
“Azri tetap sayang mak azri..dan keluarga azri tetap azri sayang walaupun depa buat azri macam ni..azri tetap sayang..azri rindu dekat mak azri..kalau mak takdak azri pun takdak kat dunia ni..tapi azri sedih lah sebab diorang buat azri macam ni..tapi takpalah azri redha..azri tetap maafkan mak..maafkan adik beradik azri…..”
Entah apa yang sepatutnya saya ungkapkan saya ini pun kurang pasti, cumanya saya amat benar yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Setiap insan diduga dan dugaan itu berlainan macam pada setiap orang. Allah itu Maha Besar dan Maha Mengetahui juga Maha Penyayang. Manusia merancang untuk melakukan kebaikan atau keburukan dan Allah juga merancang. Sebaik-baik perancangan adalah perancangan Allah. Dia mengetahui segala-galanya kerana segala apa yang ada dan yang kita punya adalah milikNya seluruhnya. Tiada ragunya!
Seusai minda diketuk dengan peristiwa yang melanda azri, saya fikir manusia ini adakalanya punya ketidakwarasan sifat kemanusiaan. Dan kemanusiaan itu hilang entah apa sebabnya. Itu pun saya kurang pasti namun ia menghadirkan saya satu kefahaman bahawa dalam hidup ini bergantungan kita yang paling hakiki hanyalah pada Tuhan. Sejarah dan peristiwa sudah membuktikan!
Apa sahaja yang berlaku pasti ada hikmah. Dan kewajaran atau persoalan apa-apa sahaja itu boleh sahaja diletakkan ke tepi. Boleh sahaja ini berlaku untuk kita mengkoreksi diri. Mengkoreksi diri dari segala segi. Adakah kita ini berpaksi pada Ilahi atau hanya sebaliknya. Itu harus difikirkan sedalam-dalamnya ironinya mahupun realitinya.
Ironinya, klimaksnya kita akan tahu siapa kita sebenarnya. Kemanusiaan atau kebinatangan itu bukan atas asbab alasannya. Cuma ianya hanya atas kecintaan sahaja. Cinta itulah yang mencorakkan kita seadanya kita. Atas cinta padaNya!
p/s: azri, kita pernah akrab satu ketika dahulu. Hari ini aku kembali menemui kamu..walaupun medium dan caranya tidak sama tapi kamu masih serupa, suka menyayangi. Percayalah kamu juga disayangi. InsyaAllah. Tuhan akan tunjukkan jalanNya.