0
Beberapa malam yang lalu saya didatangi seorang teman baik saya..teman
saya yang ini selalunya datang dengan perkongsian-perkongsian jiwa..adakala
perkongsian-perkongsian itu saya hanya diam dan mengangguk…ada juga yang perlu
saya lakukan timbangtara dan beri satu tamsilan…ia bergantung kepada keperluan
yang saya rasa…entah kenapa..malam yang ini teman saya ini lebih mahu saya
bercerita tentang pengalaman dan cerita-cerita kosong saya di tanah Haram…dan
saya tanpa banyak bicara langsung sahaja bercerita…hingga suatu ketika saya
mengesani ada titik-titik jernih mula bertamu di kelopak matanya…entah kenapa…dan
akhirnya membuatkan saya kembali merenung jauh..meneliti kembali
kesempatan-kesempatan yang saya masih punya…demi sebuah tangisan Cinta…
dan apabila hamba-hamba-Ku
bertanya kepadamu tentang Aku, maka jawablah bahawasanya Aku adalah dekat. Aku
mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia bermohon kepada-Ku
maka hendaklah mereka itu memenuhi segala
perintah-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku agar mereka selalu berada dalam kebenaran. Al-Baqarah:186