Sudah lama aku tidak melengus nafas berbicara tentang dunia
kemanusiaan. Aku bukanlah sudah jemu melampias rasa hati cumanya adakala kita
ini sering dipengaruhi keliling. Keliling-keliling yang tidak memahami dan
bolos!
Perjalan untuk ditelusuri lewat usia sebegini agak penuh
jerihnya..maaflah..aku mahu yang baik-baik sahaja tetapi sering sahaja
bahasa-bahasa aku menular menjadi bahasa-bahasa bobrok dan itu buat aku terus
diam seribu bahasa..adakala aku fikir diam berhirbernasi itu sangat baik untuk
sesetengah keadaan..manusia sukar untuk memahami manusia lain aku kira..sungguh!
Klisenya, perasaan dan kekecewaan jelas harus juga
dihentikan..dan aku fikir..cukup..aku sudah letih melayan rasa!
Dan, terimalah..aku kembali semula..biarlah walau tiada
sesiapa yang peduli..kembali dengan sedikit wajah dakwat hitam sinisme. Manusia
itu memang tidak pernah puas..dan aku sudah letih untuk memperjelas..adakala
sesetengah itu tidak pun memerlukan penjelasan panjang..aku sendiri pun tidak
mahu ia terjadi sebegini..terjadi sebegitu..aku cuma yakin ianya hanya atas dasar
yang paling asas..kita ini hamba..bukan kita yang menentukan jalan!
Aku tidak mahu bicara kisah tentang Adiga yang berjuang atas
kerana kasta di India..lebih baik aku bingkiskan kisah teladan dari Al-Quran…bukankah
itu pegangan yang lebih molek dan tepat..sumber dari Tuhan yang maha
Esa..kecintaan kita!
Melukis susunan hidup..kisah nabi Ayub pasti antara kisah
terbaik buat pedoman dan pengajaran..dan kisah nabi Ayub ini jugalah buat aku
kini merasa tenang dan lapang hati..kecemburuan Syaitan dan kecintaan kekasih
Tuhan ini membawa Nabi Allah Ayub ini ke satu kondisi yang rumit dan perit
dalam kehidupan..dari seorang yang memiliki segalanya..menjadi seorang yang
hilang segala yang ada…demi sebuah Cinta..Pencinta yang Abadi!
Klimaksnya, nabi Ayub berjaya..lulus penuh dalam ujian Kecintaan!
"Sesungguhnya
Kami dapati dia (Ayub) seorang yang sabar. Dialah sebaik-baik hamba.
Sesungguhnya dia amat taat (kepada Tuhannya)." (QS. Shad: 44)
aku tidak punya keteguhan hati seteguh Ayub..Tuhan..beri aku
kekuatan..aku mahu!
p/s: isteri nabi ayub menebus sebuku roti dengan menjual helaian rambutnya..untuk suami tercinta! aduh..indahnya..
Comments (0)
Post a Comment