Twitter
RSS

berkelana-syurga dunia-akhirat.



"Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku..".-ust asri rabbani


aku mahu berperihal tentang transformasi di entry terawal di medium baru ini...cdqaraa blogsport...namun..sesuatu perkara itu muncul buat diri ini bercampur baur..adakalanya sesuatu itu kita hanya merancang..bukan kita yang menentukan...

Tuhan menentukan ini hari ini...insan yang antara paling aku kasihi walaupun dia tidak pernah mengenaliku pergi meninggal alam "syurga dunia paling indah"....buat kamu ustaz asri...alunan suara itulah yang menerbitkan linangan air mata ini...lirik lagu itulah yang buat hati ini merintih...tanpa alunan itu pasti aku yang serba lalai ini menangis untuk entah apa-apa...sekalung penghargaan buat kamu insan terpilih buat syurga dunia indahku...tanpa alunan indah itu..entah..aku masih belum tahu...

pemergian itu..hanyalah satu takah...dari takah-takah menuju Allah s.w.t.....syurga akhirat buatmu ust asri tersayang...moga aku berkesempatan menemui kamu suatu hari...dan doanya kamu mengenali aku...di syurga akhirat...itupun seandainya aku mampu mencapai takah semuliamu...itulah yang bakal memisahkan kita..hanya itu...

Syurga akhirat itu pasti termaktub buat kamu...doanya sebegitu...semuanya atas cintamu selayaknya alunan indah itu...berkelana..yang buat aku merintih menangis kerana malu, sesal akan tingkahku..alunan itu...kerana alunan indah syurga dunia itu...selamat berkelana ustaz asri...itulah caranya...syurga akhirat buat kamu pejuangku...amin



Comments (0)

Post a Comment