Twitter
RSS

Ku berjanji kerna Cinta


“Ku berjanji kerna cintaku, ku berharap kerna kasihMu..selamanya tak akan pernah berpisah sampaikan nanti”

Selama aku bermain dengan muzik cinta, ku rasakan bahagiaku hanya selamanya hanya akan terbuai dengan keseronokan, kebahagian dan canda mesra aku dan dunia sekeliling namun akhirnya aku tahu aku hanya bermain dengan muzik cinta yang entah apa-apa!

Jika kehidupan ini diibaratkan sekeping kanvas lukisan, apakah lukisan yang akan dicorakkan itu? Aku adakala mencorakkan aku sentiasa hidup dalam pelangi cinta yang indah..kehidupannya baik-baik sahaja..walaupun bukan diselaputi kemewahan aku senang saja bergerak sebegini. Kata orang, mencorak kehidupan bermula dengan mencorak hati, potret kehidupan adalah cerminan wajah hati. Jika hati cantik, akan berserilah wajah kehidupan, begitulah sebaliknya.

Bicara perihal hati ini aku pernah dilabel orang sebagai orang yang suka berada di zon selesa. Aku tidaklah mahu melenting dengan anggapan itu cuma aku hanya mahu mengajak kalian semua merenung kembali bagaimana Islam mengajar umatnya berakhlak ketika berbicara. Islam melarang umatnya membuat fitnah, mengumpat dan bersangka buruk sesama manusia. Malah Islam mengajar kita menutup keaiban orang lain. Semua itu termasuk dalam dosa besar! Bukannya kecintaan pada Tuhan dan kasihkan insan jika sifatnya sebegitu!

Cinta itu berpaksikan hati. Ia soal hati yang memberi dan menerima dengan rela. Janjiku, pada bulan, pada bintang juga segala alam jagat ini bahawa aku sekarang menadah cinta Tuhan yang tinggi. Jika ini selayaknya untukku untuk Cinta Agung itu aku terima seadanya. InsyaAllah. Demi cintaNya aku akan kuat dan yakin diri!

Mengambil anologi sepohon pokok dan seekor ikan di laut masin juga kisah sahabat yang dijanjikan syurga, Umar al- Khattab aku kira ujian yang aku terima sehari-hari adalah pelajaran yang yang dicipta Tuhan untuk dipelajari. Badai yang datang dan hujan yang turun pasti akan diganti dengan cerahnya siang dan pelangi menyinar. Semuanya untuk mengambil ‘ibrah untuk membina peribadi kuat dan rasa kecintaan itu . Mengambil pelajaran dari kata-kata Ibn al-Qayim: “Perjalanan manusia menuju Allah itu ibarat seekor burung. Kepalanya adalah cinta kepada Allah. Dua sayapnya adalah perasaan khuatir dan harapan. Tanpa kepala burung akan mati. Tanpa sayap, mustahil burung dapat terbang..”

aku mahu bicara sahaja tentang cinta semahunya! nanti lah ya..selagi aku punya ruang dan masa untuk bercanda mesra menitip kata! Jalannya masih panjang barangkali.

Ku menutur getar hatiku, anganku hanya untukMu..ku berjanji kerna Cinta ku..selamanya tak akan pernah berpisah sampaikan nanti..semuanya kerna Cinta dan KasihMu!


kredit to anuar zain song; ku berjanji kerna cinta



Comments (2)

Ku berjanji kerna kasih....

Lelaki Ini

post nie membuatkan saya berfikir tentang sesuatu... tengs..

Post a Comment