Twitter
RSS

langit nan indah


Ai..haha..kemana kamu mursyid..lama betul tak menulis..maaf buat kalian yang menanti blog post saya..saya ini kadang-kadang punya kekangan yang tidak dapat dielakkan..ai..betul ke ni mursyid..atau boleh sahaja saya katakan saya dalam kemiskinan..miskin jiwa untuk menulis barangkali..

Pagi ini saya sempat mendengar siaran pagi pada sebuah stesen radio popular. Pada mulanya saya begitu ceria..dengan celoteh juruhebah yang begitu mencuit hati..dengan jenakanya..jenaka yang kaya dengan makna tersirat mungkin..bikin saya yang tidaklah selalu berceria terasa begitu ceria dan bersemangat…ai..haha..macam pakar motivasi pula saya ini…

Mungkin sahaja, dalam kegembiraan dan keceriaan..rupanya Allah masih mahu hati saya untuk tercuit..seorang pemanggil dalam nada sedih bercerita..”saya mendapat keputusan corot dalam peperiksaan SPM, saya diperlekeh dan dihina keluarga sendiri..tolonglah saya yang begitu patah semangat ini….” Saya terkelu..langsung terfikir segala macam!

Boleh atau tidak saya katakan anda seorang ibu dan bapa agak keterlaluan? Mujurlah si anak punya saluran bercerita perihal rasa terhina di radio..kalau tidak? Fikirkan sendiri akibatnya! Dan ada sahaja yang berhati mulia memujuk dan memberi suntingan semangat di talian...guru besar, jurutera, usahawan juga doktor! Tahniah buat kalian…saya sungguh terharu dengan keperihatinan anda itu..juga sedikit geli hati…doktor sempat mendengar radio di pagi hari! Haha

Setiap insan, siapa sahaja impikan kejayaan. Kejayaan ini ibarat satu perjuangan besar dalam kehidupan. Pada saya yang tidak selalu berjaya ini, kejayaan ini sesuatu yang begitu berseni..setiap kejayaan perlu bersamanya keperitan,kesengsaraan, dan paling penting tidak akan pernah lari dari hadirnya kegagalan! Itu lumrah!

Alhamdulillah, kejayaan saya setakat ini sebenarnya adalah anugerah. Saya dianugerahkan ibu dan bapa yang tidak pernah kecewa dengan kegagalan anaknya! Ada satu ketika dahulu saya sudah mahu menamatkan pengajian saya , tapi pesan ibu buat saya..”teruskan belajar..mengulang 10x pun mama tak kisah..duit jangan risau..mama bagi..kalau tak ada mama akan cari..tapi kalau dah tak mampu atau gagal hendak buat macam mana..yang penting cuba! ” inilah azimat yang saya simpan hingga ke hari ini…tidak mungkin saya lupakan!

Kejayaan itu milik Tuhan. Dunia dan segala isinya milik Tuhan. Segala apa sahaja di alam jagat ini milik Tuhan. Kejayaan hakiki sebenarnya adalah apabila kita rasa tenang dan damai hidup berTuhan. Jika setiap kita diuji dengan sedikit kegagalan, juga diuji dengan kejayaan yang berterusan..yakinlah..semuanya datang dari Tuhan..Tuhan tidak mentakdirkan sesuatu dengan sia-sia..ada hikmah disebaliknya..berdoa dan sentiasalah bertawakkal seiring dengan usaha yang berterusan..pasti Berjaya! Tuhan tidak pernah menzalimi hambanya..dan kamu mursyid! Usahalah untuk kejayaan..dunia dan akhirat..mursyid! pegang kata-kata ini buat azimat bekal penyuluh jalan..SYURGA ITU TIDAK BOLEH DIBAYAR DENGAN HARGA YANG MURAH! DAN PARA SAHABAT BERKORBAN AIR MATA DAN DARAH UNTUK ITU! UNTUK KEJAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT!

p/s: terngiang kata-kata bapa seorang pelajar T_ _ yang mendaftar untuk program orentasi! “Kenapa anak saya perlu berorentasi bersama pelajar lain yang bukan program T_ _ ! ”aku kelu tanpa kata..dan tanpa sedar aku menangis kerana merasa terhina..orang lain juga punya hak untuk berjaya..anda tidak layak menghukum!

Comments (8)

menitis air mataku..bersama gerimis di hati...tpi...hatiku tenang sampai ke akhir kalammu...alhamdulillah...saat aku berusaha untuk mengumpul kekuatan dlm diri...mencari di mana silapnya sampai aku terpaksa harungi begini...rupanya jawapan yang Allah berikan melaluimu...Allah mahu aku terus belajar tentang kehidupan...tentang payahnya kehidupan itu..tentang erti kebahagiaan selepas keperitan yang di alami...Alhamdulillah..yang aku tahu...Allah loves me very much..n i also know...that...I LOVE U ya Allah...thanks for gives me teguran dan kasih sayangMu melalui dirimu...such an awesome work!really.
Buat kamu...kejayaan kita bukan hanya terletak pada keputusan peperiksaan sahaja..itu hanya nilaian dri manusia..kejayaan sebenar adalah apabila kita rasa diri kita bahagia dan membuatkan orang lain jua bahagia kerana kita...inilah kejayaan sebenar..bagiku..kamu adalah orang yang berjaya.wallahua'lam...

Acapkali keputusan peperiksaan dinantikan dengan ucap TAHNIAH,hilai tawa, tangis gembira dan habuan hadiah dari ibu ayah menanti bagi sesiapa yang berjaya...berjaya..4 flat!..Dean's List!..Straight A's.!.Bagaimana hati mereka yg gagal? apa mereka tak ingin? Perasaan mereka? hati mereka? air muka mereka? Jika ditanya pada semua manusia dijagat raya ini pasti hanya yang kurang siuman akan inginkan hidup dalam kegagalan! Naluri Lelaki Ini ingin berjaya tapi jujur dalam ruang trbatas ini hatiku sering berkecil hati dengan mereka yang bertanya pointer awk berape? subjek itu..subjek ini dapat A ke? Knape xdapat dean list? owh..dunia owh teman2ku maafkanla lelaki ini amat malu untuk memberikan jawapan..maafakan Lelaki Ini dia xseperti yang kamu jangkakan kerana disudut ini ingin kuberterus terang pada semua bahawa Lelaki Ini tiada catatan membanggakan dalam kertas seperti ramai orang2 berjaya paling tak mereka yang dianugerah " Dean List " malah diraikan dimajlis penuh gemilang di dewan gemilang " Achievers award !" maaf..majlis itu hingga saat ini bukan milikku selain menjadi MC menyebut nama2 teman2 yang berjaya..huh...Inilah perjananku...sem ini..semester 8 dan semester 9...sem depan...Lelaki Ini tetap teruskan langkah kerana ku miliki Mama n Papa yang mendidik jiwaku agar walau dibadai Tsunami...Lelaki Ini miliki "Iman dan Islam"!

This comment has been removed by a blog administrator.

buat lelaki ini...sy sbnarnya memandang tinggi kpd seseorng yg bisa mengulangi subject2 yg die xbrape berjaya sblum ni...bagi saya...dia seorng yg kuat dan tdk berputus asa...mana mungkin sy akn bt begitu...entah..blom ada kekuatan utk itu...jadi Allah tdk berikan sy ujian itu...alhamdulillah...ini semua salah satu ujian Allah..mungkin jua bermakna kita blom ckup usahanya...krn stp yg berlaku...adalah ketentuan drinya...jdi usah berasa terhina atau bagaimana...cuma mungkin boleh jadikan pembakar semangat untuk terus berusaha dan berjaya..andai soalan begitu berkumandang lagi...buat kesekian kalinya...doanya di beri kekuatan utk meneruskan pengajian sehingga berjaya..amin
P/S:sy selalu tanya pda teman2 bila dpt result..rase bersalah sgt...andai ada di antara mereka yg jua berperasaan seperti anda...maafkan diriku sahabat2ku..aku tdk mempunyai niat lain...hanya ingin di kongsikan kegembiraan bersama kalian hasil dari kepenatan dri hasil usaha selama ini...hanya itu...

to Lelaki Ini: berapa pointer awk sekarang? hehe
to Anonymous : tq untuk komen yang begitu membina. doakan kejayaan saya dunia akhirat.

binalah diri sendiri, sayangi diri dengan membina 1 keyakinan bahawa Allah Maha Adil dengan mengurniakan bakat dan kemampuan untuk mencapai kejayaan dalam hidup berbekalkan kelebihan dan kekurangan yang dimiliki!

Adalah tidak tepat jika kita melihat hidup ini sebagai 1 pertandingan yang masing-masing ingin mencapai kejayaan!

salam.... sabar ya. semua dugaan dr Tuhan mesti ada hikmahNya. saya x sure sma ada program T** tu program saya. tp mcm bukan je.huhu~

blaja kat mana2 sama je kn? so, no harm. n jgn sedih2. asalkan kita perform kat tempat yg kita study tu, kita ptut bersyukur dah.

n mintak maaf klau program tu, program saya. peace! :)

to faezah: smile n make it real! heh

Post a Comment