..tetapi segalanya adalah klise perjalananNya buat aku…siapa mampu menghalang!...aku percaya pada segala ketentuanNya..kita diajar untuk belajar bertatih pada kondisi tertentu…kondisi-kondisi ini adakala semacam satu ruang untuk mengajar dan belajar…bagaimana cinta Ilahi itu harus utama dari segala segi…dan bagaimana cinta itu…cinta permata-permata nurul qanaah…cinta setiap yang bernyawa…bisa saja buat kita lupa dan alpa…mengenali kamu permata-permata nurul qanaah…bisa saja buat diri ini longlai dari segala segi…tidur kamu hanyalah di sebuah “rumah”…rumah penuh jasa…katamu itu adalah rumah..kataku ianya bukan…mana mungkin aku tidur di bawah kedinginan kamu tidur bersempit-sempit…tiada pula alat pendingin..rumah tanpa alat pendingin kataku bukan rumah…bentakmu aku berpura…kamu lelahkan segala bentakmu pada wajah…adakala dengan kata…inilah rumah! Itu umi!...akhirnya aku mengalah...aku mati kata…aku malu… sayu…kamu begitu mulia…jangan pernah kamu mengelak untuk sembunyikan rasa kamu itu..aku tahu..biarpun aku tidak pernah harung segala pahit getir itu..aku tahu..rajukmu itu bukanlah asbab lain…kamu dahagakan sesuatu…sesuatu yang aku punya..dan kamu tidak…kamu tidak memilikinya…dan aku bukanlah berkuasa untuk memberi apa yang aku punya…aku tiada kuasa sedikit pun…sedikit pun tiada…selayaknya aku hadir hanya untuk entah asbab kehendak apa…kamu masih juga begitu…dan aku masih juga begitu….aku bergembira tanpa kesudahan..kamu berduka tanpa kesudahan…apabila kita bertemu…ruang-ruang perbedaaan itu kurangnya hanya sekelumit cuma…masing banyak tampung-tampung yang perlu diisi untuk sekelumit persamaan…aku masih percaya biarpun dunia kita berbeza…masih ada persamaan yang kita punya…kita senantiasa diapit oleh ujian-ujian Tuhan yang hampir serupa…diuji untuk menongkah arus dunia dan segala kepongahan pancarobanya….titiknya jalannya…kita bertemu seketika untuk sama-sama berkongsi rasa…aku tahu kamu masih punya ibu dan bapa…aku tahu…Cumanya aku tidak tahu mengapa dan kenapa ibu dan bapa kamu tidak punyai kamu…suatu hari mereka pasti merasai sesuatu..yakinlah Allah itu Maha Adil sayangku permata nurul qanaah…yakinlah..kerana setiap yang bernyawa pasti akan merasa putaran roda…setimpal dengan perbuatannya…dunia ini tidaklah sekejam yang kamu sangka..…hilangkanlah prasangka negatif itu ya..ada kesempatan kita jumpa lagi ok…pasti kita jumpa lagi suatu hari…itupun seandai masih diizin Tuhan untuk kita ketemu….untuk kita masih berkongsi rasa….rasa-rasa yang lebih indah mungkin…InsyaAllah…

Mursyid-1:45 am


berkelana-syurga dunia-akhirat.

0


"Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku..".-ust asri rabbani


aku mahu berperihal tentang transformasi di entry terawal di medium baru ini...cdqaraa blogsport...namun..sesuatu perkara itu muncul buat diri ini bercampur baur..adakalanya sesuatu itu kita hanya merancang..bukan kita yang menentukan...

Tuhan menentukan ini hari ini...insan yang antara paling aku kasihi walaupun dia tidak pernah mengenaliku pergi meninggal alam "syurga dunia paling indah"....buat kamu ustaz asri...alunan suara itulah yang menerbitkan linangan air mata ini...lirik lagu itulah yang buat hati ini merintih...tanpa alunan itu pasti aku yang serba lalai ini menangis untuk entah apa-apa...sekalung penghargaan buat kamu insan terpilih buat syurga dunia indahku...tanpa alunan indah itu..entah..aku masih belum tahu...

pemergian itu..hanyalah satu takah...dari takah-takah menuju Allah s.w.t.....syurga akhirat buatmu ust asri tersayang...moga aku berkesempatan menemui kamu suatu hari...dan doanya kamu mengenali aku...di syurga akhirat...itupun seandainya aku mampu mencapai takah semuliamu...itulah yang bakal memisahkan kita..hanya itu...

Syurga akhirat itu pasti termaktub buat kamu...doanya sebegitu...semuanya atas cintamu selayaknya alunan indah itu...berkelana..yang buat aku merintih menangis kerana malu, sesal akan tingkahku..alunan itu...kerana alunan indah syurga dunia itu...selamat berkelana ustaz asri...itulah caranya...syurga akhirat buat kamu pejuangku...amin




usaha untuk kegagalan!

0

masih aku ingat

usahaku yang dulu-dulu

adakalanya membuahkan hasil

untuk dituai

adakalanya juga

membuahkan kgagalan

juga untuk kutuai

seingat aku..

aku kuat berperit jerih dulu

kata ibu..

kamu harus membaca buku

aku menurut semahuku

kataku itu usaha yang perlu buat aku

akhirnya itulah aku!

kata orang

usaha itu tangga kejayaan

aku juga menurut saja

juga hasilnya ku rasa kurang sempurna

usaha,usaha dan usaha

klimaksnya, aku masih bebal untuk berjaya

mungkin pesan ustaz kamal ini kuncinya..

usaha untuk kegagalan!

kamu pasti berjaya!!!

cdqaraa, 16 jun 09, 10:53 pm,

kampung sungai cincin

batu 8, Gombak


life is drama isnt it-by cd on April 10, 2009.

0

saya orang enam…kenapa saya orang enam…itulah saya…ai..haha…sedikit tips..orang enam punya semangat kebapaan yang tinggi!! ijeng3..sy mohd rashidi..22..bujang..ai..haha…klisenya..orang enam pandai berjimat@ kedekut…last but not least..seorang yang bercitarasa tinggi!

life is drama…drama kisah pelbagai ragam…drama yang kadangkala penuh lelucon yang tidak disangka-sangka…adakala..penuh dengan lambakan emosi yang menyentap jiwa..aah..kita belajar tentang dunia sementara…henyak sajalah apa yang melanda…

terhenti disini…aku akan kembali barangkali…satu hari mungkin..barangkali aku akan kembali…..itupun jika aku masih tidak berhijrah…hijrah ke alam baru…pasti aku akan kembali…pasti..aku benar-benar pasti akan kembali…..

cdqaraa: 2: 37 am, SB3F2O


beauty-of-Islam..o-God..ameen-by cd on April 8, 2009.

0

Look at the beauty of Islam
Spreading around the world
See the prettiness of Islam
Like flowers blooming everywhere
Blooming and spreading grecefully
On the highlands and on the valleys
Take a look at the cause of the beauty
They are servants working for their god
And the beauty has been showered
With the sweats of the companions
And the preetiness has been enriched
With the coming of the reformers


buat shatz,boie,bass,lin…juga rusydi..dra..is...-by cd on March 11, 2009.

0

sudah lama aku diam..sudah lama aku hanya asyik berteleku..hampir pasti….aku akan menulis semula…mungkin keterbatasan itu yang menjadi penghalang…buat shartz,boie,bass….pada keterbatasan itu…pasti suatu hari aku menebusnya…pasti aku menebusnya…

lin..aku sudah lama berkelakar…bukankan semua kita akan mati…

buat rusydi….3 hari itu…entah….benar itu satu tanggungjawab…mungkin Tuhan belum memilih aku…hanya Dia yang tahu mengapa dan kenapa…Insyaalah..mungkin pada kesempatan lain….mungkin juga aku musykil tentang sesuatu..pasti jawapan itu akan akan aku temui…pasti..

dra…emm..ai..haha…tiada yang aku musykilkan…doanya baik-baik,indah-indah dan comel-comel buat kamu……ai..betul ke ni cd…”peringatan” itu pasti aku simpan…buat azimat…

is….dia juga milik Tuhan is…Tuhan lebih menyayangi…doanya kamu tabah dan pintaku buat kamu…doakan kesejahteraan allahyarhamah tunangmu di sana..itu sahaja yang kita termampu… percaya 1 perkara..hidup ini hanya sementara…buat kamu is..jika tulus cinta kamu..pasti kamu ketemu semula dengannya 1 hari..pasti…di Syurga Allah s.w.t…

buat kamu siapa-siapa..

aku bukan siapa-siapa…kamu jika diizin Tuhan pasti menemui aku..ataupun tidak..hanya mengecami aku dari kejauhan…hampir pasti…semua pertemuan dan perpisahan…ada yang mengaturkan…yakinlah…kita hanya merancang…Dia yang menentukan…munajat cinta sahajalah bekalnya..tiada yang lain..tiada..

cdqaraa: 5:07 pm rc uniklbmi


Labbaika Ya Palestin!-by cd on February 3, 2009 •

1

Di udara, tidak terjangkau tinggi, kamu mengepung kami dengan f-16 dan Aparche.

Di darat, kamu susun kereta-kereta besi dan pagar-pagar tinggi lagi berduri.

Di laut, tidak terenang tenaga kecil kami, sedang armada kamu menyekat bantuan dan makanan tanpa belas kasihan.

Tinggallah hospital-hospital kami, tempat yang tidak boleh lagi kami bersembunyi,

yang ada hanya doktor dan jururawat yang tidak punya bius dan ubat,

sedang ruang bergelimpangan tubuh-tubuh sendat dan wangi mayat-mayat!

Ya Allah, Yahdika ya Falastin!

Kami hanya punya dua tangan menadah keampunan dan ihsan pertolongan.

Kami menadah penuh pasrah agar Engkau turunkan tentera Ababil-Mu dari langit yang pernah menghancurkan Abrahah.

Belahlah lautan agar tenggelam armada lanun yang berwajah Firaun kerasukan.

Rekahkanlah bumi-Mu dan tumpahkanlah masin laut mati-Mu

agar larut tentera-tentera yang melata di tanah kami seperti kau hina kaum Nabi Lut!

Labbaika Ya Allah, Labbaika Ya Palestin!


IbnuAhmad al-Kurauwi, kuala lumpur-dewan masyarakat feb 09


korban-dekatkan diri padaMu-by cd on December 8, 2008 •

1

1

kata orang..korban itu punya makna yang terlalu klise dan konotatif…ai..haha..betul ke ni cd..

2

aku mahu bicara saja perihal korban..biarlah konotasi itu punya segi-segi yang pelbagai..

‘Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berqurbanlah”
(Al-Kautsar: 2)

3

aku percaya satu perkara..sesuatu yang mahu digapai..sesuatu kecintaan yang Agung perlukan pengorbanan…korban ini terlalu dalam ertinya..dan jangan pernah beranggapan Syurga itu dibayar dengan harga yang murah..jangan sesekali pernah!

4

Atas nama cinta..pengorbanan itu ibaratnya satu kemestiaan..belajarlah dari cinta Kekasih Allah Nabi Ibrahim…

Firman Allah Ta’ala bermaksud: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku (anak) daripada golongan orang-orang yang soleh. Maka kami (Allah) gembirakan dia dengan (mendapat) anak yang penyantun. Tatkala sampai (umur) sianak boleh berusaha, berkata Ibrahim: “Hai anakku! Sesungguhnya aku melihat dalam tidur (mimpi) bahawasanya aku akan menyembelih engkau, oleh sebab itu lihatlah (fikirlah) apa pendapatmu?” (Sianak yakni Nabi Ismail) menjawab: “Wahai bapaku! Buatlah apa yang diperintahkan kepadamu, nanti engkau akan mendapati aku - insyaAllah daripada golongan orang-orang yang sabar.”

5

adakalanya fikir aku…apa yang lebih penting ialah persoalan kenapa dan mengapa kita perlu berkorban..dan kenapa kita sanggup berkorban…padaku mudah..korban-dekatkan diri padaMu…Sesungguhnya dalam kedamaian kita bertakbir..dalam keenakan menikmati juadah hari Raya..disebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhitung banyaknya telah mengalir air mata dan darah para kekasih Allah…

6

Pengorbanan yang dilakukan seseorang, adalah umpama memberitahu apa yang dicintainya dan yang mana lebih utama baginya..Aku kuat berbicara tentang cinta…dan kali ini mahu aku tegaskan!…cinta kamu hanya omongan kosong jika kamu tidak pernah bisa berkorban..korban dari segala yang mengurangkan cinta..segalanya..aku tahu..pengorbanan itu perit..sungguh aku tahu..namun biarlah cinta yang bicara atas segalanya…

7

korban hakikatnya menuntut kita membuat pilihan..mana yang lebih dicintai..dan selalunya kita perlu berkorban dalam membuat pilihan..dan beginilah kehidupan kita..kehidupan berlandaskan pengorbanan menuntut kita berosilasi perihal bagaimana pilihan dan keputusan..dan..jangan pernah bersesal dengan pilihan yang telah dibuat..kerana..kita hanya insan..yakinlah..insan punya hak memilih..tetapi Tuhan yang menentukan samada pilihan itu benar-benar satu pilihan yang bijak..jadi..jangan pernah sesali andai sesuatu yang bukan pilihan kamu cd termaktub buat kamu..Dia yang menentukan..kita hanya hamba..Dia lebih tahu mana yang lebih layak buat kita..

8

bicara tentang pengorbanan…tidak pernah sesekali aku nafikan pengorbanan kedua ibu-bapaku…mungkin aku tidak terlalu nakal kiranya..mungkin sahaja..namun aku sedar..pengorbanan kalian berdua dari segenap segi tidak mungkin aku balasi…aku menjadi manusia ini pun atas cinta kalian berdua..mana mungkin aku nafikan..

9

pengorbanan buat kedua ibu-bapaku hanya dapat aku balasi dengan menjadi manusia terpelajar dan mampu berbakti semula pada mereka seusia mereka yang makin meningkat…abah sudah tiada..mungkin kejayaanku ini hadiah berharga buat mama tersayang…maaf mama..banyak duit mama dan terkorban menyekolahkan anak nakal mama ini…ai…haha…betul ke ni cd…!

10

mahu juga aku bercerita perihal pengorbananku menuntut Ilmu..aku bukanlah pelajar genius ataupun pelajar kelas elit.. aku hanya dikalangan pelajar-pelajar sederhana…tidak terlalu disanjung, tidak terlalu dihina…namun satu perkara tentang aku ini..cita-citaku menggunung tinggi..dan mungkin bukan kali ini untuk aku nukilkan perjalanan menuju cita-cita ku…kerana aku amat pasti pengorbanan menuju cita-citaku pasti penuh ranjau lagi…masih banyak aku perlu korbankan…masih banyak pengorbanan yang mungkin kalian tidak pernah fahami..dan aku masih belum mampu menjelaskan segala-galanya…

11

Benar kata orang…korban itu terlalu konotatif..banyak klisenya…ada perkara yang perlu kita korbankan..dan ada perkara tidak perlu dikorbankan…semuanya atas bicara cinta kita padaNya…hanya padaNya…tiada sangkalannya lagi..tiada..

12

buat kalian insan-insan yang amat aku kasihi..saudara seugamaku…jangan pernah cinta kamu padaNya digugat oleh cinta lainnya…percayalah..cinta yang Agung hanya cinta padaNya..mungkin pengorbanan perlu seandainya cinta Agung yang kamu cari…doanya kamu memperoleh cintaNya..seandainya cintaNya milik kamu…aku benar amat pasti…kamu pasti satu hari bertemu cinta yang tidak pernah melunturkan cintamu padaNya…

13

sebagai seorang manusia yang ingin mencintai dan dicintai…aku sering sunyi…mahu sahaja aku melayan cinta insani semahunya…namun..aku terlalu takut seandainya cinta insani itu buat aku terus sunyi dari rahmat dan cinta Ilahi…biarlah tautan hati padaNya membuai sunyiku..kerana aku tahu tautan hati yang ritmanya sebegitu yang membawa damai di hatiku..membawa tenang bagiku…cintaMu harapanku..jadikanlah aku kekasihMu sebagaimana kekasihMu Ibrahim a.s.

14

bebebapa ketika sebelum pencinta Rabb menjejakkan kaki tanah suci untuk melaksanakan wukuf di padang Arafah..aku terpana pada paparan berita di kaca media massa…”seorang wanita cuba terjun dari tingkat 11 wisma prsekutuan Kota Bharu akibat tertekan selepas menerima sistem pesanan ringkas (SMS) daripada suaminya yang tetap mahu merujuk semula dengan isteri pertama”….aku mati kata-kata sambil termanggu-manggu…adakah ini suatu pengorbanan cinta atau hanya ilusiku sahaja ??……


Penebusan-by cd on November 27, 2008.

0

Cakra alam berputar mencari arah

Siang berputar mengganti malam

Mana bisa insan mencari nilai

Mana bisa insan mencorak erti

Terkadang pernahkah terlintas difikiran

Pertualangnya sebuah khayalan

Khayalan sebuah keindahan sementara

Benar kata orang,

Kata insan sepi punya satria jiwa

Usah mencuba hidup dalam sebuah dongeng keindahan

Masihkah insan pernah terfikir

Perihalnya lahirnya insan dengan sebuah tujuan

Mana mungkin pernah terlintas

Jikalau hanya mengikut arah songsang

Jikalau hanya terpesong arah tujuan jalan

Jalan lurus arah sebenarnya

Usah tertipu dengan khayalan syurga

Dan usah kau menyelinap ke sebuah syurga

Sekadar untuk hidup dalam dongeng keindahan

Keindahan yang bakal diganti dengan satu penebusan…

cdqaraa


berkelana-kredit-to-rabbani-yala-benna

0

Tuhan memanggil

ku tidak menyahutnya

Tuhan memanggil

Aku mendengar saja

Tuhan memanggil aku

ku sahut sekali sekala

Tuhan memanggil aku

ku cuba menerimanya

Tuhan memanggil

ku sahut bertalu talu

Tuhan memanggil

ku jemu menyahutnya

tapi aku memaksa

diriku menerimanya

itulah diri aku

belum jinak dengan Tuhan..

Ku akan jinakkan dengan Berkelana..


akustika-petak-petak-cinta-by cd on October 17, 2008.

1

1

Adakalnya cinta itu rindu, cinta itu gelisah dan cinta itu sedih..cinta itu pelbagai..kata orang cinta itu datang dengan pakej..

2

aku cinta benar pada keindahan..segala keindahan yang mampu buat aku tenang..setenang ritma pagi di desa..keindahan juga padaku bukan yang hanya tenang..aku bukan jenis manusia pegun..

3

aku juga cinta pada seni…benar..cintaku pada kesusasteraan begitu mendalam..namun petak-petak cinta ku pada kesusasteraan tidak terlalu serius..aku hanya berkarya untuk kepuasan diri semata..tidak pernah diminta untuk dihayati atau diperhalusi orang orang lain..

4

jangan pernah menggelar aku ini seorang seniman..aku belum pernah menerima apa-apa anugerah seni…yang aku mahu ketika ini..kamu menerima perjuanganku sebagai seorang ilmuan..biarlah aku menjadi ilmuan terlebih dahulu sebelum bergelar seniman..seniman yang darjatnya seorang sasterawan..setitik hujan!

5

tidak pernah dapat aku gambarkan cintaku pada kedua orang tua ku..cintaku pada cinta gemulah abah dan kamu wahai ibu tidak pernah dapat aku nafikan..cinta kamulah yang melahirkan aku dengan segala cinta yang aku miliki kini…sungguh..

6

aku terlalu banyak belajar dari cinta gemulah abah..cinta gemulah abah begitu tulus..mahu sahaja aku nukilkan cinta abah dalam satu catatan nukilan indah..biar semua orang tahu siapa abah..biar segala pelosok alam ini kenal dan belajar cinta cara abah…dan tanpa malu biar juga orang tahu akulah yang selalu salah menafsir cinta abah dan akulah yang gagal membalas cinta abah selayaknya seorang anak…mungkin keterbatasan memisahkan kita abah…mungkin..

7

lewat sms seorang teman bertanyakan aku tentang cinta insaninya…kenapa cinta insaninya itu terputus di tengah jalan…juga sesalannya tentang cinta insani itu yang dilitupi noda dan dosa…bertanya pada aku yang tidak serba tahu ini…aku hanya menelah ringkas…jangan pernah meneleku cinta kamu itu menjadi cinta insani murahan…kenapa dan mengapa..seharusnya kamu mengerti…cinta Tuhan sudah mula berbicara..bertaubatlah kamu!

8

alat keluli bimbitku berdering lagi tanda sms…kali ini pula perihal persoalan adakah cinta Tuhan masih ada sedangkan dirinya sudah larut dalam noda dosa akibat cinta insani..masihkan Tuhan mahu menerima taubat hamba berdosa dan menganugerahkan cintaNya?…aku terdiam seketika…seketika aku menemui jawapannya…Cinta Tuhan itu tidak pernah berkurang..kerana Tuhan itu Maha Pengampun juga Maha Penyayang…

9

Aku pernah belajar tentang penzahiran taubat akibat kesalahan insan terhadap insan…”Taubat Nasuha itu bukan hanya menyesali kesalahan terhadap insan kepada Tuhan..tetapi Taubat nasuha itu adalah bagaimana kamu menzahirkan taubat kamu dengan bertanggungjawab atas segala tingkah kamu itu pada insan yang kamu perlakukan..seiring dengan tekad tidak mahu mengulangi perkara tercela itu lagi di kemudian hari..itulah taubat nasuha yang sebenar-benarnya..” aku mula berkira-kira…bukan mudah memohon maaf pada Insan..sungguh..insan itu bukan Tuhan..bukan Maha Pengampun!

10

Cinta itu termuat dalam petak-petaknya yang tersendiri..cinta itu kepunyaan semua makhluk..baik cinta itu dipugar dalam ahli kelurga, sesama berlainan jantina mahupun antara cinta yang perbagai layak gayanya..aku belajar satu hal tetang cinta..dengan melunasi cinta manusia sesama manusia..tentu sekali tidak melunturkan cinta manusia terhadap Tuhannya..Cinta Kudus itu menuntut insan mengasosiasi “cinta” yang rapi. lestari dan safi terhadap Ilahi, bukan cinta pongah, ranyah dan selekeh dalam pertalian insani…kata orang bijak pandai cinta itu serba indah…ai..haha..betul ke ni cd..haha

11

Aku sempat bertanya pada seorang gadis…dengan selamba…”adakah kamu mencintai saya?”….jawapannya buat aku jadi bingung bercampur baur….katanya tanpa banyak bicara…” entah!!! “ aku terus mati kata-kata..malu.

cdqaraa:11:28pm


Sampai masa-by cd on September 15, 2008.

0

Lihatlah cinta kita sejujurnya,
Fahami tiap rasa getarnya,
Cinta yang saling rindu merindui,
Pastikah ini ‘cinta’ yang kita cari?

Kita yang masih; muda dalam bercinta,
Menilai kasih; tanpa batas syaratnya,
Takut nanti terleka

Lihatlah dunia kita sekeliling,
Arus dunia remaja berlalu,
Kita yang hampir leka kerna cinta,
Rentak arus dunia terus berputar

Dengarlah kasih; walau engkau ku cinta,
Usah bermimpi; terus dibuai rasa,
Sabar lewat dewasa

Andai benar ku kau cinta; buktikannya,
Sabar menunggu pasti,
Kan kekal di hati; biarkan masa menentukan,
Sampai masa; sayang

kredit to cili-neo gendang record 2008


Mean, Meaner, Meanest-by cd on September 2, 2008.

0

selamat datang wahai Ramadhan…salam ceria juga wahai perindu Ramadhan…tahniah juga buat kalian yang masih punya kesempatan bertemu dengan Ramadhan…juga..salam kemerdekaan kepada warga Malaysia buat kali ke 51…aku sedikit klise perihal kemerdekaan ini…apa-apa sajalah cd…aku sempat membaca sebuah blog…katanya…Maksud Merdeka adalah: Apabila kita mati, dan mayat kita di urus dengan baik, dan kawan kawan sempat melawat dan berdoa, maka itulah ertinya Merdeka… dan ini yang paling aku teruja…Hakikat Merdeka adalah: Apabila kematian kita di cemburui oleh orang beriman, maka sesungguhnya kita telah merdeka!…..hebat bukan! haha….tidak perlulah aku aprisiasikan makna dan hakikat merdeka pada pandangan peribadiku…cuma mudahnya padaku..merdeka itu bukan 1 ruang yang mutlak…bukan 1 titik yang tunjang…ai….apa ni cd….haha…selagi kamu berpijak di bumi Tuhan ini….kamu tidak akan pernah merdeka dalam erti kata yang sebenar…merdeka dalam erti kata "merdeka hati dan jiwa" hanya mana bila kamu kembali kepada Tuhan dengan kembali yang husnulkhatimah…itu adalah merdeka…itu sahaja….kata bijak pandai…Syurga tidak dibayar dengan harga yang murah!…kamu perlu menempuh ujian dan rintangan..klimaksnya kamu berjaya…antara ujian dan rintangan adalah Ramadhan..janji Allah pada insan..awal Ramadhan adalah Rahmat, pertengahan Ramadhan adalah keampunan, dan akhir Ramadhan adalah perlepasan dari api neraka…tetapi…harus diingat dan di teliti…janji itu hanya termaktub pada hati-hati dan jiwa-jiwa yang berpuasa Ramadhan seluruhnya…bukan puasa Ramadhan itu hanya berlapar dan dahaga…kata Imam Ghazali puasa Ramadhan itu khususul khusus…maksudnya Istimewa dalam Istimewa…puasa Ramadhan itu menahan diri dari melakukan cela…setiap anggota jasad punya tingkah celanya..dan Ramadhan adalah pentas Agung untuk mengawalnya…amat berbahagialah insan yang puasa Ramadannya mencapai takah takwa…takah yang mana insan itu dianugerahkan rahmat, keampunan dan perlepasan dari api neraka..alangkah indahnya…dan klimaksnya insan itu ibarat dilahirkan semula di Eudulfitri yang mulia…doanya sebegitulah buat semua…doanya sebegitulah..beberapa ketika sebelum bertemu dengan Ramadhan..aku sempat berguru tentang apakah yang sepatutnya dilakukan semua orang bersempena Ramadhan…jawapannya mudah….amat mudah dan ringkas pada kata..tetapi amat payah pada perlaksanaan dan gerak kerjanya..Bertaubat nasuha!!….tambahnya lagi…"yang terbaik bagi pesalah adalah yang paling suka bertaubat menyesali tindakannya dan bersedia seluruhnya untuk berubah!!!!"…..inilah yang buat aku ralat…sungguh!

SPECIAL REQUEST!-by cd on August 13, 2008.

0

seminggu aku dihujani pelbagai persoalan dari teman-teman dan orang yang aku kenali…ada persoalan yang aku berikan jawapan.. ada persoalan yang kembalikan dengan persoalan..dan ada juga persoalan yang tidak langsung aku endahkan malahan aku nafikan soalan itu selayaknya soalan itu tidak selayaknya untukku…klimaksnya…aku dituduh sombong..woha!!….biarlah..kamu dan kalian mungkin tidak terlalu mengenali aku..dan aku sungguh tidak menyalahkan kalian atas segala persoalan dari segenap segi itu…cumanya padaku..biarlah kamu tidak mengenali sifat perilaku diriku…fahamilah kondisi situasi diriku…semahunya kalian hamburkan persoalan yang ada kalanya bersifat hamburan tanpa titik rujukan…mudah sahaja bagi kalian bukan…semberono menelah aku dengan rakusnya..biarlah..biar aku sahaja telan pahit maungnya…sungguh aku tidak menyalahkan kalian..sungguh..kalian hanya mahu tahu sahaja bukan…dan aku ini pun bukanlah jenis yang suka menghampakan harapan orang lain..tapi fahamilah situasiku…fahami kondisiku dahulu…tolong..fahami aku yang sedikit ralat berdepan ujian Tuhan…aku juga manusia biasa..aku perlukan sedikit masa untuk aku tenang dan mula berfositif dengan apa yang berlaku…tolonglah aku…dan bila segalanya sudah seperti sediakala..aku bersedia merungkai segalanya..segala apa sahaja sedaya upaya…biarlah segala itu perkara yang terlalu tidak masuk akal untuk dipersoalkan kalian..aku terima sahaja..seiring masa yang berlalu…fikirku di asak bertalu-talu…seusia itu juga terdetik aku madah kata seorang yang soleh lagi berilmu…"Tiada kesedihan, ketakutan, kebimbangan, kerisauan untuk perkara dunia…Kesedihan, ketakutan, kebimbangan, kerisauan hanya untuk perkara akhirat…" seketika..aku kelu…juga aku malu…di takah mana aku berada..sekelumit cuma risauku pada perkara akhirat yang perlu aku tempuh…sekelumit cuma…untuk perkara dunia…aku aturkan segalanya…segala yang bercampur-baur untuk matlamatku hidupku…persetan segala cara…matlamat dunia harus dicapai…ini yang semakin meruntun maluku…"Special Request Allah" inilah yang kembali menyedarkanku…biarlah segalanya milikku di dunia ini dirampas tanpa silu…kata orang bijak pandai…"bila hamba Allah itu ditimpa kesedihan, ada dua perkara yang Allah hendak beri..pertamanya..keampunan dosa..dan yang keduanya..Allah mahu naikkan darjat seseorang @ beri pahala…" Ini yang membantu aku kembali tenang dan damai di hati..Sekiranya beginilah caranya Allah hendak mengampunkan dosa silamku , alangkah ringannya penderitaan ini…dan…Apabila beginilah caranya Allah nak selamatkan diriku dari azab api neraka dan masukkan aku ke dalam syurga yang kekal abadi, alangkah ‘indahnya’ penderitaan ini…

SPECIAL REQUEST!

Don’t say you have faith before you are tested, Allah tests you as He loves you because you are special. Thus, it is a request to remain patient and remain steadfast in your patience, as Allah wants to save you from His wrath, and wants to be pleased with you. Now, when you just remember the very reason Allah tests you, doesn’t that make the test that you have to endure make you smile and at the same time, feel good and special?

SPECIAL REQUEST!

Allah know best!

End

cdqaraa; 2:07 am


sepi-by cd on July 14, 2008.

0

ai..ha.ha..apa ni cd…sepi menyorot aku pada sisi-sisi lukisan indah…sepi juga yang membuai aku…sepi…aku suka pada keindahan…aku suka pada sesuatu yang punya makna…biarlah sesuatu yang bersimposiang entah apa itu menemani aku…biarlah jawapan cinta aku itu terus-terusan menjadi ketepuan pada diri…biarlah juga segala yang memberi indah pada diri ini terus sepi..aku berbicara tentang cinta..tentang damai di hati…biar saja kamu terus menjadi ralat…biar saja kamu menjadi orang yang sedikit…tidak usah kamu menjadi buih yang melaut…tiada ertinya…aku cuba untuk belajar meneroka…walaupun sepi juga yang menemani aku…namun….indah yang aku temui…kedamaian..aku tenang dengan segala langkahku…biar langkah itu agak kusam dengan segala yang membijaksanakanku…ya..aku mahu menjadi yang sedikit…aku mahu menjadi yang sepi…aku punya alasan sendiri…biar kalian semua tidak mengerti…kita memang berbeza…dan aku suka benar kita berbeza..kerana perbezaan kita menghadirkan aku di kondisi golongan yang sekelumit cuma…biarlah..akan ku biarkan sahaja segala yang membentengi jalanku…kerana aku tahu..jawapan cinta itu bukan sesuatu yang dilambakkan…tetapi sesuatu yang di nukilkan buat yang terindah..buat yang teristimewa…dan segala yang terindah dan teristimewa itu bicaranya hanya pada cinta yang sepi dan sedikit…sekelumit cuma…doanya biar cinta yang sepi itu sahaja bicara buatku…cuma jawapan itu…cuma itu…

cdqaraa: 12:31 pm..acess services consultancy..08.

dust is my bed-by cd on July 14, 2008.

0

dust is my bed,

embraces me,

and it’s my cover now,

the sand,

surround me,

even behind my back,

and the grave tells the darkness,

of my affliction,

and the brightness,

draws the line,

and where is my family love?

they sold my loyalty!

and where is my group of friends?

they left my brotherhood!

and where is the bliss of money?

it’s behind my back now,

and my name (reputation) where is it’s shine between praises?

this is my end,

dust is my bed,

and love farewells its belonging,

and my elegizing cried,

and the tears went dry,

after crying,

and the universe become narrow,

and so is my space,

and the grave become,

my ground and sky,

this is my end,

dust is my bed,

and fear fills my estrangement,

and the sadness is my illness,

i expect firmness and I swear,

it’s my cure,

and for Allah I pray faithfully,

You are my hope Allah!

I desire heaven,

to find bliss in it,

and for Allah I pray faithfully,

You are my hope Allah!

Allah swt says "Says: Death from which you are fleeing will certainly catch up with you. Then you will be returned to the Knower of the Unseen and the Visible and He will inform you about what you did"(62:8)


Jawapan cinta- by cd on June 20, 2008.

0

jawapan cinta sering membisiki aku…setiap relung kalbu…cinta juga yang aku cari…mahu sahaja aku terus tidak berpaling atas segalanya…namun harus juga aku sandarkan seketika egoistikku…melayan jerit perit…kita diajar peka pada suasana…biarpun ditelah dengan segala yang memeritkan…jawapan cinta juga yang tetap bertakhta di sanubari…selangkah aku berteriak…bersimposiang melaung-laung…kata orang mencari intonasi dari situasi…ku zahirkan sahaja apa yang terbuku di sanubari…seiring sekelumit penunjuk arah jawapan cinta…biarlah….aku hanya insan biasa…aku hanya siapa-siapa…jawapan cinta membawa aku ke jurang segala….semuanya untuk cinta…pasti sahaja..semua berasal dari cinta..semua ini tentang sumber cinta…dan aku pasti cahaya akhir itu pasti muncul..dan kerana itulah jawapan cinta ditawarkan…

Perjalanan melihat alam-by cd on April 29, 2008.

0

1

Suara pagi Kuala Lumpur tidak setenang suara samar pagi perlahan di desa..tiada kokokan ayam berganti-ganti..tiada bunyi ciapan burung menyambut cerah pagi..cumanya hanya wujud bunyi enjin kenderaan yang meneru tanpa henti..

2

lewat 7 pagi..aku dan rakan-rakan menunggu teksi di luar terminal bas hentian putra…ramai juga ulat teksi di kotaraya ini..ada yang menawar dengan perbagai harga perkhidmatan keretanya..nekad untuk mengawal perbelanjaan..teksi bermeter sahajalah yang dinanti..dua kumpulan rakan sudah menaiki teksi..cuma tinggal aku dan tiga rakan..terusan menanti…

3

sedang menanti..seorang lelaki datang menyapa…"mahu kemana? naik kereta saya sahaja lah! kereta saya disana..sekejap..saya datang ambil…" kami mengiya sahaja…setibanya..aku dan rakan-rakan terpana…ulat juga rupanya..cis..tertipu!…tidak sampai hati menolak..kami naik juga dengan wajah yang agak kecewa..seusia perjalan..lelaki ini melampiaskan kecewanya.."pakcik punya anak..keputusan peperiksaannya agak bagus..tetapi tidak mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke IPTA…entahlah"…aku tidak berkata apa..cumanya dalam hati…mungkin jalan pakcik mencari rezeki ini kurang kena…mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain..mungkin sahaja..

4

Bilik kami menyewa agak agam..asrama pelajar kolej multimedia..semuanya serba sempurna..kemas..teratur..tiada cela…

5

berehat sekejap melepas lelah penat perjalanan dari kota baharu..petangnya keluar berjalan-jalan..juga menonton filem horor di panggung wayang bersama rakan-rakan..seronok juga..belajar sosial versi Kuala Lumpur…penuh kebebasan total…tapi aku sedar..Tuhan sentiasa memerhati..aku tidak pernah bersendiri..

6

pulang ke kediaman kolej multimedia…aku sedikit teruja..kerana bilik agam ini juga disewa pelaja kolej Islam mel_ _a(KT_ _M)..mereka mudah mesra..cumanya aku sedikit musykil…pelajar kolej islam berambut kuning..bertatu..juga berseluar pendek paras paha..ya..aku semakin bingung…entah kenapa..

7

hari Isnin…makmal bermula…semuanya menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin..aku juga…cumanya…aku perhatikan..aku yang selalunya lambat menyelesaikan tugasan makmal..aku senyum sahaja..biar lambat asal paham dan selamat…buat apa tergesa-gesa bukan…

8

pulang dari makmal…aku terus tidur..tidak seperti kebiasaanku..aku jarang-jarang sekali tidur petang…tetapi disini..aku tidak tahu bagaimana aku mahu beriadah…yang ku perhatikan…warga kota ini riadahnya cuma berjalan-jalan di panorama-panorama indah..keutamaannya..KLCC..atas dasar berjimat juga..aku mengambil langkah untuk rehat sahaja di bilik..ada penghawa dingin juga…senang sekali..senang untuk buat aku terlena tidak kira waktu…

9

malam hari selalunya aku sedikit menyemak laporan makmal..banyaknya berbual-bual dengan rakan-rakan juga rakan-rakan baru kolej islam mel_ _a..banyak juga yang mereka kongsikan…banyak juga yang aku pelajari…sekali lagi kemudiannya aku terpana…aku terpana pada botol minuman keras yang diteguk rakan-rakan baruku…tanpa rasa segan..tanpa rasa malu..bersalah lagilah tidak…aku mati kata-kata…cuma hatiku yang mula berbicara..penuh kegusaran…

10

"kami di anak tiri..kami dipaksa mematuhi peraturan..tiada langsung ruang kebebasan..yuran mahal..terpaksa tinggal di asrama sepanjang pengajian..bil eletrik bayar sendiri..kolej tiada peralatan makmal..satu kesalahan samada di dalam kolej ataupun diluar kolej..kami akan didenda dengan wang…kami seperti ditindas..tiada langsung ruang untuk kami bersuara..kebajikan kami tidak dipedulikan.."…ini luahan mereka…kataku mudah sahaja..tukar sahaja kolej kerjasama yang lain…kata mereka "biarlah"..aku cuma tersenyum…aku sedikit merenung…pikiranku mula ruwet…salah insan ..atau ini balasan Tuhan..pikirku mula menerewang entah kemana…semakin bertambah bercelaru bila aku memandang rakan seagamaku dari kolej Islam Mel_ _a menuang cecair "calsberg+coca-cola" sambil meneguk tanpa segan silu..

11

hari kelima..hari ujian makmal…masing-masing dengan ilmu…dengan perasaan serba mungkin..gusar..tenang..yakin..gementar..bercampur baur…ada juga yang membawa "toyol" di kertas manual….masing-masing dengan pendekatan sendiri…resamnya..ada yang gagal..ada yang berjaya melaksanakan tugasan…aku cuma berjaya menyiapkan separuh tugasan…klimaksnya..aku pulang dengan sedikit gusar..dan untuk seketika…ku hilang kawalan diri…cuma seketika…

12

hari keenam…rakan dari KT_ _M sudah selesai makmal..dan berkemas..untuk pulang…sedikit sayu pula aku ini….sementahlah mereka bersalam berulang kali…juga memohon maaf andai ada meyinggung perasaan aku dan rakan-rakan…perasaan aku mula berkecamuk…juga pelik dan kaget..semacam pula mereka ini…

13

bilik dikemaskan…pelajar kolej i_ _p akan check in bilik menggantikan pelajar KT_ _M…pegawai penginapan menghadkan 1 katil untuk seorang…sesudah bilik dikemaskan..pegawai penginapan ini datang lagi…"1 katil untuk seorang sahaja ok"…kami mengiyakan sahaja…selang beberapa ketika..pegawai ini datang lagi…menolak tombol pintu..sambil sedikit menjengkelkan raut wajah..terpandang beg pakaianku di atas katil lain…juga beg rakan-rakanku…"bukankah pakcik dah cakap berulang-ulang kali…1 orang hanya satu katil..tk pahamkah!!"….amarahku mula terbit..namun tidak ku zahirkan atas dasar hormat…masing-masing mengangkat beg masing-masing dan meletakkan di hujung katil masing-masing….muncul persoalan di benakku…terlalu bersalahkan hanya menumpangkan beg di katil lain untuk seketika…hanya seketika cuma…kenapa juga..pakcik terlalu egoistik….adakah usia yang sedikit berbeda itu menghilangkan rasa hormat pakcik kepada kami anak-anak muda ini…mungkin sahaja..mungkin aku sahaja yang terasa…

14

jam 6 petang..pelajar kolej i_ _p check in bilik…tanpa salam..tanpa mempedulikan aku dan rakan-rakan….aku diamkan sahaja…di dalam hati..aku membanding antara pelajar KT_ _M dan I_ _P ini…pelajar KT_ _M tidaklah tidak sopan seperti ini..sesombong ini…aku membiarkan sahaja..sementahlah..di saat itu..giliran kami pula untuk check out..meninggalkan mereka dengan kesombongan mereka yang sendiri-sendiri itu…

15

seusia mentari melabuhkan tirainya…aku dan rakan-rakan berlalu dan kemudian singgah sebentar mengisi perut sebelum meneruskan perjalanan untuk pulang semula ke Kota Bharu…teksi bermeter juga menjadi pilihan…pelajar kolej seperti kami ini manalah mahu membayar lebih….hairan juga…tiga buah teksi yang berhenti..semuanya tidak menggunakan meter…meter rosakkah..ataupun…untuk mengambil kesempatan lagi…sudahlah…aku sudah jelik ini semua…

16

aku sudah selamat sampai ke kota bharu..maka terwujudlah markalah ini…seusia seminggu di kotaraya..banyak yang membijaksanakanku…banyak yang telah aku gapai..banyak juga kenangan-kenangan yang serba macam ragamnya aku tempuhi…serba indah dan serba ruwet…semuanya bercampur baur…dan seyakinnya aku pasti..jika aku tidak teguh pendirian diri..mungkin sahaja aku sudah jauh terpesong…jauh dari segala yang memberi tenang dan damai di hati…aku tidak rela kehilangan segala yang serba indah ini..aku juga tidak mahu aku tersasar jauh dari jalan kehidupan insan berTuhan..kehidupan yang penuh dengan kewaspadaan..tidaklah terlalu bebas..tidak terlalu mengongkong…sederhana sahaja…dan seyakinnya…aku tidaklah mahu Tuhan membenciku atas perilaku ku..kerana aku tahu..aku yang serba lemah ini…jika tidak dipandu Tuhan..hanyalah satu jasad dan roh yang tiada apa-apa erti…hina selama-lamanya..janganlah Engkau tinggalkan aku Tuhan..