Twitter
RSS

korban-dekatkan diri padaMu-by cd on December 8, 2008 •


1

kata orang..korban itu punya makna yang terlalu klise dan konotatif…ai..haha..betul ke ni cd..

2

aku mahu bicara saja perihal korban..biarlah konotasi itu punya segi-segi yang pelbagai..

‘Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berqurbanlah”
(Al-Kautsar: 2)

3

aku percaya satu perkara..sesuatu yang mahu digapai..sesuatu kecintaan yang Agung perlukan pengorbanan…korban ini terlalu dalam ertinya..dan jangan pernah beranggapan Syurga itu dibayar dengan harga yang murah..jangan sesekali pernah!

4

Atas nama cinta..pengorbanan itu ibaratnya satu kemestiaan..belajarlah dari cinta Kekasih Allah Nabi Ibrahim…

Firman Allah Ta’ala bermaksud: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku (anak) daripada golongan orang-orang yang soleh. Maka kami (Allah) gembirakan dia dengan (mendapat) anak yang penyantun. Tatkala sampai (umur) sianak boleh berusaha, berkata Ibrahim: “Hai anakku! Sesungguhnya aku melihat dalam tidur (mimpi) bahawasanya aku akan menyembelih engkau, oleh sebab itu lihatlah (fikirlah) apa pendapatmu?” (Sianak yakni Nabi Ismail) menjawab: “Wahai bapaku! Buatlah apa yang diperintahkan kepadamu, nanti engkau akan mendapati aku - insyaAllah daripada golongan orang-orang yang sabar.”

5

adakalanya fikir aku…apa yang lebih penting ialah persoalan kenapa dan mengapa kita perlu berkorban..dan kenapa kita sanggup berkorban…padaku mudah..korban-dekatkan diri padaMu…Sesungguhnya dalam kedamaian kita bertakbir..dalam keenakan menikmati juadah hari Raya..disebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhitung banyaknya telah mengalir air mata dan darah para kekasih Allah…

6

Pengorbanan yang dilakukan seseorang, adalah umpama memberitahu apa yang dicintainya dan yang mana lebih utama baginya..Aku kuat berbicara tentang cinta…dan kali ini mahu aku tegaskan!…cinta kamu hanya omongan kosong jika kamu tidak pernah bisa berkorban..korban dari segala yang mengurangkan cinta..segalanya..aku tahu..pengorbanan itu perit..sungguh aku tahu..namun biarlah cinta yang bicara atas segalanya…

7

korban hakikatnya menuntut kita membuat pilihan..mana yang lebih dicintai..dan selalunya kita perlu berkorban dalam membuat pilihan..dan beginilah kehidupan kita..kehidupan berlandaskan pengorbanan menuntut kita berosilasi perihal bagaimana pilihan dan keputusan..dan..jangan pernah bersesal dengan pilihan yang telah dibuat..kerana..kita hanya insan..yakinlah..insan punya hak memilih..tetapi Tuhan yang menentukan samada pilihan itu benar-benar satu pilihan yang bijak..jadi..jangan pernah sesali andai sesuatu yang bukan pilihan kamu cd termaktub buat kamu..Dia yang menentukan..kita hanya hamba..Dia lebih tahu mana yang lebih layak buat kita..

8

bicara tentang pengorbanan…tidak pernah sesekali aku nafikan pengorbanan kedua ibu-bapaku…mungkin aku tidak terlalu nakal kiranya..mungkin sahaja..namun aku sedar..pengorbanan kalian berdua dari segenap segi tidak mungkin aku balasi…aku menjadi manusia ini pun atas cinta kalian berdua..mana mungkin aku nafikan..

9

pengorbanan buat kedua ibu-bapaku hanya dapat aku balasi dengan menjadi manusia terpelajar dan mampu berbakti semula pada mereka seusia mereka yang makin meningkat…abah sudah tiada..mungkin kejayaanku ini hadiah berharga buat mama tersayang…maaf mama..banyak duit mama dan terkorban menyekolahkan anak nakal mama ini…ai…haha…betul ke ni cd…!

10

mahu juga aku bercerita perihal pengorbananku menuntut Ilmu..aku bukanlah pelajar genius ataupun pelajar kelas elit.. aku hanya dikalangan pelajar-pelajar sederhana…tidak terlalu disanjung, tidak terlalu dihina…namun satu perkara tentang aku ini..cita-citaku menggunung tinggi..dan mungkin bukan kali ini untuk aku nukilkan perjalanan menuju cita-cita ku…kerana aku amat pasti pengorbanan menuju cita-citaku pasti penuh ranjau lagi…masih banyak aku perlu korbankan…masih banyak pengorbanan yang mungkin kalian tidak pernah fahami..dan aku masih belum mampu menjelaskan segala-galanya…

11

Benar kata orang…korban itu terlalu konotatif..banyak klisenya…ada perkara yang perlu kita korbankan..dan ada perkara tidak perlu dikorbankan…semuanya atas bicara cinta kita padaNya…hanya padaNya…tiada sangkalannya lagi..tiada..

12

buat kalian insan-insan yang amat aku kasihi..saudara seugamaku…jangan pernah cinta kamu padaNya digugat oleh cinta lainnya…percayalah..cinta yang Agung hanya cinta padaNya..mungkin pengorbanan perlu seandainya cinta Agung yang kamu cari…doanya kamu memperoleh cintaNya..seandainya cintaNya milik kamu…aku benar amat pasti…kamu pasti satu hari bertemu cinta yang tidak pernah melunturkan cintamu padaNya…

13

sebagai seorang manusia yang ingin mencintai dan dicintai…aku sering sunyi…mahu sahaja aku melayan cinta insani semahunya…namun..aku terlalu takut seandainya cinta insani itu buat aku terus sunyi dari rahmat dan cinta Ilahi…biarlah tautan hati padaNya membuai sunyiku..kerana aku tahu tautan hati yang ritmanya sebegitu yang membawa damai di hatiku..membawa tenang bagiku…cintaMu harapanku..jadikanlah aku kekasihMu sebagaimana kekasihMu Ibrahim a.s.

14

bebebapa ketika sebelum pencinta Rabb menjejakkan kaki tanah suci untuk melaksanakan wukuf di padang Arafah..aku terpana pada paparan berita di kaca media massa…”seorang wanita cuba terjun dari tingkat 11 wisma prsekutuan Kota Bharu akibat tertekan selepas menerima sistem pesanan ringkas (SMS) daripada suaminya yang tetap mahu merujuk semula dengan isteri pertama”….aku mati kata-kata sambil termanggu-manggu…adakah ini suatu pengorbanan cinta atau hanya ilusiku sahaja ??……

Comments (1)

sumtimes,pengorbanan tu sgt manis walaupon mula2 tu sgt pahit....erk....

Post a Comment