Kiriman “whatApps” yang aku terima beberapa hari lalu sungguh buat aku terpana dan kelu. Kiriman yang buat aku fikir macam- macam !
Fikir aku, itu tidak lebih dari satu ujian. Ironinya, Allah
pasti menguji. Ujian untuk meneliti, sekuat dan sedalam mana pergantungan diri
pada Tuhan yang Maha Suci. Kurang lebih, begitulah..
Jarak perjalanan itu pasti sahaja bukan satu halangan. Demi
sebuah kelangsungan hidup dan tanggungjawab. Pasti sahaja, tidak semua orang
mampu melakukan !
Semoga diberi segala kemudahan dan semoga Allah yang Maha
Penyayang membukakan jalan. Sementelahlah, di bulan rahmat. Ramadhan Kareem –
Allahu Akram !
Yakinlah, di Jalan – Cinta itu : Tuhan akan selalu
bersama-mu.
Berilah aku setitik kuasanya
'Tuk meraih kemenangan
Bagi yang berhak
Yang selalu dilindas - lindas
Tirani yang membawa namanya
Bahwasanya mereka berkuasa
Diatas tangis dan sebuah kekalahan
Tapi Dia yang maha berkuasa
(Dewa 19 -Persembahan dari Surga)