Twitter
RSS

Dari Seberang Diri-Metaforia


Berkesempatan saya menghadiri kuliah mingguan di Musolla Ma'had Adda'wah Al-lslamiyyah. Ironinya ini kuliah agama pertama yang saya hadiri bagi edisi 2011. Dengan kondisi saya yang sebegini, banyak sahaja yang memerhati dan saya biarkan sahaja pemerhatian itu terfokus agar mungkin sahaja boleh dijadikan iktibar. Mungkin sahajalah saya kira, sebegitulah.

Suasananya di pusat dakwah ini pada saya masih serupa..malahan boleh saya katakan bilangan pengunjungnya terus bertambah. Bagi saya, ini terjadi kerana strategi yang agak hebat oleh penggeraknya. Idea yang sentiasa 'up to date' dan bercitarasa. Hasilnya sungguh positif! Ramai bukan?

Dan saya yang serba daif ini sungguh syukur masih di diberi kesempatan hadir di gedung ilmu ini. Ini adalah institusi yang banyak membentuk saya sebagaimana saya ini yang kalian kenali. Maaf ustaz, walau saya tidak memilih aliran agama dan Ustaz tidak menyetujuinya sekerasnya, saya harus memilih dan saya yakin benar pilihan itu suatu pilihan yang baik. InsyaAllah, walau aliran itu kelihatan berbeda, hakikatnya ia masih sama. Semuanya membawa matlamat yang sama. Jiwa saya juga masih sama biarpun tiada serban di kepala!


p/s: lepas kuliah sebagaimana biasa di Ma'had ini, ada jamuan makan!

Comments (1)

take care dear

Post a Comment