Twitter
RSS

SPECIAL REQUEST!-by cd on August 13, 2008.


seminggu aku dihujani pelbagai persoalan dari teman-teman dan orang yang aku kenali…ada persoalan yang aku berikan jawapan.. ada persoalan yang kembalikan dengan persoalan..dan ada juga persoalan yang tidak langsung aku endahkan malahan aku nafikan soalan itu selayaknya soalan itu tidak selayaknya untukku…klimaksnya…aku dituduh sombong..woha!!….biarlah..kamu dan kalian mungkin tidak terlalu mengenali aku..dan aku sungguh tidak menyalahkan kalian atas segala persoalan dari segenap segi itu…cumanya padaku..biarlah kamu tidak mengenali sifat perilaku diriku…fahamilah kondisi situasi diriku…semahunya kalian hamburkan persoalan yang ada kalanya bersifat hamburan tanpa titik rujukan…mudah sahaja bagi kalian bukan…semberono menelah aku dengan rakusnya..biarlah..biar aku sahaja telan pahit maungnya…sungguh aku tidak menyalahkan kalian..sungguh..kalian hanya mahu tahu sahaja bukan…dan aku ini pun bukanlah jenis yang suka menghampakan harapan orang lain..tapi fahamilah situasiku…fahami kondisiku dahulu…tolong..fahami aku yang sedikit ralat berdepan ujian Tuhan…aku juga manusia biasa..aku perlukan sedikit masa untuk aku tenang dan mula berfositif dengan apa yang berlaku…tolonglah aku…dan bila segalanya sudah seperti sediakala..aku bersedia merungkai segalanya..segala apa sahaja sedaya upaya…biarlah segala itu perkara yang terlalu tidak masuk akal untuk dipersoalkan kalian..aku terima sahaja..seiring masa yang berlalu…fikirku di asak bertalu-talu…seusia itu juga terdetik aku madah kata seorang yang soleh lagi berilmu…"Tiada kesedihan, ketakutan, kebimbangan, kerisauan untuk perkara dunia…Kesedihan, ketakutan, kebimbangan, kerisauan hanya untuk perkara akhirat…" seketika..aku kelu…juga aku malu…di takah mana aku berada..sekelumit cuma risauku pada perkara akhirat yang perlu aku tempuh…sekelumit cuma…untuk perkara dunia…aku aturkan segalanya…segala yang bercampur-baur untuk matlamatku hidupku…persetan segala cara…matlamat dunia harus dicapai…ini yang semakin meruntun maluku…"Special Request Allah" inilah yang kembali menyedarkanku…biarlah segalanya milikku di dunia ini dirampas tanpa silu…kata orang bijak pandai…"bila hamba Allah itu ditimpa kesedihan, ada dua perkara yang Allah hendak beri..pertamanya..keampunan dosa..dan yang keduanya..Allah mahu naikkan darjat seseorang @ beri pahala…" Ini yang membantu aku kembali tenang dan damai di hati..Sekiranya beginilah caranya Allah hendak mengampunkan dosa silamku , alangkah ringannya penderitaan ini…dan…Apabila beginilah caranya Allah nak selamatkan diriku dari azab api neraka dan masukkan aku ke dalam syurga yang kekal abadi, alangkah ‘indahnya’ penderitaan ini…

SPECIAL REQUEST!

Don’t say you have faith before you are tested, Allah tests you as He loves you because you are special. Thus, it is a request to remain patient and remain steadfast in your patience, as Allah wants to save you from His wrath, and wants to be pleased with you. Now, when you just remember the very reason Allah tests you, doesn’t that make the test that you have to endure make you smile and at the same time, feel good and special?

SPECIAL REQUEST!

Allah know best!

End

cdqaraa; 2:07 am

Comments (0)

Post a Comment