Twitter
RSS

mushy-mushy luvey-duvey

1

Dedikasi buat kamu dan dia..memang percutian itu indah..tetapi apabila syariat yang membatasi tidak dipeduli, keindahan itu hanya bersifat fana..hanya mengundang celaan Tuhan semata!

mss x : Di mana tu?

mr y : genting highland....jom!

mss x : n_ _ _ ada tak?

mr y : n_ _ _ x ada...tak kawin lagi..x boleh bawa sekali..

mss x : kenapa????

mr y : sebab xkawin lagi la..nanti tuhan marah

p/s: kredit to n _ _ _ dan mr y. tahniah! moga Tuhan beri balasan setimpal, juga kebahagiaan berkekalan.


langit nan indah

8

Ai..haha..kemana kamu mursyid..lama betul tak menulis..maaf buat kalian yang menanti blog post saya..saya ini kadang-kadang punya kekangan yang tidak dapat dielakkan..ai..betul ke ni mursyid..atau boleh sahaja saya katakan saya dalam kemiskinan..miskin jiwa untuk menulis barangkali..

Pagi ini saya sempat mendengar siaran pagi pada sebuah stesen radio popular. Pada mulanya saya begitu ceria..dengan celoteh juruhebah yang begitu mencuit hati..dengan jenakanya..jenaka yang kaya dengan makna tersirat mungkin..bikin saya yang tidaklah selalu berceria terasa begitu ceria dan bersemangat…ai..haha..macam pakar motivasi pula saya ini…

Mungkin sahaja, dalam kegembiraan dan keceriaan..rupanya Allah masih mahu hati saya untuk tercuit..seorang pemanggil dalam nada sedih bercerita..”saya mendapat keputusan corot dalam peperiksaan SPM, saya diperlekeh dan dihina keluarga sendiri..tolonglah saya yang begitu patah semangat ini….” Saya terkelu..langsung terfikir segala macam!

Boleh atau tidak saya katakan anda seorang ibu dan bapa agak keterlaluan? Mujurlah si anak punya saluran bercerita perihal rasa terhina di radio..kalau tidak? Fikirkan sendiri akibatnya! Dan ada sahaja yang berhati mulia memujuk dan memberi suntingan semangat di talian...guru besar, jurutera, usahawan juga doktor! Tahniah buat kalian…saya sungguh terharu dengan keperihatinan anda itu..juga sedikit geli hati…doktor sempat mendengar radio di pagi hari! Haha

Setiap insan, siapa sahaja impikan kejayaan. Kejayaan ini ibarat satu perjuangan besar dalam kehidupan. Pada saya yang tidak selalu berjaya ini, kejayaan ini sesuatu yang begitu berseni..setiap kejayaan perlu bersamanya keperitan,kesengsaraan, dan paling penting tidak akan pernah lari dari hadirnya kegagalan! Itu lumrah!

Alhamdulillah, kejayaan saya setakat ini sebenarnya adalah anugerah. Saya dianugerahkan ibu dan bapa yang tidak pernah kecewa dengan kegagalan anaknya! Ada satu ketika dahulu saya sudah mahu menamatkan pengajian saya , tapi pesan ibu buat saya..”teruskan belajar..mengulang 10x pun mama tak kisah..duit jangan risau..mama bagi..kalau tak ada mama akan cari..tapi kalau dah tak mampu atau gagal hendak buat macam mana..yang penting cuba! ” inilah azimat yang saya simpan hingga ke hari ini…tidak mungkin saya lupakan!

Kejayaan itu milik Tuhan. Dunia dan segala isinya milik Tuhan. Segala apa sahaja di alam jagat ini milik Tuhan. Kejayaan hakiki sebenarnya adalah apabila kita rasa tenang dan damai hidup berTuhan. Jika setiap kita diuji dengan sedikit kegagalan, juga diuji dengan kejayaan yang berterusan..yakinlah..semuanya datang dari Tuhan..Tuhan tidak mentakdirkan sesuatu dengan sia-sia..ada hikmah disebaliknya..berdoa dan sentiasalah bertawakkal seiring dengan usaha yang berterusan..pasti Berjaya! Tuhan tidak pernah menzalimi hambanya..dan kamu mursyid! Usahalah untuk kejayaan..dunia dan akhirat..mursyid! pegang kata-kata ini buat azimat bekal penyuluh jalan..SYURGA ITU TIDAK BOLEH DIBAYAR DENGAN HARGA YANG MURAH! DAN PARA SAHABAT BERKORBAN AIR MATA DAN DARAH UNTUK ITU! UNTUK KEJAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT!

p/s: terngiang kata-kata bapa seorang pelajar T_ _ yang mendaftar untuk program orentasi! “Kenapa anak saya perlu berorentasi bersama pelajar lain yang bukan program T_ _ ! ”aku kelu tanpa kata..dan tanpa sedar aku menangis kerana merasa terhina..orang lain juga punya hak untuk berjaya..anda tidak layak menghukum!