Twitter
RSS

Kosong

1



“Tidak sekali-kali akan menimpa Kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman bertawakal. (Surah al-Taubah 9: 51).”


Aku tidak mahu membawa konotasi sukar tentang kekosongan. Aku lebih mahu berbahasa mudah agar segalanya tidaklah terlalu nampak janggal. Mudahnya, aku mulakan dengan persoalan yang mudah dan ringkas..bagaimana tin itu kosong? Bagaimana jiwa itu kosong? Jawapannya juga mudah..kerana ianya tidak diisi!

Adakalanya kekosongan itu hadir juga pada diri aku ini walaupun sementelahlah aku ini sentiasa padat dengan segala aktiviti saban hari. Apabila memikirkan kekosongan itu aku cuba sebaik dan semahu mungkin untuk mengisinya. Apabila ianya diisi, maka kekosongan itu makin berkurangan dan bergeraknya masa disamping kesibukan yang ada, kekosongan itu muncul jua, dan sebagaimana biasa aku akan kembali mengisi lohong-lohong kosong itu.

Masa terus berjalan. Seiring masa, aku fikir aku harus mengisi jiwa agar ianya terus mempunyai isi. Aku mahu sahaja mengisi cinta dan jiwa aku ini sebaik dan semoleknya agar ianya terus terisi dan tidak kosong. Klisenya mudah..aku tidak mahu ketika akhirnya, aku pergi dengan hati yang kosong! Sungguh! Aku tidak mahu!