haha..apa ni cd… fikir aku..aku lebih suka membaca dari menulis..tapi klise sebuah hakikatnya blog dicipta untuk menulis dan sudah pastinya blog sebegini memerlukan aku menulis sebaik mungkin..sesempurna mungkin.. fikir aku..blog ini hanya berorentasikan ‘fikir aku’..bukan fikir orang lain..pastinya apa yang tertera adalah bersifat personal dan sekadar pandangan peribadi sahaja. sekadar pandangan,timbangan,pengalaman,dan minat peribadi sahaja. jujurnya..bukan bertujuan untuk dipersetujui semua orang.. moga aku dapat berkongsi apa jua yang mampu dikongsi dengan kalian semua..dan harap aku agar kamu semua punya keterbukaan dalam menyelami dan melayari fikir-fikir aku yang adakalanya penuh dengan fikir-fikir yang bermacam-macam rentak ragamnya.. fikir aku..ruang ini memberi aku selaut kegagahan mencurah rasa..doanya biarlah curahan itu menjadi satu aprisiasi yang berguna buat aku dan kamu semua..
Riak wajah
topengan diri
tidak semua bisa mengerti
minggir diri
penuh berteka-teki
usai sebuah pengalaman terpatri
bukan semua mampu mengerti
tentang persoalan di sisi sanubari
Rasa hati Rahsia tersendiri cuma yang empunya diri mampu mengerti Namun jika bertemu jalan mati Masakan bisa ia menepati janji? Janji yang telah lama terpatri Sebelum diri melihat bulan dan mentari Sebelum diri menjejak kaki di bumi Janji yang semestinya pasti Namun kini yang telah dilupai Janji hanya tinggal JANJI...
Rasa hati Rahsia tersendiri
cuma yang empunya diri mampu mengerti
Namun jika bertemu jalan mati
Masakan bisa ia menepati janji?
Janji yang telah lama terpatri
Sebelum diri melihat bulan dan mentari
Sebelum diri menjejak kaki di bumi
Janji yang semestinya pasti
Namun kini yang telah dilupai
Janji hanya tinggal JANJI...