( Sabar dan Penyerahan )
Sering sahaja aku lihat dan merasa dia marah dan kecewa. Kadangkala
ia turut bercampur sama dengan tangisan dan adakala seperti hari ini, juga
sebelum-sebelum ini aku juga turut menangis. Aku langsung tidak menyalahkan
dia, tetapi lebih kepada menyalahkan aku atas segalanya. Bukankah aku ini
seorang pemimpin dan pemimpin itu harus dipersalahkan?
Ironinya, aku langsung pikun dan sebagai seorang insan aku
hanya mahu mengadu kepada Tuhan. Lewat doa yang panjang dia datang mendampingi
sisi sambil matanya berkaca-kaca menghurai bicara..ringkas tetapi menenangkan !
Kami langsung mencapai kata dan sungguh Allah Maha Mendengar
dan Memakbul Segala.
Kita akan menangis semahunya, apabila sedar betapa Allah
begitu mengerti apa sahaja lintasan hati, perasaan paling dalam yang
bersembunyi.
Bukankah Allah mengingatkan, Kami telah menciptakan
manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan hatinya dan Kami lebih dekat
kepadanya daripada urat lehernya (Qaf: 16).