Twitter
RSS

Al-fatihah untuk ayah





sudah lama aku tidak bermimpi ketemu gemulah Abah…kerap juga aku  bermimpi  akan gemulah Abah, dan selalunya gemulah Abah datang dalam keadaan dia begitu ceria..kuat berceloteh dan sepertimana selalu yang berlaku dalam mimpi aku itu, Abah akhirnya akan berehat dan beradu…dan aku hanya memerhati dengan senyuman. Ironinya, pasti mimpi itu berakhir dengan aku ini terjaga dari tidur..seperti mana yang biasa terjadi…

Entah kenapa…sudah hampir empat bulan aku tidak didatangi mimpi gemulah Abah…Dan entah kenapa…aku mahu dan rindu mahu ketemu lagi gemulah Abah….mungkin aku ini tidak lagi memberi kebahagiaan pada Abah di sana, maka Abah tidak mahu lagi menziarahku....mungkin akulah punca Abah tersiksa di sana…aduh..Tuhan yang Maha Kuasa…aku tidak mahu aku menjadi punca Abah kecewa dan menderita di sana perihal khilafku…aku mahu Abah sentiasa senang, tenang dan baik-baik sahaja…

Dalam fikirku, aku sungguh rindu padamu Abah..barangkali suatu hari jika diizinkan Allah pasti kita akan ketemu … aku tidak akan pernah lupa bagaimana perit jerihmu menjadi seorang bapa kepada anak-anak...dan aku pasti dan berjanji aku meneladanimu jika aku punya anak suatu hari..pasti Abah!

Abah…datanglah lagi menjenguk anakmu ini dalam mimpi yang indah…sekurang-kurangnya buat penghilang rindu anak manja Abah ini…juga sebagai tanda Abah baik-baik sahaja di sana…


Alfatihah..




p/s: Abah pergi menemui Ilahi pada Ramadhan 2003…meninggalkan 2 isteri dan 6 orang anak…

Comments (0)

Post a Comment