Twitter
RSS

Mean, Meaner, Meanest-by cd on September 2, 2008.


selamat datang wahai Ramadhan…salam ceria juga wahai perindu Ramadhan…tahniah juga buat kalian yang masih punya kesempatan bertemu dengan Ramadhan…juga..salam kemerdekaan kepada warga Malaysia buat kali ke 51…aku sedikit klise perihal kemerdekaan ini…apa-apa sajalah cd…aku sempat membaca sebuah blog…katanya…Maksud Merdeka adalah: Apabila kita mati, dan mayat kita di urus dengan baik, dan kawan kawan sempat melawat dan berdoa, maka itulah ertinya Merdeka… dan ini yang paling aku teruja…Hakikat Merdeka adalah: Apabila kematian kita di cemburui oleh orang beriman, maka sesungguhnya kita telah merdeka!…..hebat bukan! haha….tidak perlulah aku aprisiasikan makna dan hakikat merdeka pada pandangan peribadiku…cuma mudahnya padaku..merdeka itu bukan 1 ruang yang mutlak…bukan 1 titik yang tunjang…ai….apa ni cd….haha…selagi kamu berpijak di bumi Tuhan ini….kamu tidak akan pernah merdeka dalam erti kata yang sebenar…merdeka dalam erti kata "merdeka hati dan jiwa" hanya mana bila kamu kembali kepada Tuhan dengan kembali yang husnulkhatimah…itu adalah merdeka…itu sahaja….kata bijak pandai…Syurga tidak dibayar dengan harga yang murah!…kamu perlu menempuh ujian dan rintangan..klimaksnya kamu berjaya…antara ujian dan rintangan adalah Ramadhan..janji Allah pada insan..awal Ramadhan adalah Rahmat, pertengahan Ramadhan adalah keampunan, dan akhir Ramadhan adalah perlepasan dari api neraka…tetapi…harus diingat dan di teliti…janji itu hanya termaktub pada hati-hati dan jiwa-jiwa yang berpuasa Ramadhan seluruhnya…bukan puasa Ramadhan itu hanya berlapar dan dahaga…kata Imam Ghazali puasa Ramadhan itu khususul khusus…maksudnya Istimewa dalam Istimewa…puasa Ramadhan itu menahan diri dari melakukan cela…setiap anggota jasad punya tingkah celanya..dan Ramadhan adalah pentas Agung untuk mengawalnya…amat berbahagialah insan yang puasa Ramadannya mencapai takah takwa…takah yang mana insan itu dianugerahkan rahmat, keampunan dan perlepasan dari api neraka..alangkah indahnya…dan klimaksnya insan itu ibarat dilahirkan semula di Eudulfitri yang mulia…doanya sebegitulah buat semua…doanya sebegitulah..beberapa ketika sebelum bertemu dengan Ramadhan..aku sempat berguru tentang apakah yang sepatutnya dilakukan semua orang bersempena Ramadhan…jawapannya mudah….amat mudah dan ringkas pada kata..tetapi amat payah pada perlaksanaan dan gerak kerjanya..Bertaubat nasuha!!….tambahnya lagi…"yang terbaik bagi pesalah adalah yang paling suka bertaubat menyesali tindakannya dan bersedia seluruhnya untuk berubah!!!!"…..inilah yang buat aku ralat…sungguh!

Comments (0)

Post a Comment