Twitter
RSS

Sewaktu di Rumah Ini




Di sini angin melintas lalu,
bersama burung dan rama-rama,
dengan hanya bunyi tanpa kata-kata,
kerana kata-kata pun bukan nyata,
mungkin separuh benar,
atau tidak dusta semuanya.

Puisi pun sebenarnya bukan perkataan,
hanya bayangan pengalaman,
angin dan burung itulah yang indah,
terbang antara daun-daun, lembut dan hijau,
hinggap pada mata dan perasaan,
datang bagai mimpi, menjelmakan kebenaran.

Kebenaran tak memerlukan kita,
kita yang memerlukan perlindungannya,
seperti rumah ini, ia menunggu angin, burung,
rama-rama dan kelembutan daun.
Di sini aku menggugurkan resah dan berlindung.

Sudah berapa lama aku tinggal di sini,
tetapi masih saja seperti mengembara,
kerana kesendirian itu sangatlah sepi,
tak terlerai oleh muzik dan nyanyi,
kecuali zikir dan cinta yang abadi.

Kredit to: Baha Zain
Dewan Sastera
1 Mac 2011

Comments (3)

Jangan mudah membuang barang yg lusuh

is that ur hse? the one i went to? hmmm...take care dear..

to Lelaki Ini : tq
to azroy arman: guess? haha..orait..tq

Post a Comment