Twitter
RSS

O You Stand Up

0

zionis, aku dan kamu!

2


Tidak perlu jauh ke Gaza..hanya perlu lebih memandang pada diri sendiri terlebih dahulu, rujuki negara sendiri..Malaysia..

subuh yang lengang, adakala tiada azan kedengaran..

lesen judi bolasepak?


p/s: letih! malu! Dahaga betul duduk di tengah panas!

Jangan cepat menilai

4

"manusia memang makhluk yang diciptakan suka tergesa-gesa dalam segala perkaranya" (surah al-Anbia 21:37)

Pertama-tama, ribuan maaf saya hulurkan pada teman-teman yang ternanti-nanti buah tangan saya di lembaran ini. Kaget juga saya apabila ada sms yang begitu memohon saya menuliskan sesuatu. Maaf sekali lagi, diri ini perlukan ilham yang baik untuk menulis dan diri ini sebenarnya sungguh berazam hanya untuk menulis yang baik-baik dan yang molek-molek sahaja kerana takut sesebuah tulisan saya itu melahirkan fitnah besar dalam masyarakat. Nauzubillah. Janganlah cepat menilai. Allah yang Maha Mengetahui segala-galanya.

Kurang lebih, cerita dari orang bijak pandai, ulamak-ulamak terdahulu beristiqarah terlebih dahulu sebelum memulakan penulisan sesuatu buku. Antara yang tercatit melakukan amalan sebegini sebelum menulis adalah Imam al-Bukhari, al-Muzani dan Ibnu Khuzaimah. Mereka meminta petunjuk dari Allah, apakah harus menulis sesuatu idea dalam minda mereka itu atau tidak, kerana seringkali sesebuah tulisan menjadi mangsa fitnah orang yang cepat menilai. Mengambil pelajaran inilah, saya mula bersikap berhati-hati dalam menulis. Maaf sekali lagi. Sudahlah saya tidak beristiqarah sebelum menulis, menulis pula entah apa-apa!

Sejak dua menjak ini, saya sering bersama warga kelab rekreasi berekreasi meredah denai, jeram juga belantara. Ada yang cepat menilai, menelah saya sebegitu dan sebegini. Salahkah saya bertadabur pada alam, merenung dan berzikir tentang asal kejadian. Klimaksnya, yakin dan mengerti tentang cinta padaNya. Bertenanglah! Janganlah begitu mudah menghukum. Imam Ahmad bin Hambal, seorang ulamak hebat sendiri pernah menghabiskan masa 3 tahun untuk memikirkan sesuatu hukum, namun katanya beliau masih belum menemukan jawapan yang meyakinkan! Belajarlah dari kisah ulamak ini. Pandanglah dengan mata hati, kerana dengan pandangan mata hati sahaja seseorang akan memperoleh sesuatu yang sangat luar biasa.

"maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau dengan telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta adalah hati yang ada di dalam dada."(al-Hajj 22:46).

Kebelakangan ini juga, saya diminta melakukan sesuatu yang pada saya tergesa-gesa dan penuh dengan sifat cepatnya menilai. Agak geli hati juga saya apabila diminta supaya tidak lagi aktif di laman sosial facebook dan memakai sandal "crocs". Maaflah, anda terlalu cepat sangat menilai! mengada-adakan sesuatu yang tidak ada! mengarut! sensitiviti yang entah apa-apa!

Melihat sesuatu masalah menerusi satu sudut yang tidak sempurna menatijahkan kesimpulan yang tidak sempurna. Berfikirlah dengan tenang, panjang dan berhikmah. Sebuah berita yang belum dikaji kesahihannya atau tidak sempurna versinya, kalau dinilai dengan negatif, tentu kita akan memusuhinya. Padahal, kalau kita bersedia membuka diri untuk versi lain dari berita itu, atau berusaha memahami mesej di sebaliknya, boleh jadi fikiran negatif itu tidak akan lahir pada diri kita. Apabila kita meninggalkan sifat tergesa-gesa dan sifat cepat menilai dan menggantikannya dengan sifat tenang dan berfikiran luas, kita akan menjadi insan baru yang terbuka, selesa dalam menelusuri hidup di dunia sementara ini.

Janganlah terlalu cepat menilai atas segala tingkah Mursyid Othman ini. Seandainya dia punya kekhilafan, tunjukilah dia jalan yang lurus. Seandainya dia punya kesilapan, maafkanlah saja dia. Dia ini sering saja bikin orang lain susah! Ha..ha..betul ke ni mursyid...aah..sudah..jangan cepat menilai..

"carilah 70 alasan untuk memaafkan sikap saudaramu. Jika hatimu masih tetap enggan menerimanya juga, maka kekerasan hatimu itu yang lebih patut disalahkan"

Wallahu a' lam.