"Aku memilih
mencintaimu dalam diam, kerana dalam diam aku tak mendapatkan penolakan. Aku
memilih mencintaimu dalam kesepian, kerana dalam kesepian tak ada yang
memilikimu selain aku. Aku memilih mengagumimu dari jauh, kerana jarak akan
melindungiku dari luka. Aku memilih menciummu dalam angin, kerana angin lebih
lembut ketimbang bibirku. Aku memilih memelukmu dalam mimpi, kerana dalam
mimpiku kau tak pernah berakhir."-RUMI
Kuasa Tuhan, kata orang tiada siapa dapat melawannya. Aku
mula belajar tentang sesuatu, yang baik itu selalunya sukar dan payah. Kasihan
dan kalut juga aku. Mati kutu..tak mampu berkata apa..
Kata ilmuan agama, tidak dikatakan beriman seandainya tidak diuji. Ujian itu
hadir dan bikin aku jadi pusing. Tapi, masih percaya sesuatu itu punya hikmah.
Allah Maha Mengasihi, Maha Adil, Maha Penyayang.
Hujungnya, aku sedar. Aku sendiri yang mabuk, terhoyong hayang.
Dan alpa. Alpa pada hakikat kehambaan.
Moga Allah mudahkan segala..
Comments (0)
Post a Comment