Alhmdulillah.
Ramadhan kali ini saya masih dikurniakan kesempatan untuk menghayati Kecintaan.
Allah masih memanjangkan usia saya dan menganugerahkan fikir yang masih revelan
agar saya sentiasa sahaja mahu berbuat yang baik-baik sahaja..seiring
perjalanan usia...
Ramadhan ini
sentiasa sahaja punya ruang yang panjang..ruang menghargai...kita sering sahaja
gagal untuk menghargai sesuatu..dan Ramadhan adalah suatu masa untuk
muhasabah..bagaimana kita menghargai kala kita mula menyuap nasi ....dan
bagaimana seharusnya kita berfikir lewat air pertama yang membasah
kerongkongan..betapa seharusnya kita ini harus sangat menghargai menerima
rezeki dari Allah.
Klisenya,
kita selalu menang dalam mencari kepuasan diri dan Ramadhan tiba lagi untuk
kesekian kali mendamba hati-hati yang sanggup untuk bersujud memohon dan tunduk
naïf menghina diri...
Bukankah
saat sujud, saat turunnya hujan, saat antara azan dan iqamah, saat tibanya
jumaah, saat kita mahu beriftar, juga saat kita berselisih dengan malam seribu
bulan. saat makbul doa! Tuhan mahu kita
meminta dan berdoa...lewat doa yang penuh kehambaan..
Ya Allah..inilah Ramadhan..Wahai Tuhan kami kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan jauhilah kami dari azab api neraka.
Dan saya mahu terus berdoa dan bukan hanya lewat sujud panjang!
Ramadhan Hadirnya Dirindui..Pemergiannya Ditangisi....