Twitter
RSS

mod rileks-by cd on April 17, 2008.


aku nak rileks sikit…tenang-tenang..baik-baik saja..kebelakangan ini..sibuk sikit..banyak pirioriti penting..kala ini biar aku lampiaskan sedikit..biar ini jadi arang pembakar..biar ini jadi penenang jiwa..kata orang bijak pandai kamu lepaskan sahaja apa yang terbuku di benak hati..mudah-mudahan kamu tidak punya kegundahan..aku masih sepertimana aku seadanya..cumanya..doanya aku hari ini lebih baik dari semalam..doanya sebegitu..aminn..sejujurnya..tiada apa sangat pun yang terbuku..cumanya..kudrat minda dan fizikal diri ini sedikit terdera..terkadang terkejar-kejar melakukan sesuatu yang sepatutnya selesai pada konotasi masa yang tertentu..biasalah…aku ini bukanlah orang yang serba sempurna..selalunya selalu sahaja diri ini tersasar jauh..alhamdulillah..semuanya sudah beres belaka..syukur..cumanya..aku hanya dambakan sedikit kerehatan..walaupun aku tahu kerehatan itu sifatnya serba sementara..berdoa sahaja yang serba sementara itu menjadi yang serba cukup bagiku..rugi pula kalau rehatnya panjang…buat jadi bebal..aku tidak mahu mempariahkan masa yang termaktub bagiku ini..masa itu mahal harganya…syukur juga..aku punya masa yang agak tidak terbatas untuk sedikit aku merenung jauh menelaah kitab-kitab kehidupan..menelaah segala yang disekelilingku yang banyak membijaksanakan aku tentang perihal konotasi sesuatu…jujur..memang aku syukur…seusia kala ini..memanfaatkan kerehatan cuti hujung minggu aku mencoret ini..doanya ada manfaatnya..kalau bukan untuk manfaat orang lain biarlah untuk manfaat untuk aku ini…manusia tidak pernah sama..mungkin ini berguna untuk aku..bukan untuk kalian..mungkin sahaja..doanya ini berguna untuk semua..aku mencoret ini pun penuh dengan klise..menulis bila terasa untuk menulis..tanpa sebarang titik rujukan asas..konotasi apa..perihal apa..ahh..biarlah..kalau tiada yang mengerti..biar aku sahaja yang mengerti..itu lebih mudah..tidak perlu aku jelaskan segalanya..ya..minggu hadapan aku perlu ke Kuala Lumpur..destinasinya..Universiti Teknologi Malaysia..aku perlu menghadiri bengkel PLC dan makmal Kejuruteraan Eletronik 3..jangkamasanya..seminggu!…ada teman-teman sudah mula melampiaskan kebosanan..katanya.."bosannya! seminggu pula tu"..aku?..biasa-biasa sahaja..aku berpegang pada kata-kata seorang guru.."jangan pernah bosan melakukan sesuatu..kamu tidak akan berjaya kalau kamu mudah bosan melakukan sesuatu!"..aku berpegang sahaja dengan kata-kata ini..buat perangsang diri untuk terus maju..terus mendakap kejayaan demi perjuangan mendapatkan redha Pencipta..itu yang ku dambakan..tiada yang lain..ya..tiada..jujurnya..ini yang merangsang aku untuk tidak mudah bosan melakukan sesuatu..tiada kekesalan..tiada kebebalan..apa sahaja yang berlaku pun..aku akan terus terusan maju..tidak perlulah terlalu rileks..ya..tidak perlu terlalu rileks..kata orang bijak pandai..orang yang berjaya itu selalunya orang yang melakukan pelbagai perkara dalam satu jangkamasa..peranannya pelbagai..dari segenap segi..dia tidak pernah menyoal dan mempersoal perihal masa yang terbatas..kerana dia sentiasa mencuri masa..mudahnya…bijak menguruskan masa…"Demi masa,Sesungguhnya manusia itu benar-benar di dalam kerugian,kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat- menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menepati kesabaran" …ya..ini benar buat aku bangkit dari lamunan..usah terlalu rileks cd..kamu punya tanggungjawab..cumanya..kamu perlukan sedikit rehat..sedikit sahaja..tidak perlu banyak!!

cdqaraa:3:55 am

Comments (0)

Post a Comment