Twitter
RSS

Kosong

1



“Tidak sekali-kali akan menimpa Kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman bertawakal. (Surah al-Taubah 9: 51).”


Aku tidak mahu membawa konotasi sukar tentang kekosongan. Aku lebih mahu berbahasa mudah agar segalanya tidaklah terlalu nampak janggal. Mudahnya, aku mulakan dengan persoalan yang mudah dan ringkas..bagaimana tin itu kosong? Bagaimana jiwa itu kosong? Jawapannya juga mudah..kerana ianya tidak diisi!

Adakalanya kekosongan itu hadir juga pada diri aku ini walaupun sementelahlah aku ini sentiasa padat dengan segala aktiviti saban hari. Apabila memikirkan kekosongan itu aku cuba sebaik dan semahu mungkin untuk mengisinya. Apabila ianya diisi, maka kekosongan itu makin berkurangan dan bergeraknya masa disamping kesibukan yang ada, kekosongan itu muncul jua, dan sebagaimana biasa aku akan kembali mengisi lohong-lohong kosong itu.

Masa terus berjalan. Seiring masa, aku fikir aku harus mengisi jiwa agar ianya terus mempunyai isi. Aku mahu sahaja mengisi cinta dan jiwa aku ini sebaik dan semoleknya agar ianya terus terisi dan tidak kosong. Klisenya mudah..aku tidak mahu ketika akhirnya, aku pergi dengan hati yang kosong! Sungguh! Aku tidak mahu!



Tanbih

1

"Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau bergembira dan berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan)."

                                                                                                                                              al-Fajr 27-28

Aishiteru

4

Hanya pandangan yang paling indah bernama Cinta..yang hidup tiada mati dalam jiwa dan sanubari....

Kurang lebih, hampir berbulan-bulan aku membawa rajuk diri dari dunia penulisan..dunia ini adalah satu dunia yang aku cinta..biarpun aku tidak menulis..perasaan itu selalu sahaja sarat dengan perbagai desakan dan gelojakan untuk kembali menulis..maaf sahaja aku pinta buat kalian...adakala aku harus mengikut hati..mengikut kehendak jiwa...aku fikir jiwa itu perlu satu keselesaan..ia juga harus merdeka dari natijah-natijah bobrok yang menerobos saban waktu...

Aku mahu sahaja bicara soal tenang...soal damai..soal kebahagiaan...aku fikir ini adalah salah satu situasi tenang bilamana aku mampu sahaja mencoret sesuatu..sesuatu ini biarpun tiadalah membawa tujuan yang besar tetapi biar sahajalah ianya terus sahaja bergerak...sesuatu yang kecil itu pasti akhirnya menatijahkan yang besar...jiwa harus besar!

Aku sering dihujani persoalan tenang, persoalan kebahagiaan..aku ini bukanlah penasihat yang baik..ironinya yang bertanya itu punya masalah cinta...kadangkala unik juga bicara soal ini...anda bermain dengan perasaan anda...dan kemudian anda mencuba menyelesaikan kehendak perasaan anda...unik kan? Aku fikir dan selalu aku nyatakan dalam bahasa aku ini...lampirkanlah sahaja cinta itu, biarpun ianya menyakitkan hati kamu! Ya..ianya harus begitu...cinta itu memberi...

Masa demi masa, dunia akan terus berjalan...aku selalu fikir kebahagiaan itu terletak pada hati yang tulus...dan selalunya hati yang tulus itu datang dari jiwa-jiwa yang bersih...akhlak yang mulia...ketaatan yang Maksima hanya kepada Dia...cinta Dia yang paling utama...kalau cinta anda bukan didasari cinta Dia..cinta itu masih ada..cumanya manisnya mungkin tidak sama...tenangnya pasti berbeda..!

Dalam kehidupan ini, setiap yang bernyawa harus memilih...bak kata bijak pandai...hidup ini satu pilihan..semuanya atas pilihan dan kehendak...dan aku lebih senang memilih sesuatu yang bikin aku jadi tenang...aku juga pastinya hanya akan memilih teman hidup yang bikin aku senang jiwa dan tenang....pasti!

Ironi sebuah kehidupan, tidak semua perkara berdasarkan kehendak dan pilihan diri...setiap makhluk yang punya jiwa harus meyakini bahawa pilihan diri itu didasari pilihan yang Maha Pencipta...Dia yang lebih tahu apa yang sebaiknya untuk kita...dan selalunya pilihanNya itu pasti yang paling cocok buat kita...aku sungguh yakin pasti Dia akan membantuku membuat pilihan..pilihan yang paling ideal untuk aku yang serba tidak sempurna ini...ada sahaja yang mencela ketidaksempurnaan itu..dan aku biarkan sahaja ia berlalu..biar Tuhan sahaja yang menghakiminya!

Bicara soal pilihan dan kebahagiaan ini, aku pernah bicara pada seseorang agar mencuba..mencuba untuk bahagia? Aduh...mungkin sahaja aku pandai berkata-kata! Anggap sahajalah ini satu cadangan untuk menyelesaikan permasalahan..dan yakinlah aku berperihal itu hanya sebagai satu cadangan dan pesan dan seorang teman yang mahukan temannya meraih bahagia dan tenang dan damai di hati...

Bicara-bicara ini hanya satu ruang yang bisa sahaja kalian-kalian tampung dengan ilmu-ilmu yang lebih kukuh...aku berbahasa dengan bahasa yang adakalanya penuh kias..dan adakalanya penuh dengan makna-makna yang tersirat agak tiada hati yang bisa terluka...aku mahu sahaja kamu tenang-tenang dan baik-baik sahaja..sungguh! tiada lainnya..

Aku sayang kamu kerana Allah! Ai..haha..betul ke ni mursyid.....=)


p/s: aishiteru?

salam eidulfitri

0

salam Eidulfitri Istimewa buat yang Teristimewa di lembaran yang mulia...ratap ampun maaf andai ada terkasar bahasa, buruk budi bicara.....

Thought

0

banyak yang aku mahu bicara...tapi masih belum ini masanya...aku langsung tidak mahu desakan-desakan emosi ini mengubah lenggok bicara menjadi lebih antagonis...aku mahu lebih mahu menjadi watak yang matang juga berosilasi tenang...


aku pasti akan kembali...

atau....


mungkin aku terus menafikan laman ini......


aku akan kembali barangkali...


mungkin....

kredit to mss n for taught me with advice....

"stay strong..bak kata my aunt, Allah kan ada! "




Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita!

0

Harus bagaimana aku mendefinisikan titip-titip indah ini.. garaplah sendiri monolognya..ia sungguh memberi kesan mendalam bagi hati-hati yang mahu menerima sentuhannya..dan akulah antara jiwa-jiwa yang merasa sentuhannya!. Aku tidak pernah mahu menghalang titisan air mata untuk menitis setelah menatap garapan ini..kerana aku tahu tangisan itu pasti tangisan yang penuh bererti hasil kemolekan budi dan jati diri..






p/s:Ya Allah..apa sahaja yang aku alami..daripada nikmatMu..daripada kurniaan daripada sesiapa dari kalangan hambaMu..tidak ada sesiapa melainkan Engkau wahai Tuhan..bagi Engkaulah kepujian..bagi Engkaulah kesyukuran..

Mahkamah hati

2

lewat kiriman sms seorang teman yang aku kira baik untuk aku kongsikan..

.........................................

Adakalanya bicara hati tidak dapat dizahir dengan kata-kata. Hanya perasaan memain rasa..tetapi kadangkala akal tetap waras bertahan, agar hati tidak terlalu tunduk pada perasaan..namun hakikatnya, perasaanlah yang menjadikan kita makhluk yang punya kasih sesama hamba..terpenting..kasih, cinta pada Khalik yang Maha Kuasa..mudahnya kita bicara soal ukhuwah, tetapi hakikatnya sukar sekali menemui wehdatul qalb
Bersangka baik tatkala membenci,
Memaafkan tatkala disakiti,
Mengasih tatkala disisih,
Mengingati tika dilupai,
Ya Allah, jadikanlah hati ini hati yang lembut..amin..

-cinta itu tidak pernah meminta, tetapi MEMBERI sepenuh rela, rasa bahagia biarpun sengsara, berkorban segala-gala..
-ketahuilah bahawa tiada apa yang Allah jadikan untuk kita sekadar sia-sia..pasti ada hikmah disebalik apa yang berlaku..apa yang datang..bukan dari jangkaan manusia, tetapi dari Allah khas buat hambaNya yang TERPILIH...jangan rasa rugi jika kita sentiasa memberi, dan pemberian kita tidak pernah dibalas, kerana setiap apa yang kita lakukan walaupun tidak dipandang oleh manusia, tetapi dipandang oleh ALLAH...

Khas dari diriku yang sentiasa melakukan khilaf, dan buat dirimu sahabatku yang dikasihi..

...................................

klasifikasikanlah!

2

Aku dinasihati seorang teman. Falsafahnya agak tinggi namun aku lampirkan sahaja di sini agar sesiapa sahaja bebas meneroka ceriteranya. Terima kasih selaut kasih atas nasihat yang berguna. Moga aku dapat belajar sesuatu makna dari lapis-lapis makna yang ada.


Ingat satu perkara..segala yang kita hadapi, adalah takdir yang telah ditetapkan olehNya, buat kita..dan Dia berjanji untuk bersama dengan kita..jika kita sentiasa bersamaNya..dan ujian yang hebat buat orang yang hebat juga!..kerana Syurga itu tinggi dan hanya untuk orang-orang yang hebat sahaja!..sesungguhnya Tuhan itu dekat, gantunglah harap padaNya..


p/s: kalkulator pun mampu tersenyum!


Dari Seberang Diri-Metaforia

1

Berkesempatan saya menghadiri kuliah mingguan di Musolla Ma'had Adda'wah Al-lslamiyyah. Ironinya ini kuliah agama pertama yang saya hadiri bagi edisi 2011. Dengan kondisi saya yang sebegini, banyak sahaja yang memerhati dan saya biarkan sahaja pemerhatian itu terfokus agar mungkin sahaja boleh dijadikan iktibar. Mungkin sahajalah saya kira, sebegitulah.

Suasananya di pusat dakwah ini pada saya masih serupa..malahan boleh saya katakan bilangan pengunjungnya terus bertambah. Bagi saya, ini terjadi kerana strategi yang agak hebat oleh penggeraknya. Idea yang sentiasa 'up to date' dan bercitarasa. Hasilnya sungguh positif! Ramai bukan?

Dan saya yang serba daif ini sungguh syukur masih di diberi kesempatan hadir di gedung ilmu ini. Ini adalah institusi yang banyak membentuk saya sebagaimana saya ini yang kalian kenali. Maaf ustaz, walau saya tidak memilih aliran agama dan Ustaz tidak menyetujuinya sekerasnya, saya harus memilih dan saya yakin benar pilihan itu suatu pilihan yang baik. InsyaAllah, walau aliran itu kelihatan berbeda, hakikatnya ia masih sama. Semuanya membawa matlamat yang sama. Jiwa saya juga masih sama biarpun tiada serban di kepala!


p/s: lepas kuliah sebagaimana biasa di Ma'had ini, ada jamuan makan!


................

0



Aku ketemu sepucuk surat kriman e-mel... maaf kerana aku baru menyedarinya…dan segalanya mungkin sudah terlambat usai aku membaca judul dan kerangka akhirnya…

my last letter 4U-titipan buatmu.

………………………………

………………………………

Saya doakan supaya awak dapat isteri yang terbaik, cantik, solehah dan yang dapat bahagiakan awak dunia akhirat, Wahai lelaki soleh…teman yg sangat memahami…


p/s: InsyaAllah, doa yang baik.Aminn..