mungkin kesempatan membataskan aku menulis ini..mungkin sahaja..kerana mungkin juga kesempatan tidak dimanfaatkan sebaiknya….ai..ha..ha..betul ke ni cd..betul la..klisenya..aku sudah punya keyakinan baru yang mendorong aku menulis ini..bukan mudah tahu…jujurnya..sebelum aku menulis ini aku asyik termanggu dengan perasaan sendiri..entah renung apa..obses apa…mungkin atas kondisi dan konotasi yang terzahir pada diri ini menzahirkan naluri kecil serba lemah ini perasaan serba kurang..kurang segala..yang menekan aku…jujurnya..aku termanggu dalam rasa rendah diri yang teramat sangat..klimaksnya…makhluk yang amat dibenci Tuhan akhirnya berani dan lantang sekali membisik yang jelik-jelik..sehinggakan dengan begitu mudah aku yang serba lemah ini mudah terdetik bersoal kenapa dan kenapa..kenapa itu..kenapa ini..kenapa kamu cd tidak menjadi sebegitu..tidak seperti dia itu..dan segala jenis sialan kenapa..dan kenapa…jarum-jarum yang cuba menerobos ke ruang-ruang minda dan hati kecil ini sepertinya sudah menembusi jauh kedalam…sehingga aku kaget untuk menzahirkan apa saja yang terdetik..segala yang telah terzahir pun seringkali menjadi seperti satu liabiliti pada diri..sehingga aku rasakan segala apa yang telah ku zahirkan semuanya salah belaka..aku masih lagi dengan kenapa dan kenapa…kenapa tindakan ku sebegitu..kenapa sebegini..ahh..segala macam ralat pula..kehadiran aku ini di teratak uncle salim yang ku anggap sebagai bapa kedua ku itu pun ku rasakan tidak kena..sepertinya aku seperti dedalu pada konotasi kondisi itu..serba lemah..serba menyusahkan..serba tidak diperlukan…ada saja yang buat aku jadi resah dan gundah..entah disedari entah tidak..berdoa sahaja tidak..jujurnya aku kagum pada keluarga uncle salim..pada zahiriahnya sepertinya serba sempurna..ya..doanya berterusan sebegitu..amin..cuma yang nakalnya..aku seperti cemburu yang teramat..aku seperti menidakkan semua kesempurnaan itu..jujurnya..aku tidak pernah dilayan sebaik itu..aku malu..sifat kekeluargaannya begitu mencuit aku..buat aku resah..gundah..jujur..aku sensitif tentang itu..tidak perlu kuceritakan..jika kalian benar tahu dan kenal siapa aku..bisa sahaja kalian tahu perihalnya tentang apa…rasanya tiada lagi aprisiasi perihal itu di ruang ini..tiada lagi…aku tidak mahu lagi berbicara tentang itu..ia hanya buat aku jadi insan yang tidak yakin pada ketentuan Tuhan..juga mungkin buat aku dibenciNya..kerana tidak pernah redha dengan segala aturanNya..sedangkan apa yang berlaku itu semuanya didasari kehendakNya yang Maha Mengetahui..kenapa dan mengapa..dan seyakinnya aku tahu..hanya Dia tahu kenapa dan mengapa..tidak perlu hamba yang serba dangkal seperti aku ini mempersoalkannya..kamu hanya hamba cd..buat sahaja cara seorang hamba..taat dan patuh segala suruhan Tuannya…atas ketaatan inilah yang akhirnya buat aku merenung kembali atas hak apakah aku mempersoalkan kenapa dan kenapa…tiada rasa malukah mempersoalkan segala aturan Tuhan buat diriku..ya..ia buat aku sedar dan kembali bangun dengan Izzah…izzah perihal kamu insan tidak diutus sebagai sia-sia…ada peranan dan tugasnya..kamu diutus sebagai khalifah..ironisnya segala yang termaktub..segala apa sahaja yang terdetik di hati kecil semuanya atas aturan Tuhan yang mendorong itu untuk berlaku..buat kamu cd..benar kamu bukan siapa-siapa pada kacamata insan sekelilingmu..cumanya yakinlah..bukan siapa-siapa pada insan tidak semestinya bukan siapa-siapa pada Tuhan…klisenya..kewujudan kamu ini pun atas anugerah Tuhan yang tidak terhingga nilainya buat kamu…mungkin izzah ini buat aku tidak lagi bertanya kenapa dan kenapa…bersederhana sajalah merenung..doanya sebegitu..
cdqaraa;1:29pm
Comments (0)
Post a Comment