Twitter
RSS

akustika-petak-petak-cinta-by cd on October 17, 2008.


1

Adakalnya cinta itu rindu, cinta itu gelisah dan cinta itu sedih..cinta itu pelbagai..kata orang cinta itu datang dengan pakej..

2

aku cinta benar pada keindahan..segala keindahan yang mampu buat aku tenang..setenang ritma pagi di desa..keindahan juga padaku bukan yang hanya tenang..aku bukan jenis manusia pegun..

3

aku juga cinta pada seni…benar..cintaku pada kesusasteraan begitu mendalam..namun petak-petak cinta ku pada kesusasteraan tidak terlalu serius..aku hanya berkarya untuk kepuasan diri semata..tidak pernah diminta untuk dihayati atau diperhalusi orang orang lain..

4

jangan pernah menggelar aku ini seorang seniman..aku belum pernah menerima apa-apa anugerah seni…yang aku mahu ketika ini..kamu menerima perjuanganku sebagai seorang ilmuan..biarlah aku menjadi ilmuan terlebih dahulu sebelum bergelar seniman..seniman yang darjatnya seorang sasterawan..setitik hujan!

5

tidak pernah dapat aku gambarkan cintaku pada kedua orang tua ku..cintaku pada cinta gemulah abah dan kamu wahai ibu tidak pernah dapat aku nafikan..cinta kamulah yang melahirkan aku dengan segala cinta yang aku miliki kini…sungguh..

6

aku terlalu banyak belajar dari cinta gemulah abah..cinta gemulah abah begitu tulus..mahu sahaja aku nukilkan cinta abah dalam satu catatan nukilan indah..biar semua orang tahu siapa abah..biar segala pelosok alam ini kenal dan belajar cinta cara abah…dan tanpa malu biar juga orang tahu akulah yang selalu salah menafsir cinta abah dan akulah yang gagal membalas cinta abah selayaknya seorang anak…mungkin keterbatasan memisahkan kita abah…mungkin..

7

lewat sms seorang teman bertanyakan aku tentang cinta insaninya…kenapa cinta insaninya itu terputus di tengah jalan…juga sesalannya tentang cinta insani itu yang dilitupi noda dan dosa…bertanya pada aku yang tidak serba tahu ini…aku hanya menelah ringkas…jangan pernah meneleku cinta kamu itu menjadi cinta insani murahan…kenapa dan mengapa..seharusnya kamu mengerti…cinta Tuhan sudah mula berbicara..bertaubatlah kamu!

8

alat keluli bimbitku berdering lagi tanda sms…kali ini pula perihal persoalan adakah cinta Tuhan masih ada sedangkan dirinya sudah larut dalam noda dosa akibat cinta insani..masihkan Tuhan mahu menerima taubat hamba berdosa dan menganugerahkan cintaNya?…aku terdiam seketika…seketika aku menemui jawapannya…Cinta Tuhan itu tidak pernah berkurang..kerana Tuhan itu Maha Pengampun juga Maha Penyayang…

9

Aku pernah belajar tentang penzahiran taubat akibat kesalahan insan terhadap insan…”Taubat Nasuha itu bukan hanya menyesali kesalahan terhadap insan kepada Tuhan..tetapi Taubat nasuha itu adalah bagaimana kamu menzahirkan taubat kamu dengan bertanggungjawab atas segala tingkah kamu itu pada insan yang kamu perlakukan..seiring dengan tekad tidak mahu mengulangi perkara tercela itu lagi di kemudian hari..itulah taubat nasuha yang sebenar-benarnya..” aku mula berkira-kira…bukan mudah memohon maaf pada Insan..sungguh..insan itu bukan Tuhan..bukan Maha Pengampun!

10

Cinta itu termuat dalam petak-petaknya yang tersendiri..cinta itu kepunyaan semua makhluk..baik cinta itu dipugar dalam ahli kelurga, sesama berlainan jantina mahupun antara cinta yang perbagai layak gayanya..aku belajar satu hal tetang cinta..dengan melunasi cinta manusia sesama manusia..tentu sekali tidak melunturkan cinta manusia terhadap Tuhannya..Cinta Kudus itu menuntut insan mengasosiasi “cinta” yang rapi. lestari dan safi terhadap Ilahi, bukan cinta pongah, ranyah dan selekeh dalam pertalian insani…kata orang bijak pandai cinta itu serba indah…ai..haha..betul ke ni cd..haha

11

Aku sempat bertanya pada seorang gadis…dengan selamba…”adakah kamu mencintai saya?”….jawapannya buat aku jadi bingung bercampur baur….katanya tanpa banyak bicara…” entah!!! “ aku terus mati kata-kata..malu.

cdqaraa:11:28pm

Comments (1)

if i ask u what is cinta in yr eyes..sure u kata i gatai ...ha ha

Post a Comment