Twitter
RSS

Imejan Wayang


Aku membaca coretan kisah sahabat Rasulullah s.a.w di laman email kiriman seorang teman sekerja..kisahnya adalah perihal bagaimana Abdullah bin Amr yang bertamu di rumah Saad bin Abi Waqas untuk melihat amalan beliau untuk dicontohi, namun apa yang ditemui Abdullah bin Amr hanyalah kehampaan…setelah berlalu tempoh 3 hari, Abdullah bin Amr berkata..

Sesungguhnya tiada persengketaan antara saya dan bapaku(alasan untuk menumpang bermalam), dan saya juga tidak meninggalkan rumah kerana perkara tersebut. Tetapi saya mendengar Rasulullah s.a.w. telah bersabda tentangmu dalam tiga kali majlis, maksudnya: “Akan datang kepada kamu seorang lelaki daripada kalangan penghuni syurga,” Lalu kamu ialah orang yang datang pada ketiga-tiga waktu yang disabdakan Baginda. Maka, saya ingin bertamu di rumahmu supaya dapat melihat amalanmu, lalu saya dapat mencontohinya.

Namun, saya melihat kamu tidak banyak melakukan amalan. Maka apakah perkara yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w. mengenaimu?” 

Sa’ad menjawab: “Tidak ada suatu perkara yang kamu lihat melainkan saya tidak mempunyai sangka buruk dalam diriku kepada seorang pun daripada kalangan kaum Muslimin, dan saya tidak pernah mengatakan sesuatu yang buruk kepada mereka.” 

……
Abdullah berkata:
“Inilah perkara yang saya ketahui tentangmu, dan ia adalah perbuatan yang tidak mampu saya lakukan” (Riwayat Ibn Asakir)



1 syawal 1433

Comments (0)

Post a Comment