Twitter
RSS

Puisi Hujan



Tanpa lelah, hujan masih juga turun mencurah-curah. Aku seperti selalu, membaca bahasa hujan sebagai satu rahmat yang sangat luas buat makhluk ciptaanNya. Siapalah kita mahu menolak rahmat...kita inipun lahir atas dasar rahmat..

Hujan oktober ini banyak sungguh ceritanya..juga penuh magis..suka bercampur duka bercampur-baur..seiring bahasa hujan oktober..datang dan pergi..adakala menggila dan adakalanya menghembus mesra...aku juga seperti hujan..adakala aku juga harus pergi..juga harus kembali..

Aku temui rentak hujan..meliuk lentuk bahasanya menghanyutkan segala..aku juga hanyut dibawa hujan rasa..rasa yang bikin aku tenggelam dibawa arus..maaflah aku sekadar bersifat realistik dan rasional...walaupun itu sukar dimengertikan...hujan juga selalu sungguh disalah erti....aku tidak mahu seperti hujan...

Hujan..sebagaimana biasa..mengajar kita erti hidup..sebagaimana ibaratnya perlunya embun kepada rumput...mentari tanpa hujan pasti sahaja penuh kekurangan..juga mengajar kita bersedia dari segala kemungkinan yang mungkin tiba ..hujan bukan sahaja boleh menghanyutkan, ia boleh juga memusnahkan segala...

Seusai hujan Oktober..November juga membawa hujan..hujan November ini masih juga penuh dengan warnanya..aku mahu sahaja warna hujan November itu lebih rancak liuk bahasanya dan aku mahu sahaja ia berbahasa yang baik-baik dan indah-indah..

Aku mahu berdoa ketika hujan..sungguh aku mahu....apa lagi aku mampu..



“Berdo’alah pada waktu mustajab do’a iaitu sewaktu pasukan tentera bertempur, waktu mendirikan solat dan ketika hujan turun”
(Hadis Riwayat Abu Daud).


“Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenan doa permohonan kamu.”
 (Al-Ghafir: 60)








Comments (0)

Post a Comment