Twitter
RSS

Percemburu yang rindu



Aku seorang lelaki percemburu;

Aku cemburu pada peribadimu;

Aku cemburu pada jiwamu;

Aku cemburu pada akhlakmu;

Aku cemburu pada ketulusanmu;

Aku cemburu atas segala tentangmu;

Aku cemburu kamu begitu mencintai KEKASIHmu yang juga KEKASIHku;

Aku cemburu wahai saudaraku;

Aku begitu cemburu;

Aku cemburu bilamana kamu memulakan langkah menemui KEKASIHmu itu yang juga KEKASIHku;

Sungguh aku cemburu;

Langkahmu langkah pasti menambah cemburu dan raguku;

Benar aku cemburu;

Biarpun manik-manik jernih bertamu bertalu-talu di relung pipiku seusai pemergianmu;

Selayaknya mewakili bicaraku yang menuturkan bahawa aku juga mahu begitu;

Tapi, aku hanya mampu menjadi percemburu;

Percemburu yang malu kerana kamu saudaraku sudah hampir menemui KEKASIHmu yang juga KEKASIHku itu;

Sedangkan aku…

Aku hanya percemburu yang dungu!





kamu saudaraku pejuang agama hebat..kamu pergi meninggalkan kami semua biarpun berat hati kami ini merelakan...moga kamu tenang dan baik saja disana..kami bakal menyusul..syurgalah bagimu saudaraku Allahyarham Luqman Razali...al-Fatihah

Comments (4)

al-fatihah...

Al-fatihah.. :(

Saat hayat hidupmu hingga ke akhirnya mengheret cemburuku padamu sahabat...terpelana diriku terkenang akan diri Ini yg masih termanggu-manggu mencari makna diri...Sahabat andai dirimu diberi pilihan oleh-NYA di "sana" doakan agar diriku miliki akhlak mulia lantas istiqamah dan husnul khatimah ..hanya itu pintaku...Lelaki Ini

menjadi soleh dan solehah...memang menjadi impian...bukan hanya pada yang merasai jua pada yg melihat...bahagia menjadi miliknya...dunia mahupun akhirat...insyaAllah...
bukan senang untuk mencapainya...tetapi jua bukan mustahil...andai usahanya di situ...tahu, mahu dan mampu untuk menggapainya...awak juga bisa jadi sepertinya!

p/s;selepas tu xde la nk cemburu-cemburu lagi dah...kan?
hanya merasai bagaimana nikmat syurga dunia Allah janjikan buat hambaNya yg soleh...amin

Post a Comment