Entah atas kesibukan apa sudah lama aku tidak menulis disini…mungkin
sudah masanya aku kembali meneroka bahasa-bahasa panjang dalam membahas masalah
kemanusiaan dan bercerita tentang kecintaan…aku ini memang suka benar istilah
cinta…aduh..entah kenapa….mungkin sahaja aku ini juga manusia biasa..seorang
Pencinta !
Aku mahu berkongsi kata-kata seorang penulis yang aku kira
banyak beri inspirasi kepada aku ini dalam menulis..sementelahlah beliau
kini sudah bergelar Sasterawan Negara, SN Baha Zain..
“Ceria dan optimislah selalu kerana jiwa yang penuh berisi
dengan perasaan sakit hati, tidak akan mengalir penawar; dan kepala yang
dipenuhi fikiran buruk , tidak akan merumahkan impian besar.”
Dan aku mula beroptimis mahu menulis yang baik-baik dan yang
bagus-bagus sahaja..aku fikir…
p/s: beroptimis jugalah membuang sifat nakal...kata orang aku ini nakal..aduhai...
I like the last part. Bahagian p/s: .... hahah