
sebuah puisi nukilan Nashi Abdullah dari Mingguan Malaysia-oktober 2006 yang masih dalam simpanan..tertarik sebenarnya pada garapan bait-bait indah puisi ini..ai..ha..ha..betul ke ni cd..betul la.
cinta pasti berakhir bila si pungguk tidak lagi rindukan bulan
atau si katak tidak lagi berpesta selepas hujan
bila dedaun tidak lagi menari bersama angin
atau laut enggan bersua pantai
cinta pasti berkecai
cinta pasti kecundang
bila si lebah tidak lagi cuba memikat bunga
atau belalang tidak lagi turun ke padang
bila burung tidak lagi menyanyi bersama mentari
atau awan sentiasa menyendiri
cinta pasti mati.
andai alam tidak lagi endah
maka berhentilah cinta.
cqaraa:2:49pm
Comments (0)
Post a Comment