Twitter
RSS

Biarkan sahaja cerita itu bercerita



Biarkan sahaja cerita itu bercerita
Usai lidah tidak bertulang
Sudah keletihan aku mengosilasi rasa
Klimaksnya, cerita itu hanya sebuah cerita cuma
Buat menambah warna bual bicara
Dan aku tidak mahu menjadi dungu untuk meneguk segalanya
Kerana ia hanya cerita kosong tanpa punca
Ibarat melayan rasa kanak-kanak kecil yang kecewa.



Mursyid Othman
11:13 pm



Comments (7)

Sastera betul bro coordinator ni :)

kisah ini sekarang..akan menjadi sebuah kisah klasik pada masa akan datang..

Kalau tidak kerana kerakusanmu
tidak begini jadinya hidup ini
apa salahnya kau pasrah saja kepada TUHAN
tanpa menggamit ringgit dan penghormatan
tapi kau terlalu...
segalanya ingin kau genggam ke tanganmu

kau bukan aku
Kau tidak pernah melahirkan darah juangku
dan aku tidak pernah berhutang setitis pun fikirmu
tergamak kau bina angkuh berselindung agama
kau semai tamakmu atas nama TUHAN
berapa banyak yang terlena di buai mimpi-mimpi ilusi

Dan kau tegak berdiri di situ memeras keringat
kau didihkan air mata ini di sumur pengorbanan
dan ribuan lemas sebagai korban perjuangan
tapi sayang...kau buta melihat derita ini

Aku tidak pernah benci padamu secara peribadi
tetapi kemarahanku akan meledak
ah...mengapa tergamak kau mungkiri segalanya
keindahan dan kesucian
keamanan dan kebahagiaan
yang sekian lama aku dambakan?

kau bukan aku...
kau hanya tetamu keliru yang membungkus diri
dalam selimut palsu
sampai hatimu berbicara atas maksud syaitan
ketika aku yakin kau akrab dengan TUHAN!
-PMJ-

PMJ...kita harus bertemu untuk merungkaikan segalanya..aku rasa itu satu yang besar..dan jika keberanian itu adalah kerana benar, engkau harus perkenalkan diri dan tidak berselindung atas kuasa Anonymous !

" Katakan pada EGOMU...KAU BUKAN AKU..."
Karya Ustaz Pahrol Mohd Juoi@PMJ
Fahami dengan mendalam maksud puisi ini yea akhi ;)
Semoga bermanfaat untuk kita semua..bukan hanya kamu...

gua ingat pmj yg komen blog gua..huhuhu

Mcm sweet jer kan...hehehe...klaka pon ade...
InsyaAllah jika di beri kesempatan oleh Allah...siapa tahu...PMJ sendiri yg komen blog awak nanti kan...
nothing is impossible in this world akhi :)

Post a Comment