Twitter
RSS

monolog kecil 3-by cd on March 1, 2008.


atas konotasi entah apa aku menulis ini pun aku tidak berapa pasti..ha..ha..apa ni cd…bercerita tentang konotasi ini pun tidaklah aku arif sangat..tapi sedangkalnya..aku seperti mahu menzahirkan sesuatu dikala ini..entah apa..aku pun tidak pasti…yang aku pasti aku selalunya mengkambing hitamkan ruangan ini atas perihal konotasi diri sendiri saja…entah ada khalayak ataupun tidak..aku baru sahaja pulang dari terengganu darul iman..mengisi ruang-ruang hujung minggu bersama teman-teman…bukanlah kehadiran aku ke negeri yang dikatakan melahirkan ‘tamadun baru’ itu atas urusan yang penting..sementahlah aku punya kepentingan pada orang lain..sementahlah juga aku punya peranan dalam sesebuah parti politik..ha..ha…itu pandangan dangkal mungkin..sejujurnya aku dilahirkan ini menghadirkan aku tanggungjawab dan peranan yang perlu aku pikul..benar..aku bukan siapa-siapa..tapi..seutuhnya..insan itu dijadikan bukan sia-sia..itu peringatan Tuhan buat sesuatu yang bernyawa..yang bergelar makhluk..insyaallah..doanya aku tidak mensiakan apa yang dikurniaankan Tuhan…amin..sedangkalnya..aku sekadar mengilhamkan sesuatu dikala ini..juga mungkin aku sekadar beromongan yang kosong-kosong juga..ha..ha..ruang ini boleh juga dikatakan menghadirkan klise perjalanan hidup..sebuah cacatan diari mungkin..tapi sementahlah ruang ini sebuah diari..mana mungkin diari hidup dibaca orang semudahnya..betul bukan?…sejujurnya aku bukanlah terlalu bagus yang bercerita perihal yang indah-indah saja…kalau ini sebuah diari hidup…kamu yang membaca akan temui juga banyak lempias-lempias keras dan kesat…lempias yang selayaknya seperti kain buruk yang disepak orang..ha..ha…tak usahlah kamu cd bercerita yang tidak indah…semua orang sukakan keindahan…ha..ha…seindah masjid kristal…sejujurnya diri ini turut terpana pada keindahannya…sedetik menghadirkan diri di taman tamadun Islam di pulau wan man di terengganu..diri ini turut terpalit tempiasnya..ya..fizikalnya indah..enak dijadikan santapan mata..boleh juga dijadiakan aprisiasi..buat membayangkan yang serba indah-indah…ha..ha..betul ke ni cd…betul la…aku juga manusia..aku suka benar dengan yang indah-indah…cuma sedangkalnya..aku lebih merasai keindahan dan ketenangan bila aku menghadirkan diri sejenak di ruang kosong di dalam masjid kristal…ya..benar..ruangnya kosong..ruang-ruang ini hanya dihadiri golongan yang agak lanjut usia..golongan yang mungkin sudah jelik menghayati keindahan-keindahan fizikal yang kadangkala hanya melahirkan ilusi-ilusi ala-ala ’shit’…sekadar meminjam kata sasterawan negara shahnon ahmad…penulis yang kamu amat obses cd…ha..ha…aku bukanlah terlalu tua…cumanya..aku senang beretika cara ala orang tua…fikirnya agak mendalam…bersimpang siur..menerewang entah kemana-mana…berimaginasi perihal yang menyesakkan fikiran..lagaknya seperti kurang siuman..ha..ha…tapi..fikirnya punya asas yang betul..bukan omongan seperti omongan orang muda yang kadangkala malahan selalunya berorentasikan nafsu sendiri sahaja…sekadar pandangan peribadi… bukan tidak pernah ada teman yang menegur.”.cd..kenapa kamu ini..seperti punya masalah berat…kamu seperti tidak terurus….apa masalahnya..” malahan ada yang berbicara perihal dalaman…katanya “kamu seperi menzahirkan dalaman kamu yang kusut..kenapa kamu ini cd..” ha..ha…aku hanya mampu tersenyum…juga aku turut kagum..hebat!…mampu mentafsir apa yang bersifat dalaman..hebat bukan?…bagiku..biarlah..kamu punya hak menzahirkan apa yang kamu rasa dengan aprisiasi sendiri..tiada sesiapa menghalangnya…bagiku..aku berat benar hendak mentafsir hingga yang dalam-dalam pada orang lain…sepertinya memalukan diriku sendiri…aku bukanlah insan yang serba sempurna…semudahnya..bersangka baik sajalah cd..kamu bukannya Tuhan..kamu tidak mungkin meramal orang lain..sedangkalnya..kamu hanya menzahirkan nista..buat menambah beban dosa..ha..ha…buat teman-teman..diri ini baik saja..tenang-tenang saja..dan comel-comel juga…tidak dibebani dalaman yang rumit-rumit sangat pun..biasa-biasa sahaja..sederhana saja…semuanya serba sederhana..cumanya terkadang sahaja tersalah..terlampau..ha..ha…semua orang pun sebegitu…kamu bukan malaikat…doanya diri ini tidak menyakiti sesiapa..terutama menyakiti yang dalam-dalam..ha..ha…jangan tersalah tafsir….terkadang diri ini terlanjur juga…normal bagi setiap insan..sebegitulah…klimaksnya…buat diri ini dan juga kalian…jalanilah kehidupan serba sementara ini dengan sebaiknya..selayaknya..kamu diutus sebagai khalifah di muka bumi..bukanlah diutus sia-sia..penuhi tanggungjawab sebagai khalifah..nikmatilah keindahan…kata orang dunia ini indah…usahlah nafsu nafsi..juga usahlah meramal dalaman orang lain..tiada baiknya..ramal saja diri sendiri..muhasabah diri…setegasnya…jalanilah hidup ini dengan kecintaan dan kepatuhan sepenuhnya kepada Pencipta..kemuncaknya..kamu akan cemerlang dunia dan akhirat..amin..doanya sebegitulah…

cdqaraa: 5:10 pm.

Comments (0)

Post a Comment