Twitter
RSS

Perjalanan melihat alam-by cd on April 29, 2008.


1

Suara pagi Kuala Lumpur tidak setenang suara samar pagi perlahan di desa..tiada kokokan ayam berganti-ganti..tiada bunyi ciapan burung menyambut cerah pagi..cumanya hanya wujud bunyi enjin kenderaan yang meneru tanpa henti..

2

lewat 7 pagi..aku dan rakan-rakan menunggu teksi di luar terminal bas hentian putra…ramai juga ulat teksi di kotaraya ini..ada yang menawar dengan perbagai harga perkhidmatan keretanya..nekad untuk mengawal perbelanjaan..teksi bermeter sahajalah yang dinanti..dua kumpulan rakan sudah menaiki teksi..cuma tinggal aku dan tiga rakan..terusan menanti…

3

sedang menanti..seorang lelaki datang menyapa…"mahu kemana? naik kereta saya sahaja lah! kereta saya disana..sekejap..saya datang ambil…" kami mengiya sahaja…setibanya..aku dan rakan-rakan terpana…ulat juga rupanya..cis..tertipu!…tidak sampai hati menolak..kami naik juga dengan wajah yang agak kecewa..seusia perjalan..lelaki ini melampiaskan kecewanya.."pakcik punya anak..keputusan peperiksaannya agak bagus..tetapi tidak mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke IPTA…entahlah"…aku tidak berkata apa..cumanya dalam hati…mungkin jalan pakcik mencari rezeki ini kurang kena…mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain..mungkin sahaja..

4

Bilik kami menyewa agak agam..asrama pelajar kolej multimedia..semuanya serba sempurna..kemas..teratur..tiada cela…

5

berehat sekejap melepas lelah penat perjalanan dari kota baharu..petangnya keluar berjalan-jalan..juga menonton filem horor di panggung wayang bersama rakan-rakan..seronok juga..belajar sosial versi Kuala Lumpur…penuh kebebasan total…tapi aku sedar..Tuhan sentiasa memerhati..aku tidak pernah bersendiri..

6

pulang ke kediaman kolej multimedia…aku sedikit teruja..kerana bilik agam ini juga disewa pelaja kolej Islam mel_ _a(KT_ _M)..mereka mudah mesra..cumanya aku sedikit musykil…pelajar kolej islam berambut kuning..bertatu..juga berseluar pendek paras paha..ya..aku semakin bingung…entah kenapa..

7

hari Isnin…makmal bermula…semuanya menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin..aku juga…cumanya…aku perhatikan..aku yang selalunya lambat menyelesaikan tugasan makmal..aku senyum sahaja..biar lambat asal paham dan selamat…buat apa tergesa-gesa bukan…

8

pulang dari makmal…aku terus tidur..tidak seperti kebiasaanku..aku jarang-jarang sekali tidur petang…tetapi disini..aku tidak tahu bagaimana aku mahu beriadah…yang ku perhatikan…warga kota ini riadahnya cuma berjalan-jalan di panorama-panorama indah..keutamaannya..KLCC..atas dasar berjimat juga..aku mengambil langkah untuk rehat sahaja di bilik..ada penghawa dingin juga…senang sekali..senang untuk buat aku terlena tidak kira waktu…

9

malam hari selalunya aku sedikit menyemak laporan makmal..banyaknya berbual-bual dengan rakan-rakan juga rakan-rakan baru kolej islam mel_ _a..banyak juga yang mereka kongsikan…banyak juga yang aku pelajari…sekali lagi kemudiannya aku terpana…aku terpana pada botol minuman keras yang diteguk rakan-rakan baruku…tanpa rasa segan..tanpa rasa malu..bersalah lagilah tidak…aku mati kata-kata…cuma hatiku yang mula berbicara..penuh kegusaran…

10

"kami di anak tiri..kami dipaksa mematuhi peraturan..tiada langsung ruang kebebasan..yuran mahal..terpaksa tinggal di asrama sepanjang pengajian..bil eletrik bayar sendiri..kolej tiada peralatan makmal..satu kesalahan samada di dalam kolej ataupun diluar kolej..kami akan didenda dengan wang…kami seperti ditindas..tiada langsung ruang untuk kami bersuara..kebajikan kami tidak dipedulikan.."…ini luahan mereka…kataku mudah sahaja..tukar sahaja kolej kerjasama yang lain…kata mereka "biarlah"..aku cuma tersenyum…aku sedikit merenung…pikiranku mula ruwet…salah insan ..atau ini balasan Tuhan..pikirku mula menerewang entah kemana…semakin bertambah bercelaru bila aku memandang rakan seagamaku dari kolej Islam Mel_ _a menuang cecair "calsberg+coca-cola" sambil meneguk tanpa segan silu..

11

hari kelima..hari ujian makmal…masing-masing dengan ilmu…dengan perasaan serba mungkin..gusar..tenang..yakin..gementar..bercampur baur…ada juga yang membawa "toyol" di kertas manual….masing-masing dengan pendekatan sendiri…resamnya..ada yang gagal..ada yang berjaya melaksanakan tugasan…aku cuma berjaya menyiapkan separuh tugasan…klimaksnya..aku pulang dengan sedikit gusar..dan untuk seketika…ku hilang kawalan diri…cuma seketika…

12

hari keenam…rakan dari KT_ _M sudah selesai makmal..dan berkemas..untuk pulang…sedikit sayu pula aku ini….sementahlah mereka bersalam berulang kali…juga memohon maaf andai ada meyinggung perasaan aku dan rakan-rakan…perasaan aku mula berkecamuk…juga pelik dan kaget..semacam pula mereka ini…

13

bilik dikemaskan…pelajar kolej i_ _p akan check in bilik menggantikan pelajar KT_ _M…pegawai penginapan menghadkan 1 katil untuk seorang…sesudah bilik dikemaskan..pegawai penginapan ini datang lagi…"1 katil untuk seorang sahaja ok"…kami mengiyakan sahaja…selang beberapa ketika..pegawai ini datang lagi…menolak tombol pintu..sambil sedikit menjengkelkan raut wajah..terpandang beg pakaianku di atas katil lain…juga beg rakan-rakanku…"bukankah pakcik dah cakap berulang-ulang kali…1 orang hanya satu katil..tk pahamkah!!"….amarahku mula terbit..namun tidak ku zahirkan atas dasar hormat…masing-masing mengangkat beg masing-masing dan meletakkan di hujung katil masing-masing….muncul persoalan di benakku…terlalu bersalahkan hanya menumpangkan beg di katil lain untuk seketika…hanya seketika cuma…kenapa juga..pakcik terlalu egoistik….adakah usia yang sedikit berbeda itu menghilangkan rasa hormat pakcik kepada kami anak-anak muda ini…mungkin sahaja..mungkin aku sahaja yang terasa…

14

jam 6 petang..pelajar kolej i_ _p check in bilik…tanpa salam..tanpa mempedulikan aku dan rakan-rakan….aku diamkan sahaja…di dalam hati..aku membanding antara pelajar KT_ _M dan I_ _P ini…pelajar KT_ _M tidaklah tidak sopan seperti ini..sesombong ini…aku membiarkan sahaja..sementahlah..di saat itu..giliran kami pula untuk check out..meninggalkan mereka dengan kesombongan mereka yang sendiri-sendiri itu…

15

seusia mentari melabuhkan tirainya…aku dan rakan-rakan berlalu dan kemudian singgah sebentar mengisi perut sebelum meneruskan perjalanan untuk pulang semula ke Kota Bharu…teksi bermeter juga menjadi pilihan…pelajar kolej seperti kami ini manalah mahu membayar lebih….hairan juga…tiga buah teksi yang berhenti..semuanya tidak menggunakan meter…meter rosakkah..ataupun…untuk mengambil kesempatan lagi…sudahlah…aku sudah jelik ini semua…

16

aku sudah selamat sampai ke kota bharu..maka terwujudlah markalah ini…seusia seminggu di kotaraya..banyak yang membijaksanakanku…banyak yang telah aku gapai..banyak juga kenangan-kenangan yang serba macam ragamnya aku tempuhi…serba indah dan serba ruwet…semuanya bercampur baur…dan seyakinnya aku pasti..jika aku tidak teguh pendirian diri..mungkin sahaja aku sudah jauh terpesong…jauh dari segala yang memberi tenang dan damai di hati…aku tidak rela kehilangan segala yang serba indah ini..aku juga tidak mahu aku tersasar jauh dari jalan kehidupan insan berTuhan..kehidupan yang penuh dengan kewaspadaan..tidaklah terlalu bebas..tidak terlalu mengongkong…sederhana sahaja…dan seyakinnya…aku tidaklah mahu Tuhan membenciku atas perilaku ku..kerana aku tahu..aku yang serba lemah ini…jika tidak dipandu Tuhan..hanyalah satu jasad dan roh yang tiada apa-apa erti…hina selama-lamanya..janganlah Engkau tinggalkan aku Tuhan..

Comments (0)

Post a Comment