Twitter
RSS

menebarkan sayap

1


Saya membaca surah al-Mulk selalunya untuk menutupi hari sebelum saya memejamkan mata. 30 ayat yang sungguh mencengkam. Salah satunya berperihalan tentang burung....

Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Ia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
(Al-Mulk 67:19)


Ia membawa saya berfikir-fikir tentang setiap sesuatu itu punya sesuatu yang memandu..dalam kehidupan kita sehari-hari, itulah yang berlaku....

Ironinya, beberapa bulan kebelakangan ini, saya menjalani hari-hari yang begitu cepat berlalu..dengan aktiviti-aktiviti dalam kerjaya saya, kelas pengajian saya, dan segala yang terlingkup dalam kehidupan sosial saya..ditambah dengan perkara-perkara tergempar yang tidak pernah saya sangka..oh! alangkah jika saya punya sayap !



p/s: aku mahu terbang mencari cintaku !


Kenistaan

1



Entah atas kesibukan apa sudah lama aku tidak menulis disini…mungkin sudah masanya aku kembali meneroka bahasa-bahasa panjang dalam membahas masalah kemanusiaan dan bercerita tentang kecintaan…aku ini memang suka benar istilah cinta…aduh..entah kenapa….mungkin sahaja aku ini juga manusia biasa..seorang Pencinta !

Aku mahu berkongsi kata-kata seorang penulis yang aku kira banyak beri inspirasi kepada aku ini dalam menulis..sementelahlah beliau kini sudah bergelar Sasterawan Negara, SN Baha Zain..

“Ceria dan optimislah selalu kerana jiwa yang penuh berisi dengan perasaan sakit hati, tidak akan mengalir penawar; dan kepala yang dipenuhi fikiran buruk , tidak akan merumahkan impian besar.”



Dan aku mula beroptimis mahu menulis yang baik-baik dan yang bagus-bagus sahaja..aku fikir…



p/s: beroptimis jugalah membuang sifat nakal...kata orang aku ini nakal..aduhai...