Twitter
RSS

Ramadhan Kareem !

1

Alhmdulillah. Ramadhan kali ini saya masih dikurniakan kesempatan untuk menghayati Kecintaan. Allah masih memanjangkan usia saya dan menganugerahkan fikir yang masih revelan agar saya sentiasa sahaja mahu berbuat yang baik-baik sahaja..seiring perjalanan usia...

Ramadhan ini sentiasa sahaja punya ruang yang panjang..ruang menghargai...kita sering sahaja gagal untuk menghargai sesuatu..dan Ramadhan adalah suatu masa untuk muhasabah..bagaimana kita menghargai kala kita mula menyuap nasi ....dan bagaimana seharusnya kita berfikir lewat air pertama yang membasah kerongkongan..betapa seharusnya kita ini harus sangat menghargai menerima rezeki dari Allah.

Dan sebagai hamba..sering sahaja kita meminta tanpa memberi..mencerca sana dan sini dengan nafsu nafsi...menghukum tanpa mengadili...maka Ramadhan inilah ubat yang akan memandu diri..

Klisenya, kita selalu menang dalam mencari kepuasan diri dan Ramadhan tiba lagi untuk kesekian kali mendamba hati-hati yang sanggup untuk bersujud memohon dan tunduk naïf menghina diri...

Bukankah saat sujud, saat turunnya hujan, saat antara azan dan iqamah, saat tibanya jumaah, saat kita mahu beriftar, juga saat kita berselisih dengan malam seribu bulan. saat makbul doa!  Tuhan mahu kita meminta dan berdoa...lewat doa yang penuh kehambaan..

Ya Allah..inilah Ramadhan..Wahai Tuhan kami kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan jauhilah kami dari azab api neraka.


 Dan saya mahu terus berdoa dan bukan hanya lewat sujud panjang!



menebarkan sayap

1


Saya membaca surah al-Mulk selalunya untuk menutupi hari sebelum saya memejamkan mata. 30 ayat yang sungguh mencengkam. Salah satunya berperihalan tentang burung....

Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Ia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
(Al-Mulk 67:19)


Ia membawa saya berfikir-fikir tentang setiap sesuatu itu punya sesuatu yang memandu..dalam kehidupan kita sehari-hari, itulah yang berlaku....

Ironinya, beberapa bulan kebelakangan ini, saya menjalani hari-hari yang begitu cepat berlalu..dengan aktiviti-aktiviti dalam kerjaya saya, kelas pengajian saya, dan segala yang terlingkup dalam kehidupan sosial saya..ditambah dengan perkara-perkara tergempar yang tidak pernah saya sangka..oh! alangkah jika saya punya sayap !



p/s: aku mahu terbang mencari cintaku !


Kenistaan

1



Entah atas kesibukan apa sudah lama aku tidak menulis disini…mungkin sudah masanya aku kembali meneroka bahasa-bahasa panjang dalam membahas masalah kemanusiaan dan bercerita tentang kecintaan…aku ini memang suka benar istilah cinta…aduh..entah kenapa….mungkin sahaja aku ini juga manusia biasa..seorang Pencinta !

Aku mahu berkongsi kata-kata seorang penulis yang aku kira banyak beri inspirasi kepada aku ini dalam menulis..sementelahlah beliau kini sudah bergelar Sasterawan Negara, SN Baha Zain..

“Ceria dan optimislah selalu kerana jiwa yang penuh berisi dengan perasaan sakit hati, tidak akan mengalir penawar; dan kepala yang dipenuhi fikiran buruk , tidak akan merumahkan impian besar.”



Dan aku mula beroptimis mahu menulis yang baik-baik dan yang bagus-bagus sahaja..aku fikir…



p/s: beroptimis jugalah membuang sifat nakal...kata orang aku ini nakal..aduhai...


intuisi

0



Beberapa malam yang lalu saya didatangi seorang teman baik saya..teman saya yang ini selalunya datang dengan perkongsian-perkongsian jiwa..adakala perkongsian-perkongsian itu saya hanya diam dan mengangguk…ada juga yang perlu saya lakukan timbangtara dan beri satu tamsilan…ia bergantung kepada keperluan yang saya rasa…entah kenapa..malam yang ini teman saya ini lebih mahu saya bercerita tentang pengalaman dan cerita-cerita kosong saya di tanah Haram…dan saya tanpa banyak bicara langsung sahaja bercerita…hingga suatu ketika saya mengesani ada titik-titik jernih mula bertamu di kelopak matanya…entah kenapa…dan akhirnya membuatkan saya kembali merenung jauh..meneliti kembali kesempatan-kesempatan yang saya masih punya…demi sebuah tangisan Cinta…

dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka jawablah bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan  permohonan orang yang berdoa apabila ia bermohon kepada-Ku maka hendaklah mereka itu memenuhi segala perintah-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku agar mereka selalu berada dalam kebenaran. Al-Baqarah:186



Daun-daun Jendela Yang Membuka

0


 Tulisan Pak Baha Zain yang buat aku terpana..sempurna..cukup semua ramuan !




Kejayaan adalah tuah apabila tiba tanpa diduga,
kecemasan adalah takdir malang apabila datang tiba-tiba,
kejayaan terasa manis apabila menjelma di hujung derita.
Ceria dan duka adalah daun-daun jendela yang membuka,
melimpahkan cahaya keinsafan hidup, dan kebijaksanaan di dunia.

Kata Khalil Gibran:
Kebijaksanaan tidak lagi kebijaksanaan apabila terlalu angkuh untuk menangis,
terlalu serius untuk ketawa dan terlalu tamak untuk mencari selain daripada dirinya.
Sungguh, kata Lao Tzu, mengetahui orang lain adalah kebijaksanaan,
memahami diri sendiri adalah keinsafan.

Gibran dan Lao Tzu, tidak berbicara kepada kita tanpa kata-kata dan puisinya,
tetapi Adamlah yang pertama mengajarkan nama-nama;
kemudian mewariskan makna.

Kredit: 
Baha Zain
Mac 2012

Sketsa Sebuah Cinta

0



Seperti malam-malam yang biasa..melewati titik-titik median..tiada apa yang lebih aku ingin melainkan Cinta dan kasih sayang..

Ia memberi isyarat jelas tentang kehidupan..bagaimana harus dibikin..bagaimana sepatutnya harus kita jalani dan telusuri...untuk suatu faktor kita tersenyum atau menghiba rasa….

Dan untuk satu atau seribu alasan untuk kita bahagia dan ketawa..menangis dan berduka..dan segala macam alasan lainnya untuk sesuatu perkara…

Dan adakala kita tidak langsung mampu untuk menjelaskan segala...

Kerana kita hanyalah hamba…

Langsung aku tidak mahu menafikannya..

Dan lebih sewajarnya aku harus menjadi manusia yang lebih bersyukur............. 




 Ketika lelaki dan wanita menjadi satu, Engkaulah Yang Satu itu; ketika bagian-bagian musnah, Engkaulah Kesatuan itu.
Engkau ciptakan ”aku” dan ”kita” supaya memainkan puji-pujian bersama diri-Mu,
Hingga seluruh ”aku” dan ”engkau” dapat menjadi satu jiwa serta akhirnya lebur dalam sang Kekasih.

Cinta dalam ketiadaan: Jalaluddin Rumi



monolog kecil 6

0


Aku terima satu kiriman sms..kurang lebih berbunyi begini…

Assalamualaikum..tetaplah usaha walau apa sahaja yang terjadi amalan biar istiqamah..walau Mathurat dan Al-Mulk sebelum tidur andai itulah sedikit untuk di bawa balik bertemu Allah…



Dan aku terkedu tanpa kata..sambil merenung jauh…
                                                               
                                                                Tajam menusuk ke kalbu..!




Demi waktu matahari sepenggalahan naik, dan demi malam apabila telah sunyi, Tuhanmu tiada meninggalkan kamu dan tiada (pula) benci kepadamu ,dan sesungguhnya akhir itu lebih baik bagimu dari permulaan. Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu, lalu (hati) kamu menjadi puas. Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu. Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung , lalu Dia memberikan petunjuk. Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kecukupan. Adapun terhadap anak yatim maka janganlah kamu berlaku sewenang-wenang. Dan terhadap orang yang minta-minta maka janganlah kamu menghardiknya. Dan terhadap ni'mat Tuhanmu maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (dengan bersyukur).
 
Ad-Dhuha (1-11)